Monday 10 June 2013

Pendekar Cina Membela Hulubalang Melayu


Sangat pelik dengan apa yang terjadi kepada seorang yang berbangsa Cina dan Beragama islam setelah Berhijrah ini. seolah dia pulak berbangga dengan Bangsa lain . Seorang yang berbangsa Cina yang lantang bersuara di pihak bangsa melayu sebab risau akan Nasib Bangsa Melayu itu sendiri. Itulah yang terjadi pada saudara Seagama Kita yang empunya nama Dr Redhuan Tee Abdullah, penceramah popular di Malaysia. Walaupun berbagai tomahan di lemparkan kepada beliau dari orang-orang yang tidak sehaluan dengan beliau.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk nak Up kan Balik imej pendekar Cina ni. Bukan saja sebab di perjuangkan melayu tetapi ada sebab yang lebih besar, untuk islam Khususnya. Sudah banyak Artikalnya di dada surat khabar yang menghentam Ultra Kiasu.. walaupun saya kurang jelas tentang maksud sebenar Ultra Kiasu ini. Walaupun Ultra kiasu ni seolah-olah di tujukan kepada mereka yang sebangsa dengannya.




Beliau(Dr Redhuan Tee ), tetapi berlainan pegangan agama, itu mungkin sebab Pahlawan Cina ini cuba meminjam keris dari pendekar melayu yang sedang Malu-malu megeluarkan keris dari sarung sebab takut di sergah segabai Resis.

Hari ini 10/6/2013 keluar satu lagi artikal dari pendekar Cina ni. Katanya dia di soal siasat di singapura sebab mengeluarkan artikal membela melayu dan menghentam Ultra Kiasu. Maknanya Singapura itu adalah kerajaan dari golonggan Ultra Kiasu. Siapa Ultra Kisau menurut pendekar cina ini sebenarnya. Terus terang ini adalah kali pertama saya mendegar perkataan “ Ultra Kisau “

Apa pun siapa Ultra Kiasu. Bagi saya lebih selesa menentang mereka yang cuba-cuba mencuit hak keistimewaan orang melayu dan Agama islam Ini sebagai Kafir Harbi atau kafir yang tak mengenang Budi. Siapa Kafir harbi ini, adakah DAP, MCA, MIC. Bagi saya semua kafir yang menentang agama islam dan bangsa melayu dari dalam selimut mahupun luar selimut, secara terang mahupun secara tersembunyi adalah kafir Harbi yang tak mengenang budi, perlu orang melayu yang beragama islam berhati-hati dengan mereka.

Saya nak lihat dari teropong yang lebih besar tentang Kafir ini , tidak lagi dari teropong politik hanya boleh melihat satu belah corong saja. Untuk memelihara islam , perlulah mengunakan teropong islam untuk melihat muruh-musuh islam dengan lebih luas. Tak kira parti politik kafir mana kawan mahupun lawan, kalau cukup syarat sah  di gelar kafir harbi , umat islam perlu berhati-hati.

Kalau tempoh hari Bekas ketua pemuda UMNO menghunus  keris kearah langit di perhimpunan agong UMNO 2006, selepas itu memohon maaf di atas perbuatanya dan menarik balik perbuatan itu setelah di kata mencabar masyarakat Cina atau juga resis . Demi nakkan Undi setelah melihat Umno lemah, Semuanya di kendur. Keris itu terus di simpan. Cina di belai bagaikan anak kucing yang manja, India pun nak tumpang sekaki, lalu keluar pesilat-pesilat karate yang di gelar hindraf menuntut Hak. Sebab Nakkan Undi, UMNO menjadi kecut, keris di tukar kepada pisau belah kek hari jadi.

Dan Sekarang hasil belaian jiwa dan raga itu, keputusannya amat memuaskan hati . dah 2 PRU kedua-duanya hampir bertukar tangan kepada Ultra Kiasu. UMNO kah yang lemah atau pemimpinnya yang lemah?

Sekarang apa tunggu lagi, mana keris kita ? Ambik balik keris dari Redhuan Tee itu.. dan julang keatas dan berkata “ jagan berani kamu menghina Agong sebagai payong Negara, Jangan kamu persoalkan Hak keistemewaan Melayu, Jagan kamu ganggu gugat Agama islam di Malaysia. Dan selepas itu tak perlu minta maaf dan tak perlu takut.

Sebab apa yang di julang itu adalah pelembagaan Malaysia yang menjadi salah satu Rukun Negara.

No comments :

Post a Comment