Tuesday 30 July 2013

Iklan PETRONAS, Hari Raya Aidilfitiri 1434 Hijrah / 2013 Masehi, JAHIT

KUALA LUMPUR: Saban tahun menjelangnya sambutan perayaan Aidilfitri tidak lengkap sekiranya kita tidak menonton iklan yang diterbitkan oleh Petronas.

Kita masih mengingati iklan-iklan terdahulu yang pernah diterbitkan oleh jenama gergasi itu, lebih-lebih lagi iklan yang pernah dihasilkan oleh pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad sewaktu Allahyarham berkhidmat di agensi pengiklanan terkenal, Leo Burnett.

Ada ketikanya kita akan membuat perbandingan, mencari rasa dan mendalami mesej yang cuba disampaikan.

Allahyarham Yasmin Ahmad pernah berkata, iklan Petronas bukan untuk menjual minyak, iklan Petronas sebagai sebuah syarikat multinasional perlu membawa mesej nasional untuk disampaikan kepada masyarakat berlandaskan agama, bangsa dan negara.

Iklan Raya ciptaan Petronas bukan sekadar iklan raya biasa. Cerita utama yang disampaikan perlu bersifat global sejajar dengan gahnya jenama tersebut di peringkat antarabangsa, malah ia juga perlu menjadi alat untuk memperkukuhkan jatidiri dan bertanggungjawab besar terhadap agama, bangsa dan negara.

Tahun ini, Petronas mempertaruhkan iklan yang bertajuk "Jahit" dengan tema Kudrat Membawa Berkat. Saksikan iklan tersebut dan lontarkan pandangan anda bersama kami.





"Filem The New Village ditahan tayangan", Menteri Dalam Negeri



Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Sumber: Kelab Penyokong Polis DiRaja Malaysia 



Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan CIna komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Ingat Melayu lupa ke AMCJA yang amnbilalih kerajaan seminggu dan bertndak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga di Raja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini?

Tak faham macam mana LPF boleh luluskan? Tahukah Lembaga LPF menilai filem? Satu hal lagi, macam mana FINAS boleh beri tarikh 26hb Ogos, dua hari sebelum tarikh tayang Tanda Putera pada 28hb. 
  

Tahulah New Village adalah kelauaran Astro dan Shaw, sapa dah kena sogok dalam FINAS? 

Baca analisa MIM SINI dan Bigdogdotcom SINI 

Syabas Dato Zahid! Takyah nak kasi amaran lagi! Kepimpinan yang tegas yang rakyat mahu!!! 

sumber: The Unspinners


Mr Bell : Tahniah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi atas ketegasan dan tindakan segera. Kita tidak mahu rakyat Malaysia diberi input yang ada kesangsian sumber dan fakta sejarahnya.

Tuntutan Wang RM300,000 Punca Pengasas AmBank Dibunuh?


Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.
“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.
“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.
Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.
Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.
Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger
Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan.
Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.
“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Monday 29 July 2013

Politik Bodoh Blogger UMNO Gunakan Nama Pressec PM Untuk Berkuasa dan Kemewahan


Dalam UMNO ada banyak kumpulan blogger mahupun Facebooker yang berasakan mereka hebat. Namun rata-rata tahu, blogger pro-UMNO mahupun blogger UMNO hanya beberapa nama sahaja yang jadi perhatian. Yang lain, hanyalah sampingan.

Sebelum PRU 505, memang sudah berlaku perpecahan di kalangan blogger-blogger ini. Walaupun nama-nama besar di kalangan mereka menyerang Pakatan dengan hebat, beberapa orang pula sibuk mengambil dan mencuri nama dengan menyatakan mereka lebih hebat kalau diberi peluang.

Antara pemimpin yang jadi payung untuk berlindung adalah Tengku Adnan, Ahmad Maslan serta beberapa orang yang rapat dengan PM. Salah seorang daripada mereka adalah Datuk Akmar, SUA PM.

Sebuah kumpulan maya pro UMNO yang begitu terkenal kerana berjaya jatuhkan Pak Lah, MYKMU menjadi tempat berkumpulnya blogger-blogger berkenaan. Pengendalinya adalah Johari Ishak dan Abdul Jalil Backer. Menerusi inisiatif kedua-duanya, ramai blogger pro UMNO terbela dan mula nampak dunia.


