Monday 26 August 2013

Bila Emma Maembong 'Mengamuk' Kerana Tidurnya Diganggu...


Kesian Emma Maembong, sudah tidur nya diganggu, direkod pula dalam video, sabar lah jer lah Emma...



Emma Maembong bintang baru 

Seberang Perai Diancam Kongsi Gelap?


GEORGE TOWN 26 Ogos – Sejak dua hari lalu berlaku beberapa insiden yang agak mencemaskan di Daerah Seberang Perai Selatan termasuk kes tembakan rambang dan penemuan bom serta 20 butir peluru semalam.
Enam lelaki cedera apabila dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang di Taman Kasawari, Simpang Ampat 24 Ogos lepas dan penemuan bom serta 20 butir peluru hidup berikutan penahanan enam orang di Machang Bubuk, awal pagi semalam.
Sebelum itu, Polis menembak mati 5 orang ahli kongsi gelap di Nibong Tebal hingga mencetuskan khabar angin bahawa kumpulan tersebut berazam untuk membalas dendam.
Bagaimanapun Polis memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan masih berada dalam keadaan selamat. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat walaupun
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebar melalui khidmat SMS mendakwa kononnya akan berlaku kekecohan.

“Pihak polis telah memperhebatkan rondaan dan operasi mencegah jenayah di sekitar daerah itu bagi menjamin keselamatan awam…orang ramai juga tidak perlu bimbang dan panik.
“Ketika ini, polis giat menjalankan siasatan kes tembak serta penyebaran khabar angin itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas, seramai 2,490 orang telah diperiksa dan 36 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di negeri ini.
Terdahulu, Abdul Rahim menerima pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya harap rakyat negeri ini terus memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah,” katanya. – BERNAMA

Monday 19 August 2013

Strategi licik murtadkan Melayu – Utusan Melayu


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Strategi licik ‘kontekstualisasi’ iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam sedang giat disebarkan di negara ini untuk mendorong orang Melayu murtad.
Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar berkata, strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.
Menurut A. Karim, strategi itu bukan lagi rahsia kerana satu kajian di peringkat ijazah doktor falsafah mengenai kehidupan masyarakat Melayu Kristian di Malaysia telah dilakukan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat (AS).
“Paderi ini telah menemubual sekitar 20 orang Melayu yang menjadi Kristian dan antara penemuannya di dalam kajian itu adalah tiada tanda salib atau Bible dalam rumah orang terbabit.
“Selain itu, ada antara golongan murtad itu mengaku mengikut ayah pergi ke masjid, berpuasa serta solat di rumah macam orang Muslim biasa,” katanya dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.
Program wacana yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Tambah A. Karim, kaedah kontekstualisasi digunakan oleh golongan terbabit sebagai ‘gerakan dalaman’ agar selesa dengan keadaan murtad dan tidak kehilangan identiti asal sehingga terpisah daripada masyarakat.
Katanya, teologi untuk orang Kristian Melayu sedang dibina dan turut merangkumi amalan seperti cara solat, puasa 30 hari bulan Ramadan dan adat resam seperti makanan.
“Sebagaimana yang berlaku di Indonesia, ada antara gereja di sana mengubah waktu berhimpun pada hari Ahad kepada hari Jumaat untuk mirip kepada amalan orang Islam,” katanya.
A. Karim memberitahu, beliau tidak mempunyai anggaran golongan yang menjadi gerakan dalaman di Malaysia, namun jumlahnya di seluruh dunia adalah sekitar 400,000 orang.
“Pada tahun 1960-an, ada seorang paderi mengaku begitu sukar untuk mengkristiankan orang Melayu, namun dengan menggunakan strategi kontekstualisasi serta perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT), mereka mendapat momentum baharu,” katanya.
A. Karim berharap kerajaan tegas dalam membendung penyebaran ajaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam kerana perkara itu amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Semua pihak ada peranan untuk mengekang perkara ini dan saya berharap jangan hanya melihat dari sudut politik sehingga ajaran agama Islam yang sebenar tergadai,” katanya.
Sementara itu, dalam taklimat berasingan, A. Karim mengingatkan orang ramai mengenai Resolusi Perhimpunan Christian Federation Malaysia (CFM) pada Februari 1987 yang mahu lebih ramai ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian.
“Umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’ yang mana kedudukan Islam tersisih kerana penyamarataan hak semua bangsa dan agama,” katanya.

ihsan muafakatmalaysia.com

Video Ini Menjelaskan Mengapa Mursi Mahu Digulingkan Di Mesir




Diterbitkan pada 16/08/2013


Satu video taklimat inteligen Israel yang beredar di Youtube. Didalam satu forum yang dihadiri orang-orang kanan dan pengawai tertinggi, seorang komandan inteligen menjelaskan sebab utama mengapa Presiden Mursi perlu disingkirkan daripada pemerintahan di Mesir.

