Tuesday, 24 September 2013

Zubir Harun jawab Tony Pua, Bantu Najib pantau GLC

Dr. Zubir Harun Bertanding Majlis Kerja Tertinggi
(MKT) UMNO Malaysia
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dibidas kerana cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB).

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dr. Zubir Harun menggambarkan tindakan Tony itu sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.


Malah, tambahnya, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni. 

"Pembangkang sengaja tunjuk hebat dengan menuduh Najib agar mereka diangkat sebagai hero dalam negara, sekali gus akan lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka.

Tony Pua tak tolong Melayu dan Melayu dah kasi cina masuk IPTA dan dapat biasiswa, tapi tuduh Najib macam-macam. Lancaulah lu lah bugs bunny

"Ini kerana mereka tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera kerana bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain," katanya kepadaMingguan Malaysia di sini hari ini. 

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Tony yang mendakwa sejumlah peruntukan besar diberikan kepada kroni BN yang berselindung di sebalik MPEB, sekali gus membuktikan sikap kepura-puraan Perdana Menteri.

Tambah Zubir, Perkasa akan memantau segala usaha meningkatkan ekonomi bumiputera seperti diumumkan oleh Najib baru-baru ini dilaksanakan dengan segera dan telus.

"Kami akan membentuk satu Jawatakuasa Pemantau bagi memantau semua tindakan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) agar proses menambah baik ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif," katanya.

Baca sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130922/po_14/Tony-Pua-terdesak-Barisan-Nasional-terus-dapat-sokongan-kuat-rakyat#ixzz2fi8EwBkj


Dr Zubir Harun adalah antara suara-suara yang paling kuat mendessak hingga berjaya mendapatkan pihak kerajaan beri perhatian kembali kepada ekonomi Bumiputera hingga tertubuhnya TERAJU dan pengumuman MPEB.

Dia baru bertukar dari menjadi CEO YPM ke Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia untuk bantu rakyat miskin berniaga.

Hidup Melayu!

Ihsan The Unspinners

Mr. Bell : Pilihlah pemimpin yang mempunyai perjuangan, bukannya sebalik... Parti UMNO perlu kepimpinan yang memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu...

Friday, 20 September 2013

Putus Tangan, Lelaki Ditetak Dalam Kediaman Sendiri

Ampang 20/9/13 :  Seorang lelaki putus tangan kanannya akibat ditetak dua orang lelaki tidak dikenali dalam kediamannya sendiri. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.00 pagi tadi di pangsapuri Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang.
Mangsa, seorang lelaki berbangsa India yang berumur 23 tahun ketika itu baru saja pulang dari tempat kerjanya. Mangsa bekerja di sebuah restoran makanan di ibu kota.
Dalam kejadian tersebut, dikatakan mangsa pulang ke rumah pada jam 2.30 pagi dan masuk tidur di bilik pertama manakala anak serta isterinya tidur di bilik yang berasingan. Lebih kurang jam 3.15 pagi, isteri mangsa telah terdengar bunyi bising dan mendapati suaminya telah berlumuran darah didalam rumah sambil menjerit kesakitan.
Mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah diserang dua lelaki india yang tidak dikenali, namun motif serangan tidak diketahui.
Siasatan mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta gril rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu. Mangsa putus di pergelangan tangannya setelah ditetak dengan parang. Sehingga kini tiada saksi bebas yang dapat tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual  akibat trauma.
Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Ihsan Terengganu Today
Mr. Bell : Adakah keganasan dibiarkan berleluasa? Masyarakat perlu turut serta bersama-sama pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam membenteras jenayah dan keganasan... 

Nicol David dianugerahi pangkat Mejar Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TUDM

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David hari ini dianugerahi pangkat mejar kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pemakaian pangkat itu dilakukan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud pada majlis di Wisma Pertahanan, di Jalan Semarak, di sini.
Nicol berkata beliau tidak pernah menyangka akan dianugerahi pangkat itu, dan berharap anugerah itu menjadi pendorong untuk beliau mencatat lebih banyak kejayaan dalam kejohanan skuasy berikutnya.

"Saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Rodzali dan TUDM, kerana diberi penghormatan mendapat anugerah ini dan berharap ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk meraih lebih banyak gelaran tahun ini," kata Nicol kepada pemberita selepas majlis itu.

Nicol berkata beliau akan meneruskan latihan di Amsterdam, Belanda di bawah bimbingan jurulatih dari Australia, Liz Irving.

"Musim kedua kejohanan skuasy baru saja bermula dan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan seperti Terbuka Carol Weymuller di New York, Terbuka China, Kejohanan Berpasukan Dunia di Perancis dan Terbuka Dunia di Cayman Island," katanya.

Sementara itu, Rodzali berkata Nicol menjadi atlet pertama yang dianugerahi pangkat itu, dan beliau sememangnya layak menerimanya memandangkan beliau melakar banyak kejayaan dalam kejohanan skuasy antarabangsa.

"Beliau (Nicol) mewakili kalangan remaja negara ini pada hari ini dan beliau memberi inspirasi kepada remaja dan tenaga kerja kami (TUDM) supaya meneladani beliau, yang menunjukkan dedikasi dan kerja keras yang sangat tinggi, selain mempunyai sikap tidak menyerah kalah demi menggenggam gelaran juara dunia dalam acara skuasy," katanya.

Rodzali berkata TUDM berharap anugerah itu akan memberi semangat kepada lebih ramai remaja di negara ini untuk menyertai angkatan tentera dan berharap generasi akan datang akan mencontohi kerja keras dan dedikasi yang dipamerkan oleh Nicol sehingga mencapai kejayaan.

Nicol adalah atlet kedua dianugerahi pangkat seperti itu selepas pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, yang dianugerahi pangkat Leftenan Komander Kehormat oleh Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada Julai lepas. - Bernama

Pencabar Khairy Nafi Jadi Calon Proksi

Akhramsyah Muammar 
Ubaidah Bin Sanusi


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi menafikan beliau merupakan proksi kepada mana-mana pihak bagi mencabar kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Tegas Akhramsyah, beliau tidak mewakili 'kem' tertentu sebaliknya bertindak menawarkan diri berdasarkan permintaan akar umbi yang inginkan perubahan dalam Pergerakan Pemuda.
"Tidak, tidak...saya tidak berada di kem mana-mana pihak.
"Kalau nak katakan saya sebagai proksi, ya...saya memang proksi akar umbi yang mahukan perubahan," katanya pada sidang media di Bangsar, Jumaat.
Sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan keputusannya menawarkan diri bertanding menentang Khairy merupakan agenda politik yang dikaitkan dengan pertembungan dua bekas Presiden Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Penyertaan Akhramsyah mendapat restu Badan Perhubungan Umno Kedah yang dipengerusikan Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada Khamis Akramsyah yang juga anak kepada bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid, diperkenalkan Umno Kedah kepada penyokong dan perwakilan parti bersama 11 lagi calon yang akan bertanding merebut beberapa jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri.
Akramsyah memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College di London.
Sehingga kini, pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno menyaksikan saingan tiga penjuru selepas bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali turut mengumumkan mencabar kedudukan Khairy.
ihsan mstar.com.my

Mr. Bell : 'The more, the merrier'... Kita perlu galakkan pertandingan dalam mencari kepimpinan orang muda...