Selainnya baca disini lah..

Wednesday 24 July 2013

SAH, TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABDUL RAHMAN, WAKIL RAKYAT KUALA BESUT!


Tahniah kepada Wakil Rakyat baru DUN Kuala Besut, N. 01, YB Tengku Zaihan Bin Che Ku Abdul Rahman, calon Ore Mudo Barisan Nasional.

Semoga Allah S.W.T. merahmati dan melindungi YB dan seluruh jentera BN Terengganu yang bertungkus lumus sejak awal Julai lagi.Semoga YB dan jentera BN Terengganu terus menjalankan momentum yang telah sedia ada.

Buat calon PAS, Che Long, saudara Azlan bin Yusof, harap berikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan saudara yang sedia ada berjaya.

Pengundi dan rakyat Kuala Besut telah menunjukkan sokongan dan dokongan kepada BN, dan pilihan mereka adalah yang terbaik bagi membangunkan Kuala Besut ke persada antarabangsa. Pulau Perhentian yang terletak di dalam DUN ini, merupakan mutiara bagi pelancongan baik dari dalam dan luar negara. Semoga YB Tengku Zaihan akan berusaha menaikkan nama Kuala Besut, Bertambah BIRU...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Marilah bersama-sama wahai rakyat Kuala Besut, dengan gandingan wakil rakyat yang baharu.

Abe Ku, Ore Mudo, Mudoh Baso, Sene Kiro...












KEPUTUSAN RASMI PRK KUALA BESUT, N. 01, BN MENANG, MAJORITI BERTAMBAH!




KEPUTUSAN RASMI PRK KUALA BESUT, N. 01, 24 JULAI 2013, 15 RAMADHAN 1434.

BARISAN NASIONAL      :               8,288 UNDI
PAS                                  :               5,696 UNDI
UNDI ROSAK                   :               125 UNDI

MAJORITI                        :               2,592 UNDI

PERTAMBAHAN MAJORITI SEBANYAK 158 UNDI (NAIK 6.49%) BERBANDING 2,434 UNDI PADA PRU KE 13, MEI LALU.

#PRKKualaBesut : Foto Penyokong Pas Seperti Iblis Terlepas Ikatan




Lebih 100 penyokong parti Pas bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

“Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

“Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

“Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong-penyokong tersebut,” katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

ihsan azmykelanajaya

Mr Bell : Bulan Ramadhan bulan yang mulia, mengawal tahap kesabaran adalah antara aspek dalam menjalani ibadah puasa. Sedih melihat bagaimana seorang muslim boleh melupakan ibadah yang sedang dijalaninya, dan menunjukkan amarah yang tidak terkawal... Semoga ini semua menjadi iktibar...


Pakat Isi Minyak Di Caltex, Undi Bagi Kepada BN

GAMBAR menceritakan segalanya. Hari terakhir kempen PRK DUN Kuala Besut, PAS bukan sahaja menabur risalah-risalah fitnah, malah program untuk ‘merasuah’ pengundi berlaku secara berleluasa.




ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Program 'sedekah' bulan ramadhan Al Mubarak ini ditaja oleh Pemuda PAS... 

Monday 22 July 2013

Nelayan Gembira TPM luluskan Projek Mendalamkan Sungai Besut


Kuala Besut : Beberapa nelayan di Sungai Besut hari ini menyuarakan kegembiraan mereka susulan kelulusan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi projek mendalamkan Sungai Besut.
Mohd Aimi bin Mohd Noor, 40, memberitahu sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh, kebanyakan nelayan di Sungai Besut akan menghadapi masalah seperti bot tersangkut kerana pasir yang dibawa oleh ombak besar. Malah kerugian yang ditanggung mereka kerana masalah ini amat membimbangkan.
Beliau yang berpengalaman sebagai seorang jurumudi, telah banyak melalui kesukaran-kesukaran seperti ini dan amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dan Barisan Nasional atas kemajuan dan kemudahan yang diberikan untuk rakyat setempat.
Begitu juga penghargaan yang disuarakan oleh Azmi bin Daud, 46, dari Kampung Nail apabila diwawancara oleh Terengganu Today.
Ditanya mengenai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 24 Julai ini, beliau mengulas, saya mengenalinya dan keluarganya kerana mereka dari keluarga guru-guru agama yang disegani dari Kampung Nail. Harapan beliau agar calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan dapat memperolehi kemenangan yang cemerlang untuk PRK Kuala Besut.
“Tengku Zaihan ni seorang jurutera…. kena pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran, dah tentulah dia lebih faham dan mampu bantu golongan nelayan seperti saya. Saya yakin beliau sebagai orang muda, banyak buah fikiran untuk membangunkan Kuala Besut. Dah tentu dia akan menang besar pada PRK ini,” ujar beliau lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah meluluskan projek untuk mendalamkan kuala Sungai Besut yang melibatkan kos sebanyak RM250 juta bagi memudahkan nelayan dan pelancong. (Arkib)
ihsan Terengganu Today

Hadi Awang Makan Kambing, Pengundi Makan Nasi Berkuah Budu !!


MARANG – Seminggu lalu, keluarga Maimunah Mat Ali, 45, hanya mampu berbuka puasa dengan nasi dan budu yang dikongsi empat beranak tetapi semalam, mereka sekeluarga bersyukur kerana dapat merasa nasi berlaukkan sayur.
Walaupun jauh di sudut hati, Maimunah tidak sanggup melihat suaminya yang sakit, Md Rahim Jatim, 55, dan dua anaknya berlaukkan makanan itu sahaja, namun dia tidak mampu menyediakan lebih daripada itu kerana kemiskinan yang menghimpit.
“Anak bongsu, Roszairah, 7, jarang makan makanan berzat kerana kami tidak mampu. Jika ada duit sikit, kami lebih mengutamakan keperluan ubat-ubatan untuk bapanya yang sedang sakit,” katanya.
Suaminya bukan sahaja menghidap penyakit misteri, malah turut mengalami kecederaan di kaki kirinya akibat ditimpa pokok getah beberapa tahun lalu, menyebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kini dipikul sepenuhnya oleh Maimunah.
Sungguhpun demikian, Maimunah berkata, anaknya tidak pernah bersungut walaupun hanya makan nasi putih dengan budu sahaja dan keadaan itu sering berlaku apabila bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lambat diterima mereka.
Maimunah tidak bekerja kerana perlu menguruskan keluarganya, sementara anak sulungnya, Mohd Amirul, 21, kini bekerja di sebuah padang golf di Kuala Lumpur dan anak keduanya pula, Mohd Azuan, 16, bekerja sambilan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, ketika sihat dahulu, suaminya melakukan pelbagai jenis kerja termasuk menjual buah-buahan dan biasanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM50 sehari untuk menyara keluarga.
“Namun keadaan berubah sejak abang (suami) sakit dan dia sudah bertahun menderita akibat kaki kirinya ditimpa pokok getah.
“Justeru, kami sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan dan ia habis digunakan untuk membeli ubat tahan sakit. Jika ada baki, barulah kami beli keperluan dapur dan menyedihkan kerana mahu minum teh atau kopi pun kami tidak mampu membelinya,” katanya.
Ditanya persiapan hari raya tahun ini pula, Maimunah berkata, seperti juga tahun sebelumnya, mereka sekeluarga hanya beraya ala kadar dan jika ada kuih-muih dan baju raya, semuanya itu hasil pemberian pihak yang bersimpati dengan nasib mereka.
Sementara itu, suaminya, Md Rahim turut menangis teresak-esak kerana tidak menyangka wakil Sinar Harian akan datang semula ke rumahnya semalam, kerana katanya, selepas kisahnya disiarkan akhbar ini tahun lepas, ramai pihak datang dan membantunya.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana kisah hidup saya mendapat perhatian banyak pihak. Terima kasih kepada semua yang membantu sebelum ini. Hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalas budi baik mereka.
“Saya kasihankan isteri kerana perlu menanggung keluarga dengan dibantu anak lelaki. Saya mahu bekerja semula tetapi tidak berdaya, malah isteri perlu menyuap saya makan kerana keadaan kesihatan semakin merosot,” katanya.
Md Rahim turut menyuarakan hasrat memohon sebuah kerusi roda yang baru kerana kemudahan sedia ada telah rosak.
Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 014-8346489 (Maimunah) jika mahu menghulurkan sumbangan.
“Kami sekeluarga juga amat berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerung Seberang kerana sering datang bertanyakan khabar dan membantu kami semampu yang mereka boleh,”  katanya yang tinggal di Jalan Masjid, Kampung Jerung Seberang di Pengkalan Berangan. – Sinar Harian
ihsan azmykelanajaya

Mr Bell : Di Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Pemimpin masyarakat perlulah menggandakan usaha dalam memastikan rakyat yang memerlukan bantuan, terbela nasib mereka. Jenguklah rakyat, bantulah mereka ini...

