Monday 31 March 2014

#FormulaOne2014 : Transforming Formula One: 2014 Rules Explained (Full Version)

Lesser Cylinders, Lesser Fuel, Lesser Aerodynamics, Better Safety Measures, Lesser Engines through out the season... MORE ACTION, THATS FOR SURE! opsss... plus The Sound Of Turbo!

#AbbotMH370Rescue : Perdana Menteri Australia Tony Abbot Ikrar Teruskan Usaha Cari Dan Jejak MH370 #PrayForMH370

Perdana Menteri Australia Tony Abbot, mengatakan Australia akan meneruskan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 dan menjelaskan mereka telah meluaskan kawasan carian. Beliau juga menambah, semua pihak tidak boleh menyalahkan kerajaan Malaysia, kerana awal merumus nasib pesawat MH370 menamatkan perjalanannya di Selatan Lautan Hindi.

#Formula1Sepang : Penonton F1 Bertafakur Memperingati MH370 #PrayForMH370

Penonton F1 bertafakur memperingati MH370

Sebahagian Keluarga Penumpang MH370 Dari China Tiba #PrayForMH370

Semoga dengan kehadiran sebahagian keluarga penumpang MH370 dari Republik Rakyat China, dapat meleraikan kekusutan dan menenangkan ramai pihak, setelah diberikan penerangan dan maklumat terkini mengenai usaha Search and Rescue (SAR) yang sedang giat diusahakan oleh pihak berkuasa Malaysia dan negara-negara lain.

Friday 28 March 2014

#MPPProbohgerai : 200 peniaga halang MPPP roboh gerai (9 Gambar)

Balik Pulau: Operasi meroboh 15 gerai peniaga dan penjaja Melayu di Teluk Bahang, di sini semalam, kecoh apabila kira-kira 200 peniaga dan penduduk menghalang tindakan berkenaan.
Seawal jam 9 pagi, peniaga dan penduduk berkumpul dan kemudian cuba menghalang sekumpulan 50 kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghampiri lokasi berkenaan. Kekecohan tercetus jam 10.30 pagi, menyaksikan sesetengah peniaga yang tidak berpuas hati, bertindak agresif terhadap kakitangan MPPP.
Insiden bermula apabila seorang pegawai dipercayai dari Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikatakan cuba menenangkan peniaga termasuk menunjukkan notis kebenaran melakukan kerja terbabit, namun mengundang kemarahan peniaga hingga berlaku pergelutan dengan suasana kecoh berlarutan hampir setengah jam sebelum dileraikan polis.
Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Teluk Bahang, Mohd Redza Zainal Abidin, kesal dengan tindakan MPPP yang didakwa menindas dan menjejaskan mata pencarian penjaja kecil Melayu yang sudah lebih 15 tahun mencari rezeki di situ tanpa gangguan.
Tindakan aniaya peniaga
“Sepatutnya MPPP berbincang dengan kami... tindakan ini menganiaya kami yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga,” katanya sambil disokong pengusaha bengkel kereta, Muhammad Suhaimi Arsad, 30, yang kecewa kerana MPPP didakwa lewat mengeluarkan notis arahan pengosongan premis selain tidak mengadakan perbincangan.
Sambil menyifatkan pengusiran itu suatu penganiayaan terhadap peniaga dan keluarga mereka, Suhaimi berkata, mereka sudah lama berniaga di lokasi berkenaan sehingga berjaya menarik ramai pelanggan setia.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayob Hussain Shah, berkata Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mencontohi kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kebajikan peniaga dan menyediakan tempat niaga baru sebelum merobohkan mana-mana premis perniagaan tanpa lesen.
Dalam perkembangan berkaitan, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sekadar memaklumkan operasi meroboh itu dikendalikan Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, manakala MPPP hanya membantu.








Gambar ihsan Adzhar

Berita ihsan Berita Harian,  bharian.com.my

Admin : MPPP perlu membantu penjaja yang gerai dirobohkan, untuk mendapat penempatan perniagaan yang lebih sesuai dan strategik. Wakil rakyat setempat perlu membantu mereka yang terlibat. 

Tuesday 18 March 2014

#diegogarcia : Apakah Misteri Pulau Diego Garcia? (6 Gambar)


Apakah misteri di sebalik pulau di atas atol, di Lautan Hindi, Pulau Diego Garcia? Mengapa ianya, yang dimiliki oleh Kerajaan British, tetapi telah dibangunkan satu pengkalan tentera oleh Amerika Syarikat? Pulau ini sangat strategik bagi tentera Amerika Syarikat dalam Peperangan di Iraq, dan kemudian 'War Against Terror'...


Kenapakah ianya strategik, sehinggakan pengkalan tentera ini menempatkan aset-aset tercanggih di dalam armada laut dan skuadron udara di dalam tentera Amerika Syarikat (AS)?  


Jika dilihat daripada peta di atas, dengan adanya pengkalan tentera yang tercanggih, sudah tentu tentera AS boleh menggerakkan segala kekuatan yang mereka ada dalam misi-misi ketenteraan yang ingin mereka jalankan. Sebagai contohnya,  revolusi Iran (Iranian revolution), Pencerobohan Iraq terhadap Kuwait (Iraqi invasion of Kuwait), Misi Tentera AS di Afghanistan (Operation Enduring Freedom), dan Misi Tentera AS di Iraq (Operation Iraqi Freedom).

Sila rujuk ke link ini untuk keterangan lebih lanjut
http://www.rumormillnews.com/cgi-bin/archive.cgi?read=159282
http://en.wikipedia.org/wiki/Diego_Garcia





Bandingkan kekuatan ketenteraan negara Malaysia, dengan pengkalan ketenteraan di Pulau Diego Garcia ini... Semoga Allah S.W.T. menjauhkan negara tercinta kita Malaysia, daripada konfrontasi ketenteraan dengan kuasa besar dunia ini...

#PRKBalingian : Pastikan Penduduk Balingian Turun Mengundi

MUHYIDDIN Yassin bersama calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian, Yussibnosh Balo (lapan dari kanan) pada hari penamaan calon PRK itu di Mukah, Sarawak semalam. Turut serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (enam dari kiri), Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri), Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang (kiri), Ketua Pemuda BN negeri, Datuk Fadillah Yusof (tiga dari kiri) dan para pemimpin komponen BN.


MUKAH 17 Mac - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Pemuda dan Wanita parti komponen itu mengambil tanggungjawab memastikan 13,366 pemilih berdaftar turun mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian 29 Mac ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua pergerakan yang diketuai Ketua Pemuda BN negeri, Datuk Fadillah Yusof dan Timbalan Ketua Wanita BN negeri, Datuk Fatimah Abdullah harus memastikan BN terus menang dalam pilihan raya kali ini.
Katanya, lebih utama bagi seluruh jentera BN memastikan parti sedia ada itu memperoleh kemenangan yang hebat dan cemerlang berbanding sebelum ini.
"Tanggungjawab kesemua jentera daripada 29 cabang DUN Balingian adalah memastikan calon kita iaitu Yussibnosh Balo memperoleh undi yang besar.
"Masyarakat Balingian harus ingat apabila BN menang dalam pilihan raya kali ini, kita akan menyediakan lebih banyak pembangunan untuk kemudahan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Jentera Pemuda BN sempena PRK DUN Balingian di Padang Majlis Daerah Mukah di sini hari ini.
Terdahulu, kira-kira 2,000 jentera Pemuda dan Wanita BN Sarawak hadir mengiringi calon BN, Yussibnosh Balo serta beberapa barisan pemimpin Pusat dan negeri ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.
Dalam majlis santai yang bermula pukul 11 pagi itu, Muhyiddin turut mengingatkan kesemua jentera supaya tidak terlalu yakin hingga tidak bersungguh-sungguh ketika membantu calon berkempen.
Katanya, setiap undi daripada pemilih berdaftar itu sangat penting kerana hanya melalui tindakan tersebut membolehkan BN terus berkuasa di Balingian.
"Dalam memastikan kempen kali ini berjaya, Pemuda dan Wanita BN Sarawak perlu bergerak sebagai satu pasukan dan bertemu dengan semua penduduk bagi menunjukkan BN sebuah parti yang bersatu.
"Saya akan datang sekali lagi ke sini bagi menyokong dan membantu pemimpin dan jentera BN negeri dalam tempoh kempen ini," katanya.



Ihsan Utusan.com.my

#drugFMFA2014 : Ambil Dadah Berlebihan: Jumlah Penonton Konsert Dirawat 14 Orang

KUALA LUMPUR 16 Mac - Jumlah mangsa yang dirawat di hospital akibat pengambilan dadah sintetik secara berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, meningkat kepada 14 orang.
Ini kerana polis mendedahkan seramai 11 lagi penonton turut mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di sini, berbanding tiga semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seramai 10 orang, Hospital Kuala Lumpur (3) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (1).
Beliau berkata, kesemua 14 mangsa yang dirawat itu berada dalam keadaan stabil dengan sembilan daripada mereka adalah rakyat Singapura.
Menurutnya, empat lagi mangsa masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar. Warganegara seorang lagi mangsa belum diketahui.
"Seorang daripada sembilan mangsa warga Singapura yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah dibenarkan keluar pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas tentang jumlah kematian akibat pengambilan dadah itu, Mohan Singh memberitahu, tiada kematian terbaru dilaporkan dan jumlah mangsa yang meninggal dunia masih kekal enam orang.
Semalam Mingguan Malaysia melaporkan enam penonton konsert maut akibat pengambilan dadah berlebihan. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.
Susulan kejadian itu, polis membatalkan hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama semalam.
Tambah Mohan Singh, sebanyak 29 penonton telah ditangkap berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di konsert berkenaan.
"Seramai 13 orang adalah warga tempatan dan 16 lagi warga asing yang hadir menyaksikan konsert berkenaan," katanya.


ihsan utusan.com.my




Admin : Pihak berkuasa perlu menyiasat dan menangkap anasir-anasir yang telah mengedarkan dadah kepada pemuda-pemudi yang berlibur di konsert tersebut. Pihak penganjur konsert ini juga perlu di senarai hitamkan oleh pihak berkuasa, kerana kecuaian dan kelemahan aspek-aspek keselamatan. Malaysia adalah hub pelancongan yang terbaik di Asia, tetapi kita tidak perlu membiarkan anasir-anasir budaya kuning daripada Barat menyelinap ke dalam budaya ketimuran kita. KITA TIDAK PERLU KEPADA HIBURAN TERLAMPAU.

Friday 14 March 2014

#pinkdotpenang : Singaypore - Hunk Alert!


Adakah kita mahu rakyat Malaysia membenarkan kaum songsang ini mempengaruhi anak-anak kita, dengan fahaman LGBT (lesbian, gay, biseksual, and transgender), suatu hari nanti? Video ini dirakam di satu program Pink Dot Singapore, 2013. 

Ingatlah peringatan Allah S.W.T. dalam "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,(Asy-Syu'araa' 26:165), "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"(Asy-Syu'araa' 26:166). 

"Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka." Surah Al-Anbiyaa' ayat 74

TENTANG ANASIR LGBT, TENTANG PINK DOT PENANG!

#PINKDOTPENANG : Abim Kecam Penganjuran 'Pink Dot Penang 2014'

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah penganjuran acara "Pink Dot Penang 2014" di George Town, Pulau Pinang yang didakwanya bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).

Poster acara tersebut telah dimuat naik di Internet, dan ia akan berlangsung di 1926 Heritage Hotel pada Mac 29.

ABIM berpandangan bahawa acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Katanya, berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013, acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran "dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif".

"ABIM memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama.

"Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Namun ABIM juga menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT," tambanya.

Bagaimanapun, katanya, ABIM melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.

Sehubungan itu, katanya, ABIM akan menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Pejabat Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.

Selain itu, katanya, ABIM juga akan membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.

Malaysia tidak mempunyai undang-undang terhadap homoseksual, tetapi liwat adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada tahun 2011, acara yang sama 'Seksualiti Merdeka ' di Kuala Lumpur telah diharamkan, di mana kira-kira 30 anggota polis menyerbu majlis itu semasa ia sedang berjalan.

ihsan Malaysiakini

Admin : KITA PERLU TENTANG ANASIR LGBT!



#PRKKajang : #ChewMeiFun4Kajang #comeyfun4Kajang #BN4Kajang #sayangiselangoryakiniBN #BN #BarisanNasional #Pray4MH370


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL (BN), DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Saturday 8 March 2014

#pesawatMAShilang : Pesawat MAS MH370 Kuala Lumpur ke Beijing Hilang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi."Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ihsan astroawani

Admin : Marilah kita semua mendoakan semua penumpang dan krew selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Friday 7 March 2014

#saifulbersyukur : Bekas Pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan Bersyukur Dengan Keputusan Mahkamah


Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.

  
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Akan terus Istiqamah

Kepada Allah saya berserah


ihsan daripada blog mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Admin : Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi saudara Mohd Saiful Bukhari. 

#anwarpenjara5tahun : Anwar Dipenjara Lima Tahun Bagi Kesalahan Meliwat Mohd Saiful

gambar ihsan rakyatnews.my

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah itu mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.

Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.

Semasa prosiding hari Jumaat, mahkamah diganggu oleh penyokong Anwar yang membuat bising dan menjerit dalam mahkamah menyebabkan Hakim Balia memberi amaran kepada mereka agar berhenti berbuat demikian.

Semasa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Hakim Balia berkata panel sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Peguam mewakili Anwar, Karpal Singh ketika ditemui pemberita kemudian, berkata dengan keputusan itu, Anwar tidak layak mengemukakan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada Selasa ini.

--BERNAMA

Saturday 1 March 2014

#NelydiaQi : Nelydia, Qi Masih Kekasih?

Ketiadaan gambar pemuzik, pelakon dan pengacara, Qi Razali, di laman sosial milik kekasihnya, Nelydia Senrose, sejak kebelakangan ini mula mencetuskan spekulasi. 



Ketika artikel ini ditulis, kali terakhir gambar lelaki berkenaan dimuat naik oleh Nelydia ialah kira-kira lima minggu lalu, di laman Instagram miliknya.


Keadaan itu merisaukan peminat kedua-dua artis berkenaan. 




Adakah hubungan yang mula serius terjalin pada pertengahan tahun lalu, masih mekar atau berdepan konflik? 




Peminat juga perasan perkembangan itu sehingga ada yang bertindak berani membangkitkan hal berkenaan di laman Instagram milik Qi.

Mereka turut mempertikaikan kenapa gambar...

ihsan bharian.com.my

Admin : Biarlah kenal hati budi terlebih dahulu, sebelum membuat apa-apa keputusan penting... Tidak perlu terburu-buru... Peminat perlu bersabar dan mendoakan kebahagian mereka...

#catuairselangor : Jadual Catuan Air di Lembah Kelang Peringkat Ke-2

[TERKINI] JADUAL PENUH Catuan air PERINGKAT Ke-2 (kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor )

Cyberjaya: Peringkat kedua pengagihan air berjadual akan membabitkan kawasan dan jumlah akaun lebih besar, bulan depan.

Sebanyak 242 kawasan membabitkan 358,342 akaun di kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor akan mengalami catuan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac ini.

Catuan bekalan air itu sekali gus bakal menjejaskan 2.2 juta pengguna di keenam-enam daerah terbabit.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Catuan air peringkat kedua itu ekoran penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kawasan di setiap daerah terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 pada 2 Mac ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 2 akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 4 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu



GOMBAK (ZON 1)

1.        Taman Keramat AU 1
2.        Taman Keramat AU2
3.        Taman Keramat AU4
4.        Taman Keramat AU5
5.        Seksyen 10 Wangsa Maju
6.        Villa Wangsa Maju
7.        Bukit Wangsa Mas
8.        Bandar Manjalara
9.        Sunway Harmoni
10.        Sunway SPK
11.        Desa Aman Puri
12.        Taman Industri Ehsan Jaya
13.        Seksyen 5 Wangsa Maju
14.        Seksyen 6 Wangsa Maju
15.        Seksyen 10 Wangsa Maju
16.        Villa Wangsa Mas
17.        Sebahagian kawasan AU4 Keramat
18.        Tmn Bukit Wangsa Mas

GOMBAK (ZON 2)

1.        Kg Sungai Merali
2.        Kg Puah
3.        Kg Pandan Balang
4.        Kg Bandar Dalam
5.        Taman Ibukota
6.        Air Panas Setapak
7.        Taman Setapak
8.        Kg Lee Kong Chian
9.        Kg Sungai Mulia
10.        Taman Suria Setapak
11.        Taman Setapak Permai
12.        Kg Kuantan Gombak
13.        Taman Bukit Maluri
14.        Sektor A Bandar Sri Damansara (SD 7 – SD 13)
15.        Seksyen 1, Wangsa Maju
16.        Seksyen 2, Wangsa Maju
17.        Seksyen 4, Wangsa Maju
18.        Danau Kota (kawasan A)
19.        Jln Usahawan
20.        Wangsa Melawati
21.        Wangsa Delima

KUALA LUMPUR (ZON 1)

1.        Taman Sri Sinar
2.        Taman Sri Bintang
3.        Taman Bkt Sri Bintang
4.        Taman Prima Pelangi
5.        Taman SSPK Segambut
6.        Taman Segambut
7.        Taman Segambut Permai
8.        Taman Segambut Damai
9.        Taman Segambut Muda
10.        Taman Segambut Aman
11.        Taman Bukit Segambut
12.        Taman Indah Murni
13.        Taman Prima Impian
14.        Taman Desa Segambut
15.        Kg Segambut Dalam
16.        Kg Segambut Bahagia
17.        Kg Segambut Tengah
18.        Kg Segambut Gate
19.        Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta
20.        Kesington Park
21.        Changkat Kiara Bayu
22.        Changkat Kiara Surya
23.        Prima Duta
24.        Menara Duta
25.        Duta Ria
26.        Kawasan Mount Kiara
27.        Arkib Negara
28.        Kompleks Kerajaan Jalan Duta
29.        Masjid Wilayah KL
30.        Lembaga peperiksaan
31.        Ibu Pejabat BPR
32.        Persiaran Duta
33.        Pusat Perkembangan Kokurikulum
34.        Stadium Hoki
35.        Flat DBKL Dato Keramat
36.        Jalan Padang Tembak
37.        Jalan Semarak
38.        Jalan Gurney
39.        UTM, Jalan Semarak
40.        Bangunan FELDA
41.        Jalan Kent 1 hingga 7
42.        Desa Pandan
43.        Keseluruhan Kawasan Permaisuri
44.        Taman Shamelin Perkasa
45.        Taman Bandar Damai Perdana A & B
46.        Taman Seri Bahagia
47.        Taman Bukit Angsana
48.        Taman Minang
49.        Taman Damai Indah
50.        Taman Bukit Anggerik 1 & 2
51.        Taman Desa Baiduri
52.        Taman Bukit Segar
53.        Taman Bukit Segar Masera
54.        Bandar Baru Segar Utama
55.        Taman Bukit Segar Jaya
56.        Alam Damai & Taman Len Seng
57.        Bukit Cheras

KUALA LUMPUR (ZON 2)

1.        Jln Ipoh Batu 4 hingga Batu 5
2.        Jalan Cenderuh
3.        Jalan Kuala Kangar
4.        Jalan VethavanamF
5.        Jalan St. Thomas
6.        Jalan Khalsa
7.        Taman Kok Lian
8.        Taman City
9.        Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris
10.        Kem Batu Kentomen
11.        Taman Impian
12.        Taman Eastern
13.        Taman Rainbow
14.        Taman Bamboo
15.        Taman Million
16.        Taman Sheng Cheng
17.        Taman Kaya
18.        Kawasan Perindustrian Segambut
19.        Tmn Sri Hartamas
20.        Kiaraview
21.        Kiaramas
22.        Tmn Duta Nusantara
23.        Tmn Duta Tropika
24.        Hartamas Heights
25.        Tmn Pandan Jaya
26.        Tmn Cempaka
27.        Tmn Bakti
28.        Tmn Nirwana
29.        Taman Putra Sulaiman
30.        Tmn Cahaya
31.        Pandan Cahaya
32.        Tmn Dagang
33.        Tmn Tenaga
34.        Tmn Miharja
35.        Tmn Kobena
36.        Flat Sri Melaka
37.        Taman Saga
38.        Taman Teratai
39.        Taman Bukit Permai
40.        Taman Mega Jaya
41.        Taman Seraya
42.        Taman Melur
43.        Kg. Cheras Baru
44.        Taman Muda & Taman Mawar
45.        Taman Putra

PETALING (ZON 1)

1.        Desa Petaling
2.        Kampung Malaysia
3.        Taman Salak Selatan
4.        Kampung Baru Salak Selatan
5.        Taman Gembira
6.        Keseluruhan Jalan Kuchai Lama
7.        Taman Lian Hoe
8.        Taman Salak Jaya
9.        Pantai Dalam
10.        Mah Sing U5
11.        Tropicana Golf

PETALING (ZON 2)

1.        Seksyen 1, Petaling Jaya
2.        Seksyen 2, Petaling Jaya
3.        Seksyen 3, Petaling Jaya
4.        Seksyen 5, Petaling Jaya
5.        Seksyen 6, Petaling Jaya
6.        Seksyen 7, Petaling Jaya
7.        Seksyen 8, Petaling Jaya
8.        Seksyen 9, Petaling Jaya
9.        Seksyen 18, Petaling Jaya
10.        Seksyen 51A
11.        Taman Sri Sentosa
12.        Kampung Pasir Baru
13.        Taman OUG
14.        Taman Yarl
15.        Taman Perindustrian Bukit Jalil
16.        PPRT Kampung Muhibbah
17.        Ara Damansara
18.        Bandar Utama 1 - 11

KLANG/SHAH ALAM ZON 1

1.        Sg Kapar Indah
2.        Bandar Bukit Rajah
3.        Putra Height/ Bukit Lancung
4.        Bukit Tinggi 1
5.        Bukit Tinggi 2
6.        Bandar Botanik
7.        Bandar puteri

KLANG/SHAH ALAM ZON 2

1.        Taman Aman Perdana
2.        Bandar Setia Alam
3.        Seksyen 27
4.        Seksyen 28
5.        Megahub

KUALA SELANGOR ZON 1

1.        Kawasan Sungai Darah (Kiri dari Batang Berjuntai)
2.        Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang
3.        UNISEL dan Taman Ilmu
4.        Kampung Bestari Jaya
5.        Seluruh Kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang
6.        Seluruh Kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang
7.        Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong
8.        Sungai Tengi Kanan
9.        Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2

KUALA SELANGOR ZON 2

1.        Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai)
2.        Pekan Batang Berjuntai
3.        Batu 7 Ijok Dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong
4.        Bukit Badong
5.        Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kg Kuantan
6.        Jalan Kelab
7.        Jalan Bukit Rotan
8.        Seluruh Bandar Seri Coldfields / Desa Coldfields Sungai Buloh
9.        Seluruh Seri Pristana
10.        Seluruh Alam Perdana
11.        Kampung Sentosa
12.        Kampung Seri Aman
13.        Saujana Utama 3
14.        Taman Alam Jaya
15.        Kawasan Industri Batu 23, Ijok
16.        Jalan Meru Puncak Alam (McDonalds)

HULU SELANGOR ZON 1

1.        Seluruh Bukit Beruntung
2.        Seluruh Bukit Sentosa
3.        Seluruh Sg. Buaya
4.        Seluruh Bukit Teratai ( Estate)
5.        Seluruh Bandar Country Home
6.        Seluruh Taman Desa Mas
7.        Seluruh Saujana Rawang
8.        Seluruh Taman Teknologi
9.        Seluruh Taman Velox
10.        Seluruh Batu Arang
11.        Seluruh Kota Puteri
12.        Seluruh Sg. Bakau
13.        Seluruh Emerald
14.        Seluruh Taman Garing
15.        Seluruh Rawang Intergrated / Sg. Dua

HULU SELANGOR ZON 2

1.        Seluruh Rasa
2.        Seluruh Bandar Baru Batang Kali
3.        Seluruh Tamu Hill Park
4.        Seluruh Taman Semarak Batang Kali
5.        Seluruh Kawasan Perindustrian MIEL
6.        Seluruh Taman Desa Alam Ria
7.        Seluruh Taman Bukit Rawang Jaya
8.        Seluruh Taman Bukit Rawang Putra
9.        Seluruh Taman Mutiara
10.        Seluruh Bandar Baru Rawang
11.        Seluruh Kg. Rajah/Pekan
12.        Seluruh Kg. Kenanga Rawang
13.        Seluruh Kg. Sg. Terentang/Kg. Baru
14.        Seluruh New Green Park/Taman Sri Hijau
15.        Seluruh Jalan Pahang/ Maktab Polis KKB
16.        Seluruh Taman Arif/Teratai KKB
17.        Seluruh KKB Utama
18.        Seluruh Kg. Dagang Setia/ Kg. Kelapa KKB
19.        Seluruh Taman Ampang Pecah KKB
20.        Seluruh Taman Ampang Indah KKB
21.        Seluruh Taman Millenium KKB
22.        Seluruh Taman Damai KKB
23.        Seluruh Bukit Bujang KKB
24.        Seluruh Taman Tanjak
25.        Seluruh Taman Desa Rening Jaya
26.        Seluruh Kerling
27.        Seluruh Hulu Bernam
28.        Seluruh Taman Bernam Jaya
29.        Seluruh Taman Keliang Kalumpang
30.        Seluruh Taman Bahtera Hulu Bernam
31.        Seluruh Kg. Pinang Hulu Bernam
32.        Seluruh Kuang
33.        Seluruh Kundang
34.        Seluruh Tasik Puteri
35.        Seluruh Serendah
36.        Seluruh Ulu Yam Lama
37.        Seluruh Antara Gapi
38.        Seluruh Sungai Choh

Gambar hiasan

ihsan ahli keluarga yang menghantar maklumat.


Admin : Tolong sebarkan.