Friday 17 January 2014

#GiatMara : KHALID JANGAN PUTAR BELIT


SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kononnya kerajaan negeri sedia memberi pertimbangan kepada pihak pengurusan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru meneruskan operasinya.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN), Datuk Seri Noh Omar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan arahan dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak menerusi sepucuk surat bertarikh 28 November 2013 kepada pengurusan GiatMara terbabit.
Berdasarkan surat tersebut katanya, PTD Gombak mengarahkan mereka mengosongkan pusat latihan itu dalam tempoh setahun.
“Dalam surat itu tidak pula disebut keputusan kerajaan negeri untuk memberi pertimbangan kepada pihak pengurusan GiatMara meneruskan operasi mereka di tapak terbabit dengan syarat segala kemudahan diberi penambahbaikan.
“Begitu juga dalam surat kedua yang dikemukakan PTD Gombak kepada pengurusan GiatMara terbabit pada 2 Disember 2013 yang mana pertimbangan untuk memberikan peluang kepada pusat latihan itu kekal menjalankan operasi juga tidak dinyatakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MTPN di sini hari ini.
Semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, Abdul Khalid memberi pilihan kepada pengurusan GiatMara di Taman Selayang Baru yang diarah tutup atas alasan dibina tanpa kebenaran untuk terus beroperasi dengan syarat kemudahan di situ diperbaiki.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebelum ini mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini menerusi sepucuk surat yang dikemukakan PTD Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan bertarikh 2 Disember 2013.
Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 meter persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Selain itu, kerajaan negeri turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Dalam pada itu, Noh mencabar kerajaan negeri mengeluarkan arahan baharu secara rasmi bagi membolehkan GiatMara memohon pusat latihan kemahiran itu terus kekal di lokasi berkenaan.
“Kalau kerajaan negeri ikhlas nak tolong GiatMara, mereka perlu buat arahan baharu supaya ada pertimbangan kepada pusat latihan itu untuk memohon tapak tanah berkenaan.
“Kerajaan negeri perlu kenang jasa serta sumbangan GiatMara di situ selama lebih 20 tahun kepada rakyat,” ujarnya.

Ihsan Obey_one

Tuesday 7 January 2014

#Peugeot : Nasim sasar 100 buah 'Peugeot 2008' sebulan.


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim), menyasarkan untuk menjual 100 buah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu 'Peugeot 2008', sebulan selepas dilancarkan secara rasmi hari ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, sejak model itu dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS), model berkenaan telah menerima 100 tempahan awal.
Beliau berkata, Peugeot 2008 telah mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah dengan tempahan sebanyak 73,600 buah sebelum ini dan spesifikasi yang sama telah dibawa ke pasaran tempatan.
"Model baharu ini akan memberi sumbangan yang baik dalam usaha Nasim mencapai sasaran jualan keseluruhan Peugeot sebanyak 7,000 buah tahun ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Peugeot 2008 ini ditawarkan pada harga RM119,888 sebuah bagi pasaran Semenanjung, menakala RM121,888 sebuah untuk Sabah dan RM121,588 sebuah untuk Sarawak termasuk insurans.
Model ini dilengkapi dengan pakej keselamatan dan aksesori terkini serta bonet bersaiz 360 liter dan boleh dilaras kepada 1,194 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Nasim akan mengadakan pameran untuk model baharu ini di pasar raya One Utama pada 8 hingga 12 Januari ini bagi menyampaikan maklumat dengan lebih dekat kepada orang ramai.
Seperti model Peugeot yang lain, Peugeot 2008 juga ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan termasuk perkhidmatan 24 jam Peugeot Assistance.

