Tuesday 6 May 2014

#HududBrunei : Tahniah Brunei Laksana Hudud - PERKASA


KUALA LUMPUR 5 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengucapkan setinggi-tingi taniah kepada kerajaan Brunei Darussalam di bawah kepimpinan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia,  Sultan Hassanal Bolkiah yang melaksanakan Hukum Hudud bermula 1 Mei lalu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA berasa kagum akan ketegasan Sultan Brunei melaksanakan hukum Hudud yang merupakan sebahagian daripada ajaran dan syariah Islam.

"Kami hadir untuk merapat sembah dan menyampaikan setinggi -tinggi taniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diatas kejayaan kerajaan Brunei melaksanakan hukum Hudud yang merupakan syariah Islam yang berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Kami telah menyampaikan ucapan taniah bagi pihak ahli-ahli PERKASA menyatakan rasa syukur dan kekaguman kami diatas ketegasan Ke Bawah Duli Baginda Sultan Brunei melaksanakan hukum Hudud ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Watikah Tahniah di Kedutaan Brunei, hari ini.

Tambah beliau, perlaksanaan hukum Hudud di Brunei mengambil masa yang lama sejak awal tahun 80-an setelah kajian terperinci dilakukan dengan bantuan pakar daripada luar.

"Menurut Tuan Yang Diutama, Datuk Paduka Haji Ishak Haji Abdullah, ianya telah mengambil masa yang agak lama semenjak tahun awal 80-an kajian telah dilakukan dan mendapat bantuan daripada pihak-pihak pakar seperti Profesor Dr. Assarullah dari Pakistan dan ramai lagi.

"Sebelum perlaksanaan hukum Hudud sekolah agama di Brunei menjadi sekolah yang wajib untuk semua. Malah perkara yang paling dibanggakan, semenjak hukum Hudud dilaksanakan ia mendapat sambutan baik dari rakyat Brunei termasuklah orang bukan Islam," katanya lagi.

Watikah Tahniah disampaikan Ibrahim Ali yang mewakili enam delegasi PERKASA kepada Tuan Yang Diutama Datuk Paduka Haji Ishak Haji Abdullah yang mewakili kerajaan Brunei.

Brunei merupakan negara Asia Timur pertama yang melaksanakan hukum hudud menyaksikan semua rakyat bukan Islam turut tertakluk dibawah undang-undang tersebut.

Ihsan www.rakyatnews.my

Admin : Demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu.

No comments :

Post a Comment