Monday 20 October 2014

#Deepavali2014 : Pakcik Jamil Mohd Yusof Tak Sangka Ucapan Deepavali Boleh Popular






KERLING (Selangor): "Dulu lain sekarang lain...dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama...gembira betul.


"Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu 'kurang'," begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama TV, baru-baru ini.


Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan 'klip video' pendek selama 1 minit 10 saat.



Dalam klip tersebut yang berkonsepkan 'Nothing Greater Than Being Malaysian,' Jamil mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.



'Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).


Ihsan Astroawani




No comments :

Post a Comment