ihsan www.utusan.com.my


Sila klik pada gambar, untuk gambaran yang jelas

#Maybank : Boleh Keluar Wang Tanpa Kad

(dari kiri) Ketua Bahagian Perbankan Maya dan Pembayaran Maybank, Mohd. Suhail Amar Suresh Abdullah, Lim Hong Tat dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Hamirullah Boorhan di depan ATM Maybank semasa merasmikan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa kad di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Malayan Banking Bhd. (Maybank), menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran wang tanpa menggunakan kad di mesin-mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Menurut kenyataan oleh bank tersebut, perkhidmatan itu yang bermula hari ini membolehkan pelanggan-pelanggan Maybank yang mempunyai akaun perbankan dalam talian untuk menghantar wang kepada sesiapa sahaja dalam negara yang memiliki telefon mudah alih.
Penerima boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad ATM.
Ketua Kumpulan Perkidmatan Kewangan Komuniti dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Datuk Lim Hong Tat berkata, perkhidmatan itu turut memberi ruang bagi pengunaan saluran perbankan Maybank kepada masyarakat tanpa perlu memiliki akaun dengan Maybank.
Bagi menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan Maybank (pemberi) yang mahu menghantar tunai boleh memulakan transaksi menerusi laman web Maybank2u.
Pemberi perlu menaip nombor telefon mudah alih penerima yang akan menerima nombor pengenalan transaksi (ID-1) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Maybank.
Pada masa sama, pemberi akan menerima ID transaksi yang berbeza (ID-2) daripada Maybank menerusi SMS.
Pemberi kemudiannya akan menghantar nombor pengenalan ID-2 kepada penerima. Penerima akan menggunakan kedua-dua nombor yang diperoleh untuk mengeluarkan wang tunai di ATM dengan hanya menekan butang di paparan sentuh dan mengikut arahan yang disediakan.
Hong Tat berkata lagi, perkhidmatan itu disediakan dengan langkah keselamatan untuk melindungi penghantar dan penerima.
"Dua nombor pengesahan diperlukan untuk memastikan wang dapat dikeluarkan dan nombor pengenalan ini sah untuk tempoh 24 jam," katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Maybank menganggarkan sejumlah 20,000 transaksi tanpa kad akan dimanfaatkan setiap bulan dalam tahun pertama pengenalannya.
Bayaran minimum RM1 akan diperkenalkan kepada penghantar setiap kali mereka memulakan proses perkhidmatan itu. Bagaimanapun bayaran tidak akan dikenakan dalam tempoh promosi sehingga 28 Februari 2014.
Bermula 7 Januari, Maybank menawarkan ganjaran tunai RM500 setiap seorang kepada tiga orang pemenang bertuah setiap hari yang berjaya melaksanakan transaksi pengeluaran tanpa kad ini. Tawaran ini akan berlangsung selama 30 hari, tertakluk kepada terma dan syarat.



ihsan  www.utusan.com.my


#JambuBungNuar : Jambu baru Bung Nuar???





Ihsan The Unspinners

Admin : Kenapa isu ini dimainkan, kenapa tidak kita naikkan personaliti yang lebih membangunkan Ummah dan Rakyat Malaysia, ketandusan pemimpin?









#IsuKalimahAllah : Marina panggil ayah 'rubbish', hina mahkamah dan derhaka pada Sultan


Marina dipeitik Malaysian Insider memanggil Perkasa sebagai 'rubbish' tanpa menyedari ayahnya adalah pendokong kuat Perkasa dan sering kali muncul di program-program perkasa.


Secara tak langsung Marina Mahathir menghina ayahnya sebagai 'rubbish' kerana bergiat rapat dengan Perkasa.

Betul seperti anak derhaka.


Sementara itu, Marina mengikut rentak irama penggiat Kristian yang mahu memurtadkan orang Islam. Akidah orang Islam tak dipeduli tapi hak orang Kristian mahu murtadkan orang Islam yang disanjung.



Dalam usaha ini, Marina telah menyokong seorang paderi yang telah engkar akan perintah Mahkamah dengan ini bersalah menghina mahkamah. Marina menyokong mahkamah dihina.

Paderi tersebut turut melanggar perintah Sultan dan dianggap derhaka kepada perintah Sultan.


Menurut bigdog di SINI, Marina yang mempunyai gelaran Datok dari anugerah Sultan Selangor telah engkar perintah Selangor dan patut rasa malu mengekalkan gelaran Dato tapi engkar akan perintah Sultan.

Pulangkanlah balik pingat tersebut.

Dah balik angkuh Marina ni.

Harap dia sedar bahawa dia duduk dalam rumah kaca maka jangan lah nak tunjuk lagak dan berani nak baling batu. Satu batu kelikir kecil saja boleh dibaling dan kamu yang berderai.

Kamu dahulu pun bukan sopan perangai dan begitu angkuh hingga kesana kemari berkata "Do you know who I am?" Ramai masih ingat gelagat kamu di NST dan Selangor Club.

Lebih baik kamu kembali kepada tanggungjawab kamu untuk menjaga anak-nak dan suami kamu  agar nama kamu tidak tercemar. 
Ihsan The Unspinners

Admin : Mendoakan Datin Paduka Marina Binti Tun Dr. Mahathir kembali ke jalan yang lurus dan diredhai Allah SWT.