Pertama, menurutnya, Mursi membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah seperti di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jordan.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan.

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura. Sebuah merupakan konsep permusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas yaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rezim non-demokratik pada masa demokrasi tidak bisa memadamkannya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Universitas Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat. Tetapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh negara.

Dua misi besar tersebut akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka. Maka partai-partai Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai peneraju utama yang bertanggung jawab. Tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh/kuat.

Jadi kudeta terhadap Ikhwan pada hakikatnya bertujuan untuk menghalangi tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. 

Ihsan Angin Perubahan


Mr. Bell : Kita perlu memahami pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah, tangan-tangan ghaib sedang mengubah sosio politik di seluruh dunia. Mereka ini menggunakan semua mekanisma yang ada di dalam sesebuah negara untuk mengubah atau mengucar-kacirkan kestabilan dan keamanan negara itu. 

Kereta Dipandu Ustaz Azhar Idrus Berlanggar (4 Gambar)

Kuala Terengganu – Ustaz popular Pas Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah kereta VolkWagen Golf yang dipandu oleh Azhar dan sebuah kereta Proton Iswara. 





Kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu dan penumpang kereta Iswara berkenaan cedera dan dikejarkan ke HSNZ, Kuala Terengganu manakala Azhar dan keluarganya tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Azhar yang datang dari Simpang Tok Ku bertembung dengan kereta Proton Iswara yang membelok menghala ke Jalan Gelugor Kedai di lampu isyarat Pengadang Baru berhampiran Gedung Tudung Desa Murni. Insiden dikatakan berlaku apabila Azhar dikatakan mengejar lampu isyarat yang sudahpun bertukar merah. – Sumber




ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Pandu Cermat, Jiwa Selamat. Ingatlah orang tersayang.

Friday 16 August 2013

Koleksi gambar Nora Danish dan Nadeem Nazri (7 Gambar)


Walaupun kenyataannya pada media hanyalah sekadar kawan, Nora Danish dilihat semakin kerap memuat naik gambar bersama Nadeem Nazri, anak kepada seorang menteri. Baru-baru ini Nora telah diterjah oleh media mengenai hubungannya dengann Nadeem, Nora hanya menjawab :

"Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan."







ihsan mediamalaya

Mr. Bell : Kalau jujur dan ikhlas niat beliau (Nadeem Nazri) untuk memperisterikan Nora Danish, semoga dicepatkan jodoh mereka dan kekal hingga akhir hayat...



Polis terima laporan kes Lelaki Pukul Isteri Dalam Lif




GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes memukul wanita di dalam sebuah lif di bandar Perda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, polis telah menerima laporan kes berkenaan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

Mazlan berkata, wanita berusia 36 tahun itu dipercayai mengunjungi hospital swasta bersama seorang lelaki yang didakwa suaminya untuk melawat anak sulung mereka yang dimasukkan ke wad hospital berkenaan akibat demam panas.

"Kalau kita tengok dalam video itu, suami telah memukul, menampar, pijak cermin mata dan tendang dia di depan anak dia umur 4 tahun dan 5 tahun. Jadi dalam kejadian ini, suami, 36 tahun kerja di jabatan kerajaan di Jerantut dan kita sedang mengesan dia.

"Perlakuan seorang suami memukul, menampar memang lah amat keterlaluan dan apa yang dipaparkan agak ganas dan minta mereka yang tahu di mana lelaki ini berada berhubung dengan pihak polis di mana-mana balai berdekatan," katanya.

Polis percaya masalah berpunca akibat salah faham selain berkaitan masalah rumah tangga kedua-duanya.

Mazlan berkata, wanita itu yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, pergelangan tangan dan lengan telah mendapat rawatan dan keadaanya dilaporkan baik. Kes disiasat di bawah seksyen 323 Kanun Kesiksaan.

Dalam pada itu, pihak polis menafikan pihaknya enggan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa sebaliknya bertindak segera sebaik menerima laporan.

Imej yang tersebar di laman sosial Youtube dan Facebook memaparkan seorang lelaki bertindak memukul seorang wanita di depan dua kanak-kanak di dalam sebuah lif telah dimuat naik di laman berkenaan semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4 petang 12 Ogos lalu di dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di bandar Perda.

ihsan Astro Awani

Mr. Bell : Berani buat, Berani TERIMA AKIBATNYA! Jantan DAYUS!

Beliau telah menyerah diri.

http://www.astroawani.com/news/show/lelaki-pukul-isteri-dalam-lif-serah-diri-di-kuantan-20387


Thursday 15 August 2013

Biar Perkasa ‘Berembat’ Dengan Pak Lah, UMNO Jangan Masuk Campur


KENYATAAN keras Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap mantan Perdana Menteri Paklah berhubung pandangan meleset beliau terhadap pertubuhan tersebut dalam buku Awakening: The Abdullah Years In Malaysia yang diterbitkan baru-baru ini sepatutnya dikekalkan ke tahap itu sahaja.
UMNO tidak perlu masuk campur.

Walaupun penulis melihat Perkasa sudah masuk dalam perangkap yang dipasang Anwar Ibrahim dengan memberi komen yang begitu keras terhadap Paklah, tapi dalam masa yang sama, penulis juga melihat Perkasa ada keperluan untuk mempertahankan diri dari ’penipuan’ Paklah dalam buku tersebut.

Sengaja penulis coretkan begitu kerana ada besar kemungkinan kenyataan sebenar Paklah mengenai pertubuhan tersebut telah diselewengkan oleh kedua-dua penyuntingnya yang kita semua tahu ada kaitan rapat dengan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

Penyunting buku tersebut, Dr. Bridget Welsh adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim dan pernah sama-sama mengajar di Universiti John Hopkins sementara James Chin adalah bekas pensyarah sebuah universiti dari Australia dan banyak terlibat memberi khidmat perunding kepada pembangkang terutama dalam menghadapi PRU13 yang lepas.




Sebab itu penulis katakan UMNO jangan masuk campur.  Biarlah dia nak berembat macam mana pun, kita tunggu dan lihat perkembangannya macam mana sudah.
Sebab penulis tahu Anwar mahu UMNO beri respon kepada penerbitan buku tersebut, melihat kepada kenyataannya sebelum ini.  Anwar dalam mengulasmengenai penerbitan buku tersebut seperti dipetik media pro pembangkang pada 10 Ogos yanglepas, ”meminta agar UMNO mendengar kritikan Paklah terhadap parti tersebut”.
Apa besar Anwar nak mengarah-ngarahkan UMNO, itu cerita lain, yang penting sekarang, dari kenyataan itu sahaja jelas menunjukkan Anwar mensasarkan UMNO, bukan Perkasa!!
Kita semua tahu pembelit Anwar macam mana, dia tidak akan berehat selagi tidak melihat UMNO hancur atau dia sendiri padam.  Syaitan muka manusia ini memang kuat berdendam, maka itu UMNO perlu berhati-hati dalam menangani dakyahnya kali ini.

ihsan MYKMU.NET

PM Najib Minta Semua Pihak Hentikan Pertumpahan Darah Di Kaherah (6 Gambar)

Ihsan BBC
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir, baru-baru ini supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai.




Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebooknya pada Rabu juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.

"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kematian orang awam dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi di dua dataran utama di Kaherah.

-- BERNAMA









Gambar-gambar diatas ihsan BBC, http://www.bbc.co.uk

Mr. Bell : Admin mendoakan Rakyat Mesir segera memberhentikan kemusnahan dan kekacauan di tanah tumpah mereka. Musuh Islam sedang menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh. Semoga Allah S.W.T. melindungi negaraku, Malaysia yang aku cintai ini.




Tuesday 6 August 2013

Foto Suspek Utama Pembunuh Pengasas Arab Malaysian

Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.
NAMA : KONG SWEE KWAN
MYKAD : 690103-10-6459
ALAMAT TERAKHIR : 132 JLN PELANDOK 4, TMN SUNTEX
BT. 9 CHERAS, SELANGOR
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. (FB Polis KL)

Saingan Rebut Gelaran Dunia Antara Chong Wei, Lin Dan - Rashid Sidek


GUANGZHOU, 6 Ogos (Bernama) -- Kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di sini akan pasti menjadi pertarungan antara jaguh negara Datuk Lee Chong Wei dan mush tradisinya Lin Dan dari China, demikan pendapat ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek.

Beliau berkata Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan pilihan pertama kejohanan, serta Lin Dan yang juga juara dunia empat kali, berada pada kelas tersendiri berbanding pemain lain bagi merebut mahkota kejuaraan tersebut.

"Kalau ada pun pemain yang boleh memberi tentangan kepada Chong Wei dan Lin Dan adalah (pilihan kedua) Chen Long (dari China). Standard permainan (pilihan ketiga) Du Pengyu belum dapat menyaingi Chong Wei dan Lin Dan," katanya ketika ditemui pemberita di sini Selasa.

