Sunday 30 June 2013

Kit Siang Celik Di Melaka, Tapi Buta Di Pulau Pinang

Tidak dapat dipastikan sama ada Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Harun, akan tunduk pada permainan DAP yang mahu beliau menutup semula jalanraya di Jonker Walk pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad.

Lim Kit Siang dan Tony Pua baru-baru ini tidak habis-habis lagi berpolitik dan mempolitikkan pembukaan jalan di Bandar Hilir itu, Tony Pua dalam kenyataan terbarunya mendakwa bahawa kononnya, membuka semula jalanraya di Jonker Walk itu mengancam keselamatan orang ramai.

Dia kata, takut nanti ada yang cedera di jalan tersebut. Kit Siang pula sekali lagi mengulangi hujah bahawa tindakan Kerajaan BN Negeri Melaka membuka jalan di Jonker Walk itu adalah bermotifkan politik. Kononnya, BN marah pada kaum Cina di Melaka kerana tidak memberi undi pada BN pada PRU ke-13 yang lalu. “Dendam” katanya.

Saturday 29 June 2013

Akibat Menang Tipis Nurul Izzah Terkena Penyakit Gila Meroyan

Entah apa gilanya, Nurul Izzah yang hanya menang tipis di Lembah Pantai dan sedang berhadapan dengan petisyen memandangkan kemenangannya pada saat-saat akhir, kelihatan terlalu ‘meragukan’, anak perempuan Anwar Ibrahim itu kembali melalak tentang ‘penipuan SPR’ yang dia dan gerombolan termasuklah bapanya sendiri, gagal buktikan.

Seluruh angkatan Pakatan Rakyat, termasuklah di kalangan pecacai mereka sendiri, sekadar berani menyatakan bahawa ada penipuan yang berlaku tetapi mereka tidak dapat membuktikannya. Mereka menyebarkan pandangan mereka itu secara meluas dan tanpa mempedulikan rasional daripada tuduhan yang mereka lemparkan.

Namun memandangkan mereka tidak punya harga diri dan tidak langsung berasa malu, tuduhan tersebut terus dibesar-besarkan tanpa perlu disokong oleh mana-mana hujah atau bukti yang lebih meyakinkan. Pilihanraya Kecil Kuala Besut nampaknya merupakan pilihanraya kecil pertama pasca PRU13.

Friday 28 June 2013

Anwar Terdiam Bila Ditanya Soalan Penting Ini

Mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - BLACK 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor media. Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Thursday 27 June 2013

Kenyataan Tony Phua Saperti Isytihar Perang

Kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan supaya Pasar ramadhan ditutup kira-kira dua minggu sebelum umat Islam di negara ini menyambut kedatangan bulan Ramadhan seperti ‘mengisytiharkan perang’ kepada semua warga Islam.

Menurut Sekretariat NGO Islam- Melayu, ia juga merupakan petanda jelas agenda licik parti perkauman itu terhadap bangsa Melayu dan Tanah Melayu jika ia berjaya merampas kuasa pada PRU14 kelak.

Jurucakapnya, Dzulkarnain Talib, kenyataan biadap dan kurang ajar pemimpin Cina DAP ini tidak seharusnya diberi muka dan dilayan dengan manis oleh orang Melayu lagi.

” Mereka tidak tahu membalas budi dan mengenang untung sebagai keturunan bangsa pendatang di bumi Melayu ini ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

PRK Kuala Besut: Pertembungan Demi Maruah.

Belum pun genap dua bulan PRU-13 selesai, politik tanahair sudah membahang semula kehangatannya bila mana berlakunya kekosongan di DUN Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian penyandangnya dari BN.

SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi akan ada PRK di DUN terbabit dan tarikh muktamad bila hari pencalonan dan bila tarikh pengundiannya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sebagaimana penulis ulas semalam, PRK DUN Kuala Besut merupakan penentu kesinambungan kepada pemerintahan BN di negeri Pantai Timur itu. Ia akan menguji sejauh mana kuatnya sokongan rakyat kepada Kerajaan BN Terengganu di mana seandainya BN kekal menguasainya maka selamatlah BN dari dugaan yang mencabar.Bekalan kemenangan majoriti 2,434 undi pada PRU-13 walau pun selesa tapi ia bukan jaminan untuk BN, lantaran itu amat perlu untuk BN memanfaatkan segala kekuatan bagi menafikan peluang PAS untuk merampas kerusi tersebut.

PRK Kuala Besut: Keputusan 16-16 kerusi bakal membawa kepada Pilihanraya Negeri

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan keputusan tergantung.Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru.

Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.

NFCorp Saman Rafizi & Portal Malaysiakini.

Selepas bermacam-macam fitnah yang ditabur oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi bin Ramli, terhadap National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd, akhirnya Pengerusi NFCorp mengambil tindakan menyaman Rafizi.Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail juga turut memfailkan saman pada 3 Jun lalu terhadap portal berita, Malaysiakini.com yang bertindak sebagai saluran utama sebaran fitnah Rafizi itu.

Kisah NFCorp ini bermula pada 7 Mac 2012 di mana Rafizi telah mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR dan mendakwa NFCorp telah membuat 8 pinjaman duit untuk pembelian hartanah di KL Eco City.

Rafizi mengatakan NFCorp telah menggunakan wang deposit pinjaman yang dibuat dari kerajaan itu sebagai jaminan di bank.

Wednesday 26 June 2013

PAS Akan Boikot PRK DUN Kuala Besut

Sebelum dan selepas PRU-13, parti-parti pembangkang termasuk PAS sering melagukan propaganda kononnya proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR penuh dengan penipuan dan tiada ketelusan.

Tohmahan dan fitnah yang ditaburkan itu nampaknya berjaya mempengaruhi pemikiran penyokong pembangkang sehingga mendorong mereka menyertai himpunan Blackout 505.

Jika segala tuduhan liar dan bantahan itu diambil kira bermakna PAS yang bernaung di bawah kerjasama longgar PR sepertinya sudah hilang kepercayaan kepada SPR selaku pengendali rasmi pilihan raya di Malaysia.

Kini dengan adanya PRK di DUN Kuala Besut yang dijangkakan sebelum Aidilfitri 2013 berikutan kematian wakil rakyatnya dari BN, maka timbul persoalan samada PAS akan memboikot PRK tersebut atau sebaliknya?.

PR Akan Terus Ganggu Usaha Kerajaan Tadbir Negara

Usahlah kita termakan dengan lakonan hebat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh bergaya serta mimik wajah yang ‘suci’ ketika mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen pagi semalam.

Di awalnya, Anwar mencanang hebat hinggakan mahu satu dunia mengetahui pembangkang akan terus memboikot pembukaan sesi taklimat penerangan parlimen sebelum ini.

Juga, begitu lantang memberitahu akan memulaukan sesi angakat sumpah yang berlangsung hari ini sebagai tindakan memprotes keputusan PRU13 pada Mei lalu.

Namun, Anwar membuat pusingan U pula di saat-saat akhir apabila hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain untuk mengangkat sumpah.

Blackout 505: Ceramah, Berhimpun, Berdemo Kemudian Kutip Derma.

Bab mengutip duit sambil berceramah dan berhimpun sudah menjadi tabie semulajadi PAS sejak dulu-dulu lagi. Selama 62 tahun itulah saja kepakaran PAS yang cukup sinonim dengan parti berlabel Islam itu.Beberapa tahun kebelakangan ini pula, tabie sedemikian semacam dah menjadi ikutan parti sepakatannya pula apabila PKR dan DAP pun turut serta melakukannya dengan alasan untuk kelangsungan perjuangan.

Terbaru semasa himpunan Blackout 505 di Padang Merbok Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, tabiat sama diteruskan di mana dua jenis uncang diusung, satu untuk PKR dan satu lagi dikutip oleh Unit Amal PAS.

Pengumuman kutipan ini disuarakan oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul kononnya derma yang diterima itu kelak akan digunakan untuk menampung kos petisyen pilihan raya yang difailkan oleh PR.

Tuesday 25 June 2013

Tiba Masa Untuk Berhenti Berpolitik

Himpunan Black505 berakhir dengan kegagalan yang memalukan bagi Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan bahawa rakyat sudah semakin celik akan permainan pembangkang.  Berikutan dengan itu, Anwar juga telah menyatakan bahawa tiada lagi demonstrasi selepas ini.

Walaupun sukar untuk kita mempercayai beliau, namun itulah yang sebaik-baiknya yang dilakukan Anwar kerana mengadakan himpunan lagi pasti akan menggandakan lagi kegagalan yang memalukan itu.

Apatah lagi apabila Anwar sudah pun mengangkat sumpah dan bergelak ketawa besar bersama Dato’ Seri Najib di dalam Parlimen.  Dari tindak-tanduknya, seolah-olah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan himpunan Black505 mahupun anak-anak muda yang berbaring dan mencuba untuk merempuh parlimen semalam.

Lembaran Baru Parlimen Malaysia

Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen semalam, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia.   Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik.

Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.  

Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka.  Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai ‘paling layak’, ‘paling tepat’, dan ‘paling bijak’ kalaupun tidak ‘paling popular’,  maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.  

BLACK 505 Gagal, Akhirnya Cina Tipu Anwar

Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka - lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.

Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.

Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil.

Itu Tak Telus, Ini Tak Jujur, Tapi Bab Angkat Sumpah, Dia Nombor Satu.

Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan.

Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk.

Bila Harun Din Pula Cuba Tegakkan Benang Yang Basah

Terbaca penjelasan panjang lebar Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din mengenai satu soalan yang dikemukakan padanya tentang soal “tahaluf siyasi” di antara PAS dengan DAP di dalam Pakatan Haram.

Soalan tersebut bertanya, “mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir?”.

Dalam jawapan yang panjang dari Ustaz Harun Din itu, beliau memberitahu bahawa tahaluf itu dilakukan dengan orang kafir sahaja. Manakala dengan umat Islam lain, tidak digunakan istilah tahaluf kerana umat Islam pada asalnya bersatu dan tidak berpecah belah.

Monday 24 June 2013

Lagenda Babyrina Muncul Semula?

Tahun 1996 dahulu, negara kecoh dengan kewujudan BABYRINA, seorang model lucah Melayu pertama di Internet.

Pada ketika itu, belum ada lagi blogspot, belum ada lagi wi-fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali streamyx dan unifi.

Boleh dikatakan, kesemua laman web menggunakan TRIPOD dan GEOCITIES. Kalau dibangunkan sebuah laman web pun, perbelanjaannya amat besar dan aksesnya tidaklah selancar sekarang.

Kemunculan BABYRINA dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan pelayar-pelayar Internet.

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab, memuat turunkan kesemua gambar-gambar BABYRINA yang beraksi lucah bersama-sama kawan-kawan modelnya yang lain dan mencetaknya sebelum dijual secara gelap.

Dasar Melayu Baru Perlu Ada Idea Mein Kampf

Melihatkan perkembangan politik sejak 15 tahun lepas terdapat satu move baru yang dibentuk oleh pelampau cinabeng dalam cubaan pelampau mata sepet ini untuk menghapus/merampas secara terbuka kepunyaan melayu.

Krisis kemanusiaan di Rakhine Myanmar, membuktikan bahawasanya sami budha juga punyai semangat nasionalisme dan rasis dalam mempertahankan hak bangsanya.

Asas krisis Rakhine adalah berpunca dari dominasi perniagaan dan ekonomi yang dikuasai oleh peniaga islam Rohingya.

Retaliasi atau tindakbalas pelampau budha ini lebih fokus kepada kaedah penyelesaian nyawa. meyelesaikan masalah tertekan ekonomi dengan nyawa.

Polis Bertindak Betul Tangkap Perusuh Depan Parlimen

‘Black’ atau hitam selalunya merujuk kepada benda-benda gelap, jahat atau terlarang. Misalnya, ‘ilmu hitam’ atau ‘sejarah hitam’ iaitu perkara-perkara buruk dan tidak baik. Hati yang hitam juga membawa makna hati busuk atau jahat. Hitam juga bererti kemusnahan.

Oleh itu, keputusan Anwar memilih perkataan ‘hitam’ untuk berhimpun, dengan sendirinya menggambarkan niatnya yang jahat. Dan kali ini, niatnya itu diiringi oleh alam semesta yang turut kelam diselubungi jerebu yang teruk. Bagaikan bukan kebetulan apabila jerebu yang melanda setiap tahun ini, merupakan yang terburuk dalam sejarah. Mungkin jerebu ini sengaja diturunkan Allah SWT bagi menyelimut puak-puak PR yang bergelimpangan tidur di Padang Merbok.

Dalam mereka bergelimpangan tidur, tidak semena-mena dikejutkan oleh DBKL pada jam 4.00 pagi. Dari situ dalam keadaan tidak terurus, busuk tak mandi pagi dan entah di mana mereka membuang air, mereka berjalan menuju ke Parlimen pula untuk berbaring secara berbaris di jalanraya sambil berasak lelaki perempuan.

Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti ZOO

Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh dengan tindakan ahli-ahli Parlimen dari pakatan pembangkang yang menjerit-jerit seperti budak sekolah bertujuan untuk mengganggu majlis perlantikan Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Sesi Dewan Rakyat yang bermula sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 10.00 pagi bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan peraturan urusan perjalanan dewan dan memaklumkan seisi pengundian secara bersuta akan diguna pakai untuk pemilihan pada kali ini selari dengan Aturan Peraturan Majlis Mesyuarat atau lebih dikenali sebagai Buku Peraturan Mesyuarat.

Anwar Penat Kawal “Lembu” Yang “Fatigue”?

Semalam Anwar dalam kenyataannya pada media menyatakan bahawa dia mengenal pasti tentang sebilangan pemimpin Pakatan Haram yang “dihadapi” sindrom “fatigue” atau penat.

Anwar dilihat marah-marah pada para pemimpin Pakatan Haram, dipercayai dari parti PAS, yang seolah-olah tidak mahu turut campur dalam himpunan Black505 baru-baru ini dan enggan menyertai kempen mempertikai kemenangan BN pada PRU ke-13 yang sedang dia usahakan.

Hari ini, seperti yang dijangka, Anwar dengan muka tak malunya menjadi pembangkang pertama yang angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat. Memang “sesumpah” betul..!

Tapi diluar Parlimen, lebih kurang 200 pengikut pengikut Anwar yang terlepas kandang sedang berdemo mahu dia memboikot angkat sumpah tersebut sebagai tanda meneruskan protes kononnya PRU ke-13 dipenuhi dengan insiden penipuan dan tidak sah.

Azmin Di Sindir.



Walaupun hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, menjadi tanda tanya apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak mengambil bahagian di pentas ceramah di Padang Merbok.Azmin antara pemimpin PKR yang lantang berhujah di pentas-pentas ceramah, namun ketiadaan beliau di pentas berkenaan, menimbulkan sedikit perasaan hairan.Adakah ini suatu petanda bahawa Azmin cuba mengasingkan diri atau sudah disisihkan oleh PR?

Menerusi laman mikro Twitter miliknya semalam, Azmin menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!".

Sunday 23 June 2013

Blackout 505

Kesimpulan, Tak Sampai 1% Hadir, Perhimpunan Blackout 505 yang bermula seawal pukul 10 pagi, ada di antara pembangkang yang hadir seawal 7 pagi.

Kalau mengikut cakap Anwar semalam, himpunan haram hari ini akan dihadiri lebih suku juta manusia. Itu cakap Anwar . Kalau kita dengar cakap macainya yang majoriti sudah ada masalah mental, 1 juta akan hadir beramai-ramai untuk membantah keputusan PRU13 yang lepas kerana dakwaan penipuan.

Tapi ternyata, dua dua pun meleset, hakikat sebenarnya, tak sampai 1% pun yang hadir dalam himpunan yang berakhir sebentar tadi. Ini macam mana cerita, 1% saja yang datang?Paling mengejutkan, komuniti Ah Beng yang memberikan 97% undi kepada pembangkang dalam pilihanraya umum yang lepas, tidak hadir bagi menyokong himpunan kali ini.

Saturday 22 June 2013

Perisikan Singapura ada bukti Anwar Kaki Liwat - Chandra Muzaffar

Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya

Friday 21 June 2013

Kisah Cina Haram Jadah tak Sedar Diri


Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.Berikut adalah perbualan mereka.

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Rancangan Besar BLACK505 Sebenar Terdedah

Semua perancangan mengenai perhimpunan tesebut tlah di bincangkan dalam satu mesyuarat diantara pemimpin  pembangkang di ibu pejabat PKR Tropicana, Damansara, Dua hari lepas terdedah.

Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat Hajat Mohon Lindungi Negara Dari Keganasan Pakatan.

Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok untuk memohon supaya Allah SWT memberi perlindungan, kestabilan dan keamanan kepada negara daripada sebarang kesan buruk perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbok, di sini Sabtu ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, solat hajat itu perlu diadakan supaya tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam perhimpunan tersebut.

Malah, beliau juga menegaskan umat Islam perlu mengelak daripada menyertai perhimpunan itu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana cuma mahu menunaikan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri melalui rusuhan jalanan."Kita perlu sama-sama memohon kepada Allah SWT agar perhimpunan haram itu nanti jika diadakan sekalipun tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat seperti yang berlaku di negara-negara Arab.

Thursday 20 June 2013

Himpunan Black 505: PDRM Akan Minta Bantuan Tentera Jika Perlu.

Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara).

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Bagaimana fitnah terjadi..



Lihatlah video dibawah ni dan faham isi kandungannya.

Kalau korang nak tau, inilah cara bagaimana persepsi dicipta oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang hanya ambik cerita muka depan je. Isi diorang tak baca.

Diorang hanya pandai buat tuduhan dan dakwaan sedangkan cerita sebenar diorang sendiri pun tak tau. Dengan cerita muka depan tu pun diorang boleh buat spekulasi.

Tuesday 18 June 2013

Mati Dalam Black 505 Syahid Kata Husam.

Ini dah masuk kategori SESAT yang hakiki. Sesat yang mana kalau kita tunjukkan Kebenaran didepan mata dia pun dia dah tak nampak.

Inilah akibatnya bila TERLAMPAU Gila Kuasa. Terlalu mengejar Keagungan Dunia, maka tak mustahil Allah S.W.T akan sesatkan dia dari jalan yang benar, Disebabkan dia terlalu nak sangat kejar jawatan, akhirnya Si Husam Kambing ni sudah hilang akal dan keluarkan kenyataan yang bukan - bukan.

Bagaimana mungkin peserta yang sertai Himpunan Black 505 tu boleh disamakan dengan pejuang Islam yang mati Syahid? Nampak sangat sesatnya Si Husam ni.

Pembangkang Hancurkan UMNO Dari Dalam.

Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung November ini akan menjadi medan terbaik untuk pembangkang memecahbelahkan parti dari dalam. Memandangkan pembangkang telah kalah dalam PRU13 baru-baru ini maka sudah pasti mereka akan meneruskan agenda mereka untuk menghancurkan UMNO.

Hanya dengan ini sahaja yang mampu melemahkan bangsa Melayu dan agama Islam. UMNO harus dimusnahkan bagi memastikan agenda DAP merampas Negara akan berjalan dengan lancar. Sejarah telah membuktikan bahawa pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO telah membawa perpecahan dalam UMNO dan juga orang Melayu.

Undi Popular: Kebebalan Anwar Makin Terserlah Di Indonesia.

"Saya berkata kepada Jusof Kalla, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai. Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang".

"Saya memenangi lebih 50 peratus dan Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia? Oleh itu saya memberitahu Jusof Kalla yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan".

Kenyataan Anwar Ibrahim di atas seperti yang tersiar semalam jelas menggambarkan kekeliruan Ketua Umum PKR itu dalam memahami sistem Pilihan Raya negara ini sehingga tidak segan silu mendakwa dirinya adalah pemenang dalam PRU-13.

Monday 17 June 2013

Tak Perlu Bagi Muka - Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013.Beliau berkata, sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Fitnah Ala ‘Red Bean’: Undi Tak Percaya Pulak Dah!!

Selepas tewas teruk dalam PRU yang lepas, pembangkang cuba macam-macam cara untuk pastikan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri. Pelbagai dakwaan yang bukan-bukan dibuat, pelbagai tohmah direka untuk menunjukkan seoalah-olahnya kerajaan ini lemah.

Macam biasa, balaci pembangkang semua percaya, termasuk segelintir di kalangan yang mengaku pro BN, Tidak mengapalah, penulis perlu terima hakikat ada segelintir rakyat Malaysia ini otaknya berpenyakit. Cakap pasal betul salah dengan puak-puak ini, ibarat cakap dengan batu, buang masa dan tenaga.

Walaupun begitu, bagi ramai yang lain, penjelasan perlu diberikan, dan ini termasuklah fitnah terbaru kononnya ada ahli parlimen dalam negara ini yang cuba mengumpulkan sokongan untuk mengenakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib, Cuma yang anehnya dalam fitnah terbaru ini, tidak ada sebab dinyatakan!!

Apabila tetamu yang tidak diundang mula memalu gendang?

Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

Sunday 16 June 2013

Antara Mangsa Politik RBA.

Sebenarnya 10 nama yang disebut hanyalah segelintir mangsa-mangsa politik Red Bean Army (RBA). Sekiranya hendak disenaraikan kesemua mangsa-mangsa RBA, mungkin sebuah buku diperlukan untuk menghabiskannya. Penulis berharap rakyat Malaysia dapat bersatu padu menentang kekejaman, kezaliman, kejahatan dan keburukan RBA di alam maya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara.

Kita perlu ingat setiap individu yang di aibkan oleh RBA adalah manusia yang memiliki perasaan serta ibu yang melahirkan mereka. Budaya politik yang begitu jijik dan ekstrem sebegini seharusnya dihentikan. Ramai sudah terluka, pasrah, hilang punca pendapatan, hilang imej dan kredibiliti disebabkan fitnah dan cerita rekaan RBA.

Saturday 15 June 2013

Presiden Pertama Singapura, Orang Melayu

Encik Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970) adalah Yang di-Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama. Dia juga satu-satunya Presiden Singapura hingga sekarang yang berketurunan Melayu.

Dia dilahirkan di Perak. Pada 3 Desember 1959 Yusuf Bin Ishak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura. Seiring dengan keluarnya Singapura dari Malaysia status beliau menjadi presiden negara kepulauan itu hingga 1970, beliau meninggal dunia. Wajahnya pun diabadikan pada wang kertas Singapura



Sejarah Perkhidmatan

15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis.Syabas PDRM!


15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.

Bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya. Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.

Senarai harga tiket selepas kenaikan 30% untuk Hari Raya Aidilfitri


Berikutan Berita mengenai kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri.

Dalam isu ini ramai yang menyalahkan kerajaan,terutamanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebuah agensi yang mengawasi sistem pengendalian pengangkutan awam.


Sampai Bila Nak Biarkan Begini.


Selagi Pakatan Pembangkang (PR) tidak berjaya menguasai kerajaan dan menumbangkan Barisan Nasional (BN) selagi itulah negara tidak akan aman. Demo sana demo sini, sampai bila kita akan bertahan dengan gelagat tak bertamadun Pembangkang ini.

Cubaan Pembangkang mengheret rakyat menyertai mereka dalam siri perhimpunan haram yang dianjurkan sejak berakhirnya PRU13 telah membuatkan rakyat mula rasa meluat dan menyampah dengan tindakan gila ini. Perjalanan menuju PRU14 masih jauh lagi, rakyat tidak mahu terus terjabak dalam kancah politik Pembangkang yang tiada kesudahanya ini kerana banyak kerja lain yang lebih penting perlu dilakukan.

Musim Hudud Telah Berakhir


Setiap kali sebelum pilihanraya, PAS akan mencanangkan hudud di seluruh pelusuk tanah air, kononnya UMNO menolak hudud dan dengan itu UMNO diiktiraf sebagai parti bukan Islam atau lebih kerap dikatakan sebagai kafir.

Tapi dimana hudud PAS sekarang? Kenapa tidak langsung disebut dalam mana mana ceramah atau tidak lagi ditulis dalam harakah seperti mana yang biasa dilakukan dulu?PAS hanya akan menyebut tentang hudud apabila sudah hampir dengan pilihanraya dan seperti biasa isu tersebut akan hilang apabila pilihanraya berakhir.

Hudud PAS adalah hudud bermusim dan ianya akan timbul semula setelah hampir dengan pilihanraya yang akan datang dan sekali lagi UMNO akan dikategorikan sebagai kafir oleh ulama PAS.

Sebagai parti yang mengatakan bahawa mereka memperjuangkan Islam di negara ini, adakah PAS berhak untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak tunduk atau akur dengan apa yang dikatakan oleh mereka?

BN Menang' Tetapi Pembangkang Yang Perintah


Sepanjang Najib berkhidmat sebagai PM, agak banyak juga permintaan pembangkang ditunaikannya. Pembangkang minta mansuhkan ISA, Najib akur. Pembangkang minta dakwat kekal, Najib akur. Pembangkang minta apa² saja pun, Najib tetap akan akur & laksanakan.

Akibat dari sikap Najib yang sangat suka 'menunaikan' permintaan pembangkang, negara menjadi huru hara. Pemimpin pembangkang dengan sesuka hatinya mempertikaikan hak-hak bumiputera. Lagi, meminta agar kristian dibenarkan menggunakan Allah di dalam kitab injil mereka. Menghina institusi raja tanpa segan silu. Membuat kenyataan rasis dan macam-macam lagi.

Mat Sabu Buat PAS bercelaru


Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu parti itu turut serta dalam perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jelas membuktikan wujudnya kecelaruan pendirian dalam kalangan pemimpin parti Islam tersebut.

Menyifatkan kecelaruan itu sebagai sesuatu yang pelik dan mengecewakan, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin turut mempersoalkan keperluan parti tersebut menyertai demonstrasi yang dikhuatiri bakal 'menghumban' negara ke kancah kebinasaan jika bertukar ganas.

''Ambillah iktibar apa yang berlaku di Turki baru-baru ini. Mengikut sejarah Islam, tiada yang membenarkan perlakukan demonstrasi terhadap pemerintah. Kalau ada pun, demonstrasi pertama melibatkan golongan penentang Saidina Uthman sehingga beliau terbunuh.

Jatuh standard kalau berhimpun dalam stadium


Apa kelas beb kalau diorang nak berhimpun dalam stadium. Tak de standard la beb. Kalau diorang ni nak berkumpul dalam stadium, penuh sangat....Tengok la macam yang berlaku sebelum ni masa diorang buat Himpunan Kuala Lumpur kat Stadium Merdeka hari tu.

Ramai sangat orang yang datang, Sampaikan tak muat stadium tu dibuatnya. Siap ada orang yang terpaksa duduk atas bumbung dan panjat atas pokok lagi semata - mata nak turut serta....Jadi, sebab itulah diorang perlu berhimpun di atas padang. Dengan cara tu baru la semua orang boleh datang. Lagi pun, nak bagi alasan senang beb.

Kalau tak ramai orang datang, diorang akan kata "...ini padang terbuka, tu sebab tak nampak ramai orang..." Kan senang kerja diorang?

Kesian habis madu sepah di buang


Kita sudah sedia maklum dengan wayang kulit pakatan pembangkang yang mahu boikot majlis angkat sumpah di Parlimen.Yang lebih memalukan ialah 60 NGO pro-pembangkang yang disampahkan begitu sahaja apabila gesaan mereka agar kepimpinan pembangkang boikot majlis itu tidak diendahkan langsung.

Mereka inilah keldai tunggangan yang membanjiri perhimpunan BlackOut505 tapi pandangan mereka tidak berguna di mata pembangkang.....Rupa-rupanya, bukan NGO-NGO ini sahaja yang ada isu dengan pembangkang tetapi ada juga individu yang 'hilang' seolah-olah tidak wujud semasa Pembangkang menanggung malu buat U-turn isu majlis angkat sumpah.

Hinanya Pemimpin PKR Di Mata Rakyat?

Tidak ada perkataan yang layak untuk diberikan kepada pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu hina.
Hina kerana tidak menjalankan tugas sebaiknya untuk rakyat walhal mereka kerap kali mencanangkan kata-kata mahu melakukan atau menunaikan sesuatu tanggungjawab kerana rakyat.

Kehinaan mereka bertambah apabila bertindak mahu memboikot Dewan Rakyat Parlimen ke-13.
Mereka mula menunjukkan belang selepas pakatan pembangkang hanya memenangi 89 kerusi Parlimen pada PRU13 bulan lalu.

Kehinaan mereka yang mahu memboikot menunjukkan sikap sebenar mereka yang sebagai tokoh pemimpin tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum sidang baru Parlimen bermula.
Ini kerana, mereka langsung tidak menghormati keputusan rakyat yang sudah memilih mereka sebagai wakil untuk bersuara dan menggubal undang-undang.

Friday 14 June 2013

Taiwan Pusat Perkaderan Revolusi Hitam Malaysia

Pada permukaan jelas nampak hubungan diplomatik Malaysia dengan Republik Rakyat Cina tetapi sebenarnya di bidang hubungan rakyat dengan rakyat adalah lebih rapat antara Malaysia Taiwan negara Cina kedua yang tidak dikhtiraf oleh dunia atau Bangsa Bangsa Bersatu.

Persahabatan ini terjalin dibidang perniagaan dan juga pelajaran dengan ramainya pelajar pelajar Malaysia keturunan Cina sedang belajar di univiersiti -universiti di Taiwan.

Walaupun dulunya Malaysia mempunyai dasar anti komunis tetapi tetap berhati hati dalam hubungan dengan Taiwan kerana ramai anasir- anasir Cheang Kai Sik di Malaya yang sejak sebelum merdeka mengangkat bendera negara itu dan masih mempunyai pertalian perasaan dengannya.

Setelah Malaysia mengikhtiraf Negara Republik Rakyat Cina(RRC), pejabat council Taiwan di Jalan Ampang telah ditutup.

Ribut Rosakkan Bangunan UMNO - Guan Eng Gelak Ketawa Riang

Guan Eng Gelak Tawa Sebab Ribut Rosakkan Bangunan UMNO Tanpa Sedar Dia Ketua Menteri Pulau Pinang????Kalau dah namanya chinabeng, perangai chinabeng memang tidak akan dapat dilekangkan dari tubuh badannya. Hati perutnya memang busuk, hitam, berdanur dan bernanah. Segala kebaikan yang cuba ditonjolkannya selama ini, cukup mudah hilang dan akhirnya tembelang sebenar terdedah.

Bukan main seronok lagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang apabila ribut melanda dan merosakkan sebahagian bangunan Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang. Para pecacai Pakatan Rakyat turut melaporkan kejadian tersebut dan cuba menimbulkan persepsi bahawa ribut yang telah membuatkan Pulau Pinang mengalami kesesakan trafik yang teruk serta kemusnahan yang agak besar, hanya berkisar di sekitar bangunan UMNO dan kawasan sekitarnya.

Thursday 13 June 2013

PAS Baru ucap selamat tinggal kepada DAP dan ANWAR



Perasaan malu Anwar Ibrahim kerana tak dapat jadi Perdana Menteri dalam PRU13 lalu seperti yang diumumkan, dan perasaan malu DAP kerana pemalsuan kiraan undi dalam mesyuarat agungnya pecah, menjadi sebab utama tindakan susulan untuk menutup malu mereka ini, dengan membuat kejutan baru untuk tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada 24 Jun ini.

Perbuatan menghina Perlembagaan Negara dan DYMM Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agung ini berlaku kerana DAP yang sememangnya telah diresapi oleh fahaman komunis yang begitu ketara anti Raja, diasak pula oleh seorang manusia serakah dan rakus gilakan kuasa Anwar Ibrahim, yang sanggup melakukan apa saja, walaupun mengakibatkan kemusnahan negara ini, demi mencapai cita-cita pribadinya yang amat luas ibarat lautan yang tidak bertepi.

Wednesday 12 June 2013

Ketika Tun Dr Mahathir.....

Semasa Tun M bina Daya Bumi ramai pertikaikannya dan Tun bina Jambatan Pulau Pinang. Ramai cina PP menentang dan rakyat lain juga kritik, Tun umum pengswastaan demi pengswastaan. Ketika ramai kritik pengswastaan termasuk kakitangan yang terbabit Tun teruskan dengan mendirikan Proton. Hampir semua rakyat menentang proton kerana tak yakin, Tun bina pula PLUS bertol.

Ramai yang memberi pelbagai kritikan termasuk mengayakan kroni dalam hal PLUS, Tun bina pula KLIA. Tat kala tuduhan membazir wang rakyat dalam isu KLIA, Tun bina pula KLCC.

Seluruh negara kritik KLCC dengan pelbagai bagai kritikan, Tun bina pula Stadium Bukit Jalil. Kritikan yang kata Malaysia tak mampu anjur Sukan Komenwel (Sukom), Tun bawa masuk F1 dan bina Sepang Sirkit.