Dr. Zubir Harun Bertanding Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia |
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dr. Zubir Harun menggambarkan tindakan Tony itu sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.
Malah, tambahnya, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.
"Pembangkang sengaja tunjuk hebat dengan menuduh Najib agar mereka diangkat sebagai hero dalam negara, sekali gus akan lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka.
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Tony yang mendakwa sejumlah peruntukan besar diberikan kepada kroni BN yang berselindung di sebalik MPEB, sekali gus membuktikan sikap kepura-puraan Perdana Menteri.
Tambah Zubir, Perkasa akan memantau segala usaha meningkatkan ekonomi bumiputera seperti diumumkan oleh Najib baru-baru ini dilaksanakan dengan segera dan telus.
"Kami akan membentuk satu Jawatakuasa Pemantau bagi memantau semua tindakan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) agar proses menambah baik ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif," katanya.
Baca sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130922/po_14/Tony-Pua-terdesak-Barisan-Nasional-terus-dapat-sokongan-kuat-rakyat#ixzz2fi8EwBkj
No comments :
Post a Comment