Rashid percaya Chong Wei, yang memburu kejuaraan sulungnya pada kejohanan berkenaan, berpeluang meraih gelaran tersebut walaupun bakal diberi tentangan terutama daripada barisan pemain China diketuai Lin Dan.

"Banyak yang boleh terjadi. Kita jangkakan pemain ini boleh menang, tetapi sebaliknya. Saya percaya Chong Wei ada kelebihan untuk memenangi kejuaraan ini," katanya.

Pada pusingan kedua esok, Chong Wei akan berdepan pemain muda Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka.

Selain Chong Wei, Malaysia turut mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan lelaki pada pusingan kedua iaitu Chong Wei Feng, pilihan ke-15 kejohanan yang akan bertemu pemain Ukraine, Dmytro Zaradsky manakala Liew Daren berdepan pemain Singapura, Derek Wong.

Mengenai prestasi Wei Feng dan Liew, Rashid berkata kedua-dua pemain itu perlu lebih fokus dalam pertemuan esok kerana berdasarkan prestasi pada pusingan pertama semalam, ada kalanya mereka hilang tumpuan.

Rashid berkata kedua-dua pemain berkenaan perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dan perlu memperbanyakkan corak permainan menyerang.

-- BERNAMA

Mr. Bell : MALAYSIA BOLEH! DATUK LEE CHONG WEI, BOLEH!

Aidil Akhirnya Ceraikan Rita Rudaini Dengan Talak Satu

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

Aidil Zaquan dan Rita Rudaini semasa baru mendirikan rumahtangga

ihsan Terengganu Today

Mr. Bell : Penceraian sesebuah perkahwinan itu perlulah diselesaikan dengan baik, supaya anak-anak mendapat perhatian dan dijaga perasaan mereka. 

Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Pengasas Bank Arab Malaysian

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita semalam berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, 75, pada 27 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 42 tahun yang dipercayai berada bersama suspek utama kes itu ketika kejadian, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 10 malam tadi.

"Sebelum itu, polis membuat serbuan di rumahnya di Selangor. Bagaimanapun, lelaki itu tiada di rumah. Namun, pada kira-kira 10 malam, dia menyerah diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata dua wanita berumur 47 dan 61 tahun, yang merupakan pemegang amanah tokong Cina berhampiran lokasi pembunuhan, ditahan pada 1.30 tengah hari semalam di sekitar kawasan itu bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, penahanan dua wanita itu dijangka dapat memberi maklumat penting berhubung motif pembunuhan.

"Kami difahamkan, Hussain terlibat dalam rundingan supaya tanah tokong itu tidak diusik, dijual atau dirobohkan. Maknanya mangsa cuba menyelamat atau melindungi tokong itu.

"Namun, ini hanyalah maklumat awal. Siasatan lanjut akan kita jalankan bagi mencari motif sebenar kes pembunuhan ini," katanya sambil menambah isteri Hussain belum dapat memberi keterangan berikutan kecederaan yang dialami dalam kejadian tembakan itu.

Sementara itu, Ku berkata pemandu teksi yang ditahan Selasa lepas di Sri Petaling menunjukkan polis sebuah rumah di Brickfields sebelum polis menemui pistol jenis Walther 9mm di dalam peti surat rumah itu.

"Bagaimanapun, pistol itu tidak digunakan dalam kes pembunuhan Hussain," katanya.

Gambar CCTV suspek utama
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai membantu menjejaki suspek utama kes itu, Kong Swee Kwan, 44, yang sebelum ini dikenali sebagai Sei Ngan Chai atau Ah Chian (nama samaran).


Hussain Ahmad Najadi, Pengasas AmBank
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, mati manakala isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Hussain terkena dua das tembakan di dada dan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

-- BERNAMA

Sunday 4 August 2013

Lagi Pembunuhan Bersenjata Api : Fighter Geng 04 Parit Buntar terbunuh...




SMS berikut diterima pagi tadi berkenaan kejadian pada pukul 10:

UM.31/07: Pemandu van kilang, N Jeevandran, 26, menjadi mangsa terbaharu kes tembak. Dia maut selepas terkena 3 das tembakan di Parit Buntar pagi ini.



Setelah ditanya-tanya, maklumat yang didapati adalah lelaki tersebut adalah Jeevendran al Nadarajan yang duduk di Taman Sri Semarak, Parit Buntar.

