Saturday, 16 November 2013

Gelagat Ahli Parlimen Pembangkang 14/11/13

Gelagat Ahli Parlimen Pembangkang 14/11/13, 

video ihsan PRU empatbelas




Lihatlah sendiri ahli ahli parlimen yang sudah dipilih oleh pengundi PKR, PAS dan DAP ini. Koyak kertas usul dan kemudian ada yang melipat usul menjadi kapal terbang kertas. Sungguh teruk.

Mereka berlaku biadap dan bertindak mempersendakan sidang dewan rakyat dengan kelakuan kelakuan yang tidak melambangkang kedudukan mereka sebagai seorang wakil rakyat. 

Satu usul khas patut dibentangkan untuk menghalang mana mana ahli parlimen mengulangi perbuatan perbuatan seperti dalam video di atas dalam parlimen sekali lagi. Memalukan rakyat.

ihsan angin perubahan

Admin : Tengok sendiri cara para ahli parlimen di kalangan pembangkang bertindak, apabila mereka tidak bersetuju... Apakah nasib negara jika mereka memerintah???


#kalimahALLAHuntukISLAM Titah Sultan Selangor : Kalimah Allah SWT Hanya Untuk Islam


Thursday, 7 November 2013

#AMOKLRTMELATI : SUSPEK Amok di Stesen LRT Didakwa Membunuh



Seorang pemandu van dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh penjual alat tulis dan pelajar kolej bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Zamri Yusof, 26, didakwa membunuh kedua-dua mangsa di Stesen LRT Taman Melati dan di tiang LRT di Gombak pada 24 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa membunuh Lee Kah Ghee, 48, di hadapan Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini. 

Manakala bagi pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa membunuh Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu pada jam lebih kurang 11 pagi sehingga jam 12 tengah hari, 24 Oktober lalu.

Bagi kedua-dua perbuatan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh faham dengan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin bagaimanapun tiada pengakuan diambil.

ihsan rezabtanahmelayu

#BR1M3.0 : Permohonan BR1M 3.0 Kini Dibuka


Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650.
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
  • Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014.
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Nota Penting: Setakat ini permohonan BR1M 3.0 secara online masih belum dibuka dan dijangka akan dibuka pada minggu ketiga bulan November 2013. Pihak kami akan maklumkan disini dari masa ke semasa sekiranya borang pendaftaran BR1M 3.0 secara online sudah dibuka kelak.
Sila layari dilaman ini untuk mengetahui Status Terkini pendaftaran borang permohonan dan Syarat BR1m 3.0 2014.

#MAALHIJRAH1435 #TITAHYDPAgong #WASATIYYAHTONGGAKKESATUANUMMAH : Usah Gugat Keamanan Rakyat

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah bersama Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor serta
Jamil Khir Baharom (empat dari kiri) ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Musthapa serta dua
Tokoh Maal Hijrah, Dr. Zakir Abdul- Karim Naik dan Abdul Hamid Zainal Abidin.  - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
PUTRAJAYA 5 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan kegusaran berhubung tindakan pihak tertentu sejak kebelakangan ini yang mahu menghakis dan mengganggu-gugat semangat "kebersamaan dalam kepelbagaian" dalam kalangan rakyat.
Seri Paduka bertitah, pelbagai isu sensitif dan slogan cuba dicanangkan walaupun setiap rakyat tahu dan memahami bahawa menjadi tanggungjawab bersama dalam menjaga kepentingan perpaduan dan keamanan negara.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kesemua tindak tanduk juga haruslah mencerminkan bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang memegang amanah untuk menjaga keharmonian negara dan bukan sebaliknya.

"Beta ingin mengingatkan rakyat supaya tidak melihat isu mutakhir di negara ini sebagai isu remeh dan dipandang sebelah mata.
"Isu-isu membabitkan perubahan nilai hidup sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dengan salah, penghinaan terhadap institusi agama dan raja serta pembelaan hak asasi tanpa sempadan, jika tidak diatasi akan menjurus kepada kehancuran masyarakat dan negara," titah Seri Paduka.
Seri Paduka bertitah demikian semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M Peringkat Kebangsaan dengan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin dan Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, Mumbai (India), Dr. Zakir Abdul-Karim Naik.
Sehubungan itu, Tuanku Abdul Halim bertitah, cukuplah sampai di sini sahaja masyarakat negara ini dikelirukan dengan pelbagai kecelaruan nilai yang tiada berkesudahan kerana tindakan itu hanya akan membinasakan ummah.

"Kita perlu bangun dan menoleh sejenak ke belakang bagi menilai semula kesilapan untuk diperbetulkan.
"Janganlah kita benarkan kecelaruan nilai berkembang dalam masyarakat kita, sebaliknya usaha bagi menerapkan nilai-nilai kebersamaan perlu diteruskan tanpa mengenal musim dan sentiasa dijadikan agenda negara," titah Seri Paduka.
Dalam konteks ini juga, Seri Paduka mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, rakyat sebaliknya perlu memahami konsep 'penerimaan dan kebersamaan' yang menunjangi kesejahteraan hidup.
"Marilah kita bersikap sederhana dalam kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,'' titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat Malaysia perlu mengamalkan amalan wasatiyyah atau kesederhanaan supaya usaha memperkukuhkannya dapat dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya kepada generasi muda yang menjadi asas kepada kesinambungan masyarakat dan kemajuan negara.
"Usaha memperkukuhkan kefahaman ini perlu melibatkan seluruh agensi kerajaan tanpa pengecualian termasuk media massa sebagai suatu platform yang amat strategik," titah Seri Paduka.

IHSAN UTUSAN.COM.MY

Admin :  Daulat Tuanku!

Salam Maal Hijrah 1435H. Semoga kita semua berhijrah kepada amalan yang lebih baik. Kurangkan Gula, Lebihkan Manis Dalam Senyuman...