(Gambar) Tiz Zaqyah & Kekasih Bercuti Ke Pulau Perhentian


Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini.
Seperti biasa sebelum ada peminat yang melatah & kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang di’kongsikan — perlu kita ingat yang aktress ini pernah berpesan yang ini memang dirinya & peminat perlu terima.
“Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan”
Berikut beberapa keping gambar percutian Tiz Zaqyah ke Pulau Perhentian untuk tatapan anda.-rk







ihsan Terengganu Today
Mr. Bell : Secara tidak langsung, Pulau Perhentian menjadi destinasi percutian yang glamour dengan kedatangan selebriti terkenal. Admin cuma nak menegur, sebagai artis terkenal, Tiz Zaqyah kena memahami dia adalah tumpuan dan pergerakannya sentiasa di mata awam, jaga tatasusila dan kesopanan sebagai wanita muslim.


Sunday 21 July 2013

K N01 Kuala Besut : BN Mendahului Selepas Pengundian Awal

Calon BN Terengganu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diramalkan telah mendahului calon Pas berikutan ramai tentera dan keluarga yang datang mengundi semalam.
Menurut sumber, di kem itu sahaja sekurang-kurangnya calon BN mendapat 700 undi dari 911 pengundi yang keluar mengundi semalam.
Ini berdasarkan kemenangan besar dalam PRU 13 yang baru lalu di kedua peti undi berkenaan.
Sejumlah 79.36 peratus keluar mengundi pada pengundian awal bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.
Walaupun sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar 95 peratus keluar mengundi, tetapi kurang 16 peratus sahaja.
Pengarah SPR Terengganu, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab berkata selepas tempoh pengundian awal tamat tepat 5 petang, hanya 911 daripada keseluruhan 1,148 anggota tentera dan pasangan serta polis yang layak mengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pusat pengundian awal di TUDM Gong Kedak membabitkan dua peti undi yang akan disimpan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sehingga hari penjumlahan rasmi undi pada Rabu ini (24 Julai).

Ihsan Terengganu Today

Pasangan Hina Islam (Alvin dan Vivian) hadapi tiga tuduhan, boleh dikenakan hukum sehingga 5 tahun penjara?

Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.
Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata mereka akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia.“Alvin dan Vivian akan tampil di Mahkamah Jalan Duta esok (hari ini) selepas siasatan ke atas mereka selesai dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Penjara lima tahun
Di bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua hingga lima tahun serta denda tidak kurang RM5,000 atau kedua-duanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pula berkata mereka dijangka tampil bersama peguam pada jam 8.30 pagi.
“Setakat ini Polis Kuala Lumpur gagal menghubungi mereka selepas diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
“Namun, mereka menghantar SMS kepada pegawai penyiasat di Seremban dan memberitahu akan datang ke Bukit Aman.
“Difahamkan tindakan mereka ke Bukit Aman atas nasihat peguam yang akan mewakili mereka. Sekiranya gagal hadir, polis akan menge-luarkan waran tangkap,” katanya.
Chin Wah berkata, kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis selepas menerima tiga laporan polis daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.
Isnin lalu pasangan itu disoal siasat hampir 11 jam di pejabat SKMM, di Jalan Tun Razak, di sini, bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalah guna kemudahan media sosial.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore (NUS) didakwa mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar dalam laman sosial Facebook mereka menikmati hidangan dengan keterangan gambar ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi), wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Umat Islam marah
Tindakan mereka bukan saja menimbulkan kemarahan umat Islam, malah mendapat tentangan kaum Cina sehingga Pengerusi Social Care Foundation, Tan Sri Robert Phang, menyifatkan tindakan mereka melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam.
Berita Harian

#PRKKualaBesut : Abby Abadi Tayang Suami Muda Di Kuala Besut !!


abby

Melihat gambar-gambar dirakamkan, Arbaiyah Abdul Manan atau Abby, 35, nampak makin gembira dan berseri-seri sejak diikat sebagai isteri oleh pemuda kacak, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.
Meskipun enggan mendedahkan lebih lanjut tentang pernikahannya yang dikatakan berlangsung di Thailand, sekurang-kurangnya Abby sudah memberikan tarikh majlis kenduri kahwinnya kelak.
Jika tiada aral, pasangan yang diijabkabul pada 9 Julai lalu ini akan mengadakan majlis resepsi mereka pada 31 Ogos akan datang.
Mengulas detik awal perkenalan dengan suaminya yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan, Abby menyatakan mereka mula berkenalan di sebuah pasar raya.
Daripada bertukar pandangan, mereka tertarik pada satu sama lain lalu berhubung beberapa kali selepas itu.
Abby dipetik bercerita kepada sebuah akhbar tempatan:
“Ketika itu kami membahasakan diri adik dan kakak. Dalam masa dua minggu berkawan, dia menyuarakan hasrat hati mahu menjadikan saya teman wanitanya, tetapi saya kata dalam Islam mesti ada hubungan yang sah jika tidak, hubungan itu hukumnya haram.
Terus dia melamar saya dan saya kata kepadanya, ‘beraninya awak melamar saya’.”
Bagaimanapun akur bahawa jodohnya dan Farhan sudah tertulis di Loh Mahfuz, Abby akhirnya menerima lamaran pemuda berkenaan semata-mata kerana Allah.
Mungkin, itu solusi terbaik bagi pasangan ini bagi mengelak fitnah dan perkara tidak elok sementelah Farhan difahamkan banyak membantu Abby di butik muslimah miliknya yang terletak di Taman Melawati, Syuhada Kasih Abadi.
Dalam pada itu, Abby dilihat agak sibuk kerana turut turun padang membantu jentera pilihanraya PAS menjelang PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai ini.
Antaranya semalam, Abby melelong beberapa pakaian miliknya di Karnival ‘Jom Bersama Che Long’ di Kampung Baharu.
Semua pakaian yang dilelongnya habis dibeli malah sepasang kurung hijau bersulam telah dibida bekas Exco Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Alani Abd Kadir pada harga RM1,010.
Difahamkan, hasil jualan itu akan disumbangkan kepada dana jentera pilihan raya PAS.

Aakj : Kenapa perlu nikah d Thailand ? Abby janda dan tak perlu izin ayah..yang wajibnya wali..ehhh ayah abby taknak jadi wali ke  ? or..ada kes lain yang terpaksa tergesa nikah d Siam?

ihsan azmykelanajaya

abby1
abby farhan anak2
abby3
abby4
abylelongbaju
gambar ihsan mynewshub

Mr. Bell : Tahniah lah ustazah abby dan suami... 

Isteri Timbalan Perdana Menteri melawat balu Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar

Noraini (dua dari kiri) ketika berkunjung ke rumah
Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar.
Oleh: Mohammad Ishak
Suasana hiba menyelubungi kediaman Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar apabila isteri Timbalan Perdana Menteri,Puan Sri Noraini Abd Rahman menziarah balunya, Azizah M Omar,53, di Kuala Besut, hari ini.

Kunjungan hormat Noraini yang ditemani isteri Menteri Pendidikan II, Toh Puan Sri Che Kamariah Zakaria, yang tiba kira-kira jam 4.30 petang.

Sempena kunjungan isteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, majlis baca yassin dan doa selamat turut diadakan di kediaman Allahyarham.

Kira-kira 50 ahli Wanita UMNO Bahagian Besut yang menghadiri majlis itu menyertai majlis bacaan yassin. Kehadiran isteri Timbalan Perdana Menteri itu sedikit sebanyak mengubati perasaan hiba Azizah yang kehilangan suaminya Dr A Rahman yang meninggal dunia 26 Jun lalu di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ), Kuala Terengganu akibat komplikasi paru-paru.

Dr A Rahman ADUN Kuala Besut yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri, meninggalkan seorang balu dan empat anak tiga lelaki dan seorang perempuan. Balu Allahyarham,

Azizah atau lebih dikenali dengan panggilan “Kat Zah” tetap tabah dan bersemangat ketika dikunjungi rombongan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan isteri turut melawat keluarga Allahyarham.

ihsan teganukita.blogspot

Mr Bell : Semoga keluarga Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar kuat semangat dan tabah meneruskan kehidupan. 

Kuala Besut : Atas Kertas, BN Tidak Hadapi Masalah Untuk Menang

Alhamdulillah pagi semalam selamat sampai di Kuala Besut untuk turut sama meninjau perjalanan pilihan raya kecil kerusi berkenaan. 

Semalam sempat meronda-ronda di seluruh kawasan pilihan raya. Tempatnya tidaklah besar sangat. Daripadanya tinjauan yang dilakukan dan dilihat daripada mata kasar serta keputusan tiga PRU lepas, tiada masalah untuk BN mempertahankan kerusi tersebut. 

Bagaimanapun dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Samalah seperti perlawanan bola sepak. Jika bola sepak penuh dengan keajaiban begitu juga dengan politik. Ianya juga penuh dengan keajaiban...

Jumlah pengundi di Dun berkenaan adalah 17,683 pengundi. 


Pecahannya seperti berikut : -

Pengundi lelaki : 8920 orang (50.44 %)

Pengundi perempuan :  8763 orang (49.46 %)

Pengundi melayu : 17,455 orang (98.71 %)

Pengundi cina : 140 orang (0.79 %)

Pengundi india : 14 orang (0.08 %)

Pengundi lain-lain bangsa : 74 orang (0.42 %)

Pengundi biasa : 16,534 orang (93.33 %)

Pengundi tentera : 1134 orang (6.59 %)

Pengundi polis :14 orang (0.08%)

Pengundi luar negara : 1 orang (0.01 %)


Terdapat lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dun berkenaan....

1 - PDM Pulau Perhentian (734 pengundi)

2 - PDM Seberang Barat (1645 pengundi)

3 - PDM Kampung Nail (1778 pengundi )

4 - PDM Seberang Barat Luar (3084 pengundi)

5 - PDM Tok Saboh (3223 pengundi)

6 - PDM Kampung Nangka ( 1231 pengundi)

7 - PDM Kampung Baru (3567 pengundi)

8 - PDM Bukit Puteri (2421 pengundi)


Keputusan PRU 13 pada 5 Mei 2013 menyaksikan calon BN, Dr A. Rahman mendapat 8809 undi dan calon calon Pas, Napisah Ismail mendapat 6375 undi. BN menang dengan majoriti 2434 undi.

Pecahan undi yang dipungut oleh parti bertanding mengikut Pusat Daerah Mengundi seperti berikut,

1 - PDM Pulau Perhentian  (BN 448) (Pas 179) BN menang majoriti 269 undi

2 - PDM Seberang Barat  (BN 838) (Pas 528) BN menang majoriti 310 undi

3 - PDM Kampung Nail  (BN 879) (Pas 580) BN menang majoriti 299 undi

4 - PDM Seberang Barat Luar  (BN 1675) (Pas 919) BN menang majoriti 756 undi

5 - PDM Tok Saboh (BN 1679) (Pas 1062) BN menang majoriti 617 undi

PDM Kampung Nangka (BN 496) (Pas 575) Pas menang majoriti 79 undi

7 - PDM Kampung Baru (BN 1092) (Pas 1031) BN menang majoriti 61 undi

8 - PDM Bukit Puteri (BN 1012) (Pas 1102) Pas menang majoriti 90 undi

9 - Undi Pos & Undi Awal (BN 626) (Pas 399) BN menang majoriti 227 undi


Pada PRU 12 tahun 2008 BN menang semua PDM termasuk PDM Kg Nangka yang dimenangi dengan majoriti 60 undi dan PDM Bukit Puteri, BN menang dengan majoriti 62 undi.

Pada PRU 11 tahun 2004 BN juga menang di semua PDM kecuali undi Pos yang dimenangi Pas dengan majoriti 170 undi. 

Seperti yang saya katakan di atas berdasarkan keputusan-keputusan yang lepas-lepas tidak menjadi masalah untuk BN mempertahankan kerusi Kuala Besut.






ihsan RBF online