Kejadian pembunuhan ditembak ini berlaku di tepi Jln Permai 2, Taman Wawasan, Parit Buntar. Simati ini memang sudah mempunyai 4 rekod jenayah dan adalah sebahagian dari ahli Gang 04 Parit Buntar yang merupakan pusher kecilan dadah.


Adakah banyak kematian ini semua akibat dari agenda pembersihan dan pengambilan kausa kawasan dari lepasan tahanan Simpang Rengam yang dilepaskan oleh pemansuhan EO?

ihsan The Unspinners

Mr. Bell : Apakah persamaan modus operandi pembunuhan bersenjata api ini? Adakah PDRM menyedari persamaan cara dan taktik yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah ini... Adakah orang awam mudah mendapat senjata api? 

"WELCOME TO MALAYSIA, WHERE DEATH IS CHEAP, AND STAYING ALIVE IS COSTLY", The New Paper...

ihsan Gelombang Wangsa Maju
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.


Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.

"Ia adalah satu kenyataan jahat...eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini Sabtu.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana...kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina.

-- BERNAMA

Mr Bell : Apakah maksud tersirat dalam laporan akhbar ini? Adakah mereka ingin menjatuhkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM)?

Saturday 3 August 2013

Datuk Abdul Farid Alias Dilantik Presiden & CEO Maybank Mulai Hari Ini


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Datuk Abdul Farid Alias, 45, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Malayan Banking Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Borong Global.

Abdul Farid menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang meletak jawatan pada 4 Jun untuk menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Abdul Farid sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan anggota lembaga pengarah cabang pelaburan kerajaan,

UEM Group Bhd, pada 2008.

Pengumuman hari ini dibuat oleh Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pada sidang media di Menara Maybank.

Maybank ialah bank terbesar negara dan menduduki antara 100 bank terkemuka dunia.

Abdul Farid yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu pada 11 pagi tadi.

"Saya terharu dan bangga diberikan tanggungjawab ini. Saya menyedari sepenuhnya Abdul Wahid meninggalkan saya dengan tanggungjawab yang besar.

"Namun, saya bertuah kerana di sini, di Maybank, kami mempunyai sekumpulan pemimpin yang berminat dan komited," katanya.

-- BERNAMA

Mr. Bell : Tahniah YBhg. Datuk Abdul Farid Alias, diatas perlantikan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank yang baharu.

Thursday 1 August 2013

Klip Video Rai Aidilfitri Dengan Anjing Tersebar...


Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.
Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.
Dengan tema ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies’, permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.
Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.
Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.

Ihsan Terengganu Today

Mr. Bell : Penghinaan terhadap Agama Islam semakin menjadi-jadi kebelakangan ini... Apakah kita (umat Islam) hanya mampu melihat dan tidak berbuat apa-apa? Kekuatan iman dan pemantapan akidah perlu diserapkan kepada anak-anak kita, supaya generasi akan datang bersedia dengan pancaroba dan halangan di masa hadapan... ILMU ITU PELITA HIDUP.

Kisah cinta Tiz Zaqyah dengan kekasih bukan lagi rahsia...


Percintaan pelakon cantik Tiz Zaqyah dan seorang pemuda yang juga bekas teman persekolahannya yang dikenali sebagai Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Dari awal lagi Tiz memang bersikap terbuka dengan memuatnaik gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram miliknya.
Kali ini, Tiz sudah mula berani memperkenalkan kekasih hatinya kepada pihak media. Kedatangan Tiz ke majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita ditemani oleh kekasih hati nya itu dan tidak keberatan untuk ditemubual bersama.
“Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti.
Hubungan Tiz dan Haziq sudah hampir setahun.
“Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini”, kata Tiz Zaqyah sambil tersenyum.
Hubungan yang sudah hampir setahun, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbindang soal masa depan perhubungan mereka, namun menyifatkan terlalu awal untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya iaitu bertunang ataupun berkahwin.

“Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila”, ujarnya ringkas.-oa


ihsan Terengganu Today
Mr. Bell : Alhamdulillah, biarlah sampai ke jinjang pelamin... Cuma jagalah kesopanan dan kesusilaan bila bersama, selebriti sentiasa di kaca mata peminat dan orang ramai...




Gambar Suspek Yang Menembak Pengasas Ambank Sudah Dikenalpasti


Gambar Suspek lelaki cina yang membunuh pengasas Ambank dua hari lepas. lelaki ini dikenali sebagai nama Sei Ngan Chai. Hubungi Balai Polis Berdekatan Jika punyai maklumat lelaki ini.

Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ihsan Angin Perubahan

Mr. Bell : Minta kerjasama semua pihak, sebarkan gambar suspek ini...