Tuesday, 6 May 2014

Najib Ziarah Jenazah Bekas ADUN Hulu Bernam


HULU SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarah jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohammed Idris Abu Bakar di kediamannya di Kalumpang, dekat sini. 

Najib tiba di kediaman Allahyarham pada 12.40 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit. 

Antara yang turut menziarahi jenazah ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, Wakil Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar. 


Menurut adik ipar allahyarham, Mohd Nizar Mohd Nazir, Mohammed Idris menghembuskan nafas terakhir kita-kira 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk barah urus. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norliah Mohd Nazir, 58, dan lima orang anak terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan. 

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalumpang selepas solat Zohor. 


Selain pernah berkhidmat sebagai Adun, Allahyarham Mohamed Idris juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor bagi tempoh 1998 hingga 2013 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Selangor sejak 1990 hingga 1993. 
Najib ketika ditemui pemberita, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat merendah diri dan peramah. 

"Allahyarham juga seorang anggota parti yang setia," katanya. 

Sementara itu, Zahid pula berkata Allahyarham semasa hayatnya amat disukai dan disegani oleh kawan-kawan, malah musuh politik juga menyenangi sikap dan sifatnya yang ramah. 

Bagi Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham merupakan individu yang banyak memberi sokongan dalam kerjaya politiknya termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010. 

Dalam keadaan sebak menahan air mata, Kamalanathan berkata :"Saya hari ini...kerana didikan beliau. Saya akan ikut kepimpinannya". 

- BERNAMA


Admin : Marilah kita menghadiahkan surah Al Fatihah kepada roh allahyarham dan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. 

Thursday, 1 May 2014

#CatuAirHentiKhamis : Pelan Catuan Air Dihentikan Serentak Bermula Khamis

"Negeri Selangor berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50%, kerana ia yakin usaha keras yang telah dilaksanakan, seperti mengepam air kolam, selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan..." ujar Menteri Besar Negeri Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Thursday, 17 April 2014

#karpalsinghmaut : Karpal Singh Maut, Kemalangan di Perak (4 gambar)

TAPAH 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah, mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez. Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat.





Berita lanjut menyusul kemudian.

Ihsan peraktoday

Admin : Takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh.

#DSA2014 : Negara Belum Ada Keputusan Gantikan MIG-29

Malaysia masih belum membuat sebarang keputusan untuk menggantikan pesawat MIG29 buatan Rusia yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia disebabkan negara kini lebih kepada usaha pengukuhan dan penekanan khusus kepada industri pertahanan.

Jawatankuasa (3 Kementerian) Ditubuhkan Bagi Siasat Insiden MH370 #PrayForMH370

YB Datuk Seri Hishammusin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan, menerangkan peranan 3 wakil kementerian, timbalan menteri di Kementerian Luar (Datuk Hamzah Zainuddin), Pengangkutan (Datuk Aziz Kaprawi) dan Pertahanan (Datuk Abdul Rahim Bakri). 



Data yang dikumpulkan kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 berhubung pencarian pesawat penerbangan MH370 sedang dianalisa pakar.

Selain itu, tompokan minyak yang ditemui di lokasi pencarian turut dikaji bagi mengesahkan kaitannya dengan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines.