Tuesday, 22 October 2013

PRK Sg Limau: Pensyarah UPSI diumum calon BN

YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan calon PRK DUN Sg. Limau, 
Dr. Ahmad Sohaimi Lazim

INI BUKTINYA MB KEDAH MEMANG BERJIWA RAKYAT #MukhrizMahathir #MBKEDAH #MBbantumangsabanjir #prkdunsglimau #MBsempoi

YAB Dato Menteri Besar Kedah Darul Aman, Datuk Mukhriz Tun Mahathir selesai membantu mangsa banjir. 


Sisipan Instagram Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Ahmad Sohaimi calon Barisan Nasional #prksglimau #drsohaimi4dunsglimau #bn4dunsglimau #dunsglimau #BN

MUHYIDDIN Yassin bersama Mukhriz Mahathir serta Ahmad Maslan (kiri) menjulang tangan calon DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi Lazim (tengah) dalam majlis memperkenalkan calon BN di Sungai Limau, Kedah, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR

JERAI 21 Okt. - Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.
Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
"Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.
"Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.
Yang hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai baharu; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan serta kepimpinan BN negeri.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun tidak mempunyai kelulusan agama namun perkara itu bukan kelemahan kepada calon BN berkenaan selagi beliau dapat memberi komitmen menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.
"Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik," katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas sejak 1995.
Menyentuh kenyataan sesetengah pihak kemenangan BN tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri kerana BN masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata, BