Thursday, 8 May 2014

#MCAKeluarBN : TERKINI ! PARTI MCA KELUAR BARISAN NASIONAL (BN)?


"MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata Datuk Dr Wee Ka Siong."

Tetapi, oleh kerana kenyataan di atas oleh portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider, kita perlu sangat berhati-hati dengan laporan tersebut dan dapatkan kesahihannya.

Persoalan sudah pasti timbul, apakah maksud 'mengkaji kedudukan parti tersebut dalam Barisan Nasional'?




Apakah ianya bermaksud, parti MCA berniat untuk meninggalkan parti Barisan Nasional?


Atau, MCA terperangkap dengan mainan politik parti DAP yang mengheret parti komponen BN tersebut di dalam wayang kulit dan ketidaksefahaman yang amat memalukan di antara DAP, PKR dan PAS di dalam Pakatan pembangkang?

Wee ketika wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam berkata, pendirian MCA kekal untuk mempertahankan Perlembagaan seperti mana mereka mempertahankan kontrak sosial ketika negara ini mencapai kemerdekaan. 
"Kalau jadi perkara itu, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam BN," kata Wee ketika wacana bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita." 
Selain Wee, turut menjadi panel dalam wacana tersebut adalah bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah. 
Wee turut berkata, mempertikaikan hudud Islam juga bukan bermakna parti komponen BN itu menolak Islam.
 "Itu pandangan MCA yang amat jelas... saya tidak percaya dengan hukum hudud PAS," katanya. 
Sementara itu, Mohd Amar bagaimanapun berkata PAS tidak akan sesekali meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika rakan komponen DAP dan PKR menolak rancangan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan. 
"PAS takkan masuk BN kalau PR tolak hudud," katanya. 
Beliau berkata, PAS hanya melaksanakan tindakan berkenaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempelawa PAS untuk meneruskan perkara itu. 
"Orang sudah bagi jalan, kita hanya menyambutnya," katanya lagi. – 7 Mei, 2014.
Dan sehingga ke hari ini, DAP masih mendiamkan diri tentang isu besar yang telah dibangkitkan ! BACA SINI

Ihsan Dr Mim, novandri.blogspot.com

Admin : Perbincangan dan perlaksanaan undang-undang hudud adalah selaras dengan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN. 

No comments :

Post a Comment