Friday, 28 February 2014

#denggitinggi : Denggi catat 29 kematian, kes meningkat 316 peratus


KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan kematian berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata 16,383 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Februari, meningkat 316 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. 


"Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 Feb - 22 Feb 2014), empat kematian dilaporkan berlaku membabitkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan. 


Beliau berkata sejumlah 580 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12 negeri antaranya 354 lokaliti di Selangor, 66 lokaliti di Negeri Sembilan, 48 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 30 lokaliti di Johor, 25 lokaliti di Perak dan 23 lokaliti di Kelantan. 

Tujuh negeri turut menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Sabah, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya. 

Berdasarkan situasi denggi yang mencatatkan kes tinggi, program gotong-royong 'Jom Hapus' Tempat Pembiakan Aedes akan diteruskan. 

"Memandangkan cuaca kemarau kini, kerajaan menasihatkan orang ramai yang perlu menyimpan air untuk kegunaan harian agar memastikan bekas-bekas air ditutup dengan rapat dan diletakkan ubat jentik-jentik (abate)," kata Dr Subramaniam. 




Orang ramai, katanya, boleh mendapatkan bekalan ubat pembunuh jentik-jentik di semua pejabat kesihatan berhampiran. 

Dalam pada itu, masyarakat turut diminta supaya mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes. 

Antaranya memakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta pakaian berwarna cerah, menggunakan repelen nyamuk di luar rumah terutamanya pada waktu antara 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 8 malam serta menggunakan alat penghalau nyamuk ketika berada di rumah. - BERNAMA


Admin : Jagalah kebersihan persekitaran rumah atau tempat tinggal kita... 


#airselangor : Projek Langat 2 Diteruskan

Najib Tun Razak (dua dari kiri) dan Muhyiddin Yassin menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Selangor di Putrajaya, semalam. Kerajaan Pusat diwakili Dr. Maximus Ongkili (kiri) manakala Selangor diwakili Khalid Ibrahim (kanan)

PUTRAJAYA 26 Feb. - Selepas menangguhkan pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selama hampir enam tahun, kerajaan Selangor hari ini akhirnya akur untuk membenarkan projek itu diteruskan.
Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 akan diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) berkuat kuasa hari ini.
Persetujuan tersebut sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Sehubungan itu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, kerajaan Selangor akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan dengan pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh memorandum itu ditandatangani.
"Melalui MoU ini, Kerajaan Persekutuan turut membenarkan Kerajaan Selangor mengemukakan tawaran untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri tersebut iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.
"Kerajaan Persekutuan juga bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu Kerajaan Selangor mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkan mereka menguruskan perkhidmatan bekalan air melalui satu syarikat milik kerajaan negeri," katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani MoU, di sini hari ini.
Dalam majlis yang cukup bersejarah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan Kerajaan Persekutuan diwakili oleh Ongkili manakala Kerajaan Selangor diwakili oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut.
Antara lain MoU itu mengambil kira:
l Pelaksanaan penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor oleh kerajaan Selangor sebagai suatu keperluan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Selangor serta mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan dan efisien bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya.
l Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Skim Bekalan Air dari Pahang ke Selangor yang mempunyai dua komponen iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor, mengambil kira MoU antara Pahang dan Selangor mengenai pembekalan air mentah bertarikh 27 Mac 2001 dan Perjanjian Jual Beli Air Mentah antara Pahang dan Selangor pada 22 November 2007. Lanjutan daripada itu, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan merupakan satu langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air berterusan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam pada itu, Ongkili berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang turut dianggotai wakil Kerajaan Selangor bagi pelaksanaan projek Langat 2.
"Dengan termeterainya memorandum persefahaman ini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor berharap semua syarikat konsesi air di Selangor memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semua industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.
Ongkili sebelum itu mengakui kegagalan mencari sebarang penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri berkenaan, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air.
"Kemelut itu telah menyebabkan pembinaan Langat 2 yang merupakan langkah Kerajaan Persekutuan untuk selesaikan masalah kekurangan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya tertangguh sehingga kini.
"Namun begitu pada Mei 2013, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor bersetuju agar satu rundingan semula diadakan antara kerajaan Selangor dan semua syarikat konsesi bagi mencapai persetujuan berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi berkenaan," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai projek Langat 2, Ongkili berkata, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya 39 bulan dari sekarang.

Ihsan utusan.com.my

Admin : Tahniah kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor. Segerakan projek ini, supaya rakyat tidak lagi perlu menanggung penderitaan... 

#PRKkajang : Bakal MB Selangor Sudah Turun Padang Selesai Masalah Air?


ihsan Angin Perubahan

Admin : Biarlah yang mendapat untungnya adalah Rakyat... Jika pemimpin sibuk ber'politik', jangan rakyat pula menanggung penderitaan... Berkhidmat dengan ikhlas, berikan perkhidmatan yang terbaik...

Wednesday, 26 February 2014

#seminarantarabangsawasatiyyah2014 : Seminar Wasatiyyah Menjadi Pemangkin Melebarkan Kefahaman Kepada Masyarkat.

Tan Sri Dr. Abdullah Bin Md Zin (4 dari kiri), bersama wakil agensi-agensi yang terlibat 
dalam menjayakan Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2014
(gambar ihsan ob21.net)


Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama NGO iaitu Sekretariat Islam Nusantara (SUTERA), Persatuan Generasi Bestari (G-BES) dan media sosial MyKMU.Net akan menganjur sebuah Seminar Antarabangsa yang bertajuk “Penghayatan Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah”. FELDA adalah penaja utama program seminar ini. Seminar ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 8 hingga 10 April 2014, bertempat di Grand Ballrom Menara FELDA, Platinum Park, Kuala Lumpur.

Tan Sri Dr. Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi IWM, memberi kenyataan tentang seminar antarabangsa kali ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia,yang mana beliau juga adalah Penaung IWM. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom akan membuat penutupan kepada seminar ini.

Antara objektif pengacaraan seminar ini adalah untuk menyokong dan menyemarak kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara, memperkasakan Malaysia ke arah menerajui pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau dan antarabangsa dan mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

Seminar ini akan menampilkan para pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara, terdapat 11 kertas kerja akan dibentangkan. “Saya sendiri akan membentangkan satu ucap utama yang bertajuk, Penghayatan Wasatiyyah Dalam Pentadbiran Malaysia”, ujar Tan Sri Dr. Abdullah.

Antara intelektual muslim dari Timur Tengah yang akan hadir untuk membentang kertas kerja ialah Ybhg. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil Al-Qusiy (Mantan Menteri Wakaf Mesir), YBhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifah Hassan Ahmad Khalifah (Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembangunan Al-Qardhawi, Qatar), Prof. Dr. Ahmad Hulaiyil (Ketua Hakim Syarie, Jordan), YBhg. Dr. Adil Abdullah Al-Fallah (Timbalan Menteri Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait) dan YBhg. Prof. Dr. Mahmod Abdul Rahman Qadah (Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah, Arab Saudi).

YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah Bin Md Zin berharap seminar antarabangsa yang akan diadakan ini menjadi pemangkin kepada usaha semua pihak untuk melebarkan kefahaman pendekatan wasatiyyah kepada masyarakat seluruhnya, beliau juga mensasarkan lebih 500 peserta menyertai seminar antarabangsa kali ini.

Sebarang informasi mengenai seminar ini boleh didapati di laman sesawang www.iwm.org.my atau hubungi di talian 03 – 8872 3522 atau faksimili 03 – 8888 3121.  

#ngeri #amahpembunuh : Dua Beradik Mati Dikelar Amah

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia enam bulan dan dua tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
Foto
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

ihsan hmetro.com.my
Admin : Takziah kepada keluarga mendiang dua beradik yang dibunuh. Pihak berkuasa perlu menyiasat secara terperinci motif dan bagaimana tergamak si amah boleh membunuh dua anak kecil ini. Adakah tekanan perasaan menyebabkan seseorang itu membunuh? 

Tuesday, 25 February 2014

#zizanemma : Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong di Anugerah Meletop Era 2013 (5 Gambar)

Gambar romantik Zizan Razak dan Emma Maembong 

Sebelum ini dua selebriti terkenal, Zizan Razak dan Emma Maembong pernah beberapa kali menafikan mereka adalah pasangan kekasih seperti didakwa media hiburan dan akhbar-akhbar tempatan.

Ini memaksa sekumpulan peminat mendedahkan bukti-bukti mereka sedang hangat bercinta menerusi beberapa status sweets yang diambil dari laman Twitter Zizan Razak dan Emma Maembong. Bukan senang nak tipu peminat, tak gitu?

Meskipun reda seketika hubungan pasangan artis itu daripada terus diperkatakan orang ramai namun kontroversi mereka bercumbuan di kapal terbang yang disiarkan sebuah akhbar bulan lalu telah menghangatkan kembali gosip cinta mereka.

Tidak lama selepas kontroversi tersebut, Zizan dan Emma dipaksa pula berhadapan dengan tuduhan salah seorang jirannya yang mendakwa mereka bersekedudukan.

Rasanya, dunia artis memang tidak boleh lari dari dihambat kontroversi lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang meniti kemuncak populariti. Sabarlah jela Zizan dan Emma.

Mari layan beberapa keping gambar romantik mereka dalam acara Karpet Merah Anugerah Meletop Era 2013. Ibarat macam pinang dibelah dua pula, padan sangat.






ihsan plbgaimacam.blogspot.com

Admin : Sama cantik, sama padan... Apa lagi Zizan, cepat-cepat masuk meminang... 





#catuairselangor : Selangor Catu Air Mulai Esok - MB


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok. 

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. 

"Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini. 


Abdul Khalid berkata, menerusi program pencatuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.


Katanya, program pencatuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di Selangor supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas berlarutan.

"Jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan kita akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya," katanya.



gambar hiasan, ihsan Utusan.com.my

Ihsan bharian.com.my

Admin : PERHATIAN, Semua penduduk sekitar Lembah Kelang perlu bersiap sedia dengan simpanan air yang mencukupi. Hubungi pejabat SYABAS berdekatan dan dapatkan masa penghantaran bantuan bekalan air di kawasan berdekatan.  
1-800-88-5252 (PUSPEL)

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya