Monday, 20 October 2014

#Deepavali2014 : Pakcik Jamil Mohd Yusof Tak Sangka Ucapan Deepavali Boleh Popular






KERLING (Selangor): "Dulu lain sekarang lain...dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama...gembira betul.


"Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu 'kurang'," begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama TV, baru-baru ini.


Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan 'klip video' pendek selama 1 minit 10 saat.



Dalam klip tersebut yang berkonsepkan 'Nothing Greater Than Being Malaysian,' Jamil mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.



'Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).


Ihsan Astroawani




Sunday, 13 July 2014

#Gaza : 18 Agenda Bertindak NGO Islam Malaysia



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyelar tindakan kejam Rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Gabungan itu turut menggariskan 18 agenda bertindak yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menurut Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), satu Perhimpunan Bantahan Rakyat Malaysia akan dianjurkan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menambah, MAPIM juga akan menghantar satu misi khas ke Gaza pada masa terdekat, bagi menyalurkan bantuan.





#Gaza : Regim Zionis Terus Membedil Gaza

16 mangsa maut, serangan terbaru tentera Israel di Genting Gaza, jumlah yang telah meninggal dunia akibat serangan kepada 121 orang.

Admin : Doakan keselamatan dan perlindungan mangsa serangan tentera Israel, di Genting Gaza dan Palestin amnya.

Saturday, 7 June 2014

#WorldCup2014 : Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil #PialaDunia2014 #WorldCup2014Schedule

Piala Dunia 2014 akan berlangsung di negara Brazil, pasukan Brazil yang merupakan Juara Dunia sebanyak 5 kali ( 1956, 1962, 1970, 1994 dan 2002), akan menjadi tuan rumah bagi temasya bolasepak peringkat dunia, sebanyak 32 pasukan dari seluruh pelusuk dunia akan menghantar pasukan terbaik daripada semua benua. 


Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014
ihsan braziltheguide.com



Brazil - FIFA World Cup 2014BrazilVS13 Jun 20144:00AMCroatia - FIFA World Cup 2014Croatia
Mexico - FIFA World Cup 2014MexicoVS14 Jun 201412:00AMCameroon - FIFA World Cup 2014Cameroon
Spain - FIFA World Cup 2014SpainVS14 Jun 20143:00AMNetherlands - FIFA World Cup 2014Netherlands
Chile - FIFA World Cup 2014ChileVS14 Jun 20146:00AMAustralia - FIFA World Cup 2014Aus
Jadual Perlawanan ihsan olabola.stadiumastro.com






#WorldCup2014 : Sejarah Piala Dunia #Piala Dunia 2014

Piala Dunia (Bolasepak) dan Bola Rasmi tajaan Adidas, 
pengeluar peralatan sukan terkemuka dunia

Sejarah Piala Dunia disusur kembali pada 1930, apabila buat kali pertama ia diadakan di Montevideo, Uruguay, selepas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada ketika itu, Jules Rimet (nama asal trofi Piala Dunia) berang kerana sukan bola sepak digugurkan dari Sukan Olimpik musim panas.
Dia mengambil keputusan untuk mempromosikan kembali sukan tersebut dengan mengadakan satu kejohanan antarabangsa, di mana format Piala Dunia pada ketika itu sangat berbeza kerana hanya melibatkan 13 pasukan tanpa sebarang pusingan kelayakan.
Penganjuran kali pertama tidak banyak melibatkan negara Eropah, namun ia dianggap berjaya dengan tuan rumah pada ketika itu, Uruguay muncul juara di depan 93,000 penyokong sendiri.
Kejohanan ini kemudiannya berpindah ke Eropah pada 1934 dan 1938 dengan menyaksikan Itali muncul juara dua kali berturut-turut, sebelum ia dihentikan buat sementara waktu kerana Perang Dunia Kedua.
Kejohanan kembali pada 1950

Pasukan Bolasepak Brazil 1950


Piala Dunia kembali pada 1950 apabila ia diadakan di Brazil, di mana pasukan tuan rumah tewas kepada Uruguay dalam perlawanan akhir yang mencatat rekod jumlah kehadiran penonton seramai 200,000 orang di Stadium Maracana, Rio de Janeiro dan perlawanan tersebut dikenali sebagai 'Maracanzo'.
Kejohanan tersebut juga menyaksikan buat kali pertama pasukan England mengambil bahagian apabila sebelum ini mereka menarik diri dari menyertai FIFA kerana perbezaan politik dan acara bola sepak itu sendiri sebelum kembali pada 1946.
England merupakan salah satu pasukan terbaik di dunia ketika itu, namun mereka tewas kepada Amerika Syarikat 0-1 di peringkat kumpulan serta gagal mara ke pusingan seterusnya.
Hanya 13 pasukan yang berkunjung ke Brazil apabila tiga pasukan menarik diri termasuk India, yang mahu beraksi dengan hanya berkaki ayam tetapi ditolak kerana melanggar peraturan, manakala Scotland dan Turki pula membatalkan hasrat kerana masalah kewangan serta kesukaran untuk ke negara Amerika Selatan itu.

Trofi baharu pada 1974
Piala Dunia 1974 yang diadakan di Jerman Barat adalah penampilan pertama trofi baharu yang digunakan sehingga sekarang, selepas trofi lama yang sebelum itu pernah dicuri dan dijumpai semula, diserahkan kepada Brazil secara tetap selepas muncul juara sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970.
Penambahan pasukan bertanding - 1982 & 1998
Kejohanan diteruskan setiap empat tahun sekali tanpa perubahan besar sehingga pada 1982 ketika Sepanyol menjadi tuan rumah.
Pada 1982 format telah ditukar dengan pasukan yang bertanding ditambah sebanyak 24 negara buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, ia diteruskan sehingga 1998, di mana sekali lagi kejohanan tersebut ditambah bilangan penyertaannya kepada 32 pasukan.

Masa Depan Piala Dunia

Juara Piala Dunia 2010 Sepanyol

Piala Dunia diteruskan dengan penganjuran empat tahun sekali melibatkan 32 pasukan dan kali terakhir ia diadakan adalah pada 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan Sepanyol muncul juara buat kali pertama dan ia juga kali pertama diadakan di benua Afrika.
Tahun ini Piala Dunia kembali ke Brazil, walaupun persiapan mereka diganggu dengan masalah infrastruktur dan masalah demonstrasi rakyat yang menganggap penganjuran kali ini sangat membazir.
FIFA telah mengambil langkah untuk mempromosikan sukan tersebut di negara baharu, termasuk Rusia yang akan menjadi tuan rumah pada 2018. Ia dianggap sebagai Piala Dunia pertama yang diadakan di dua benua melihat kepada saiz negara tersebut.
Piala Dunia 2022 juga akan mencipta sejarah kerana kali pertama diadakan di Timur Tengah dengan Qatar bakal menjadi tuan rumah, namun penganjuran itu sudah berdepan dengan isu lokasi, suhu yang mampu mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

ihsan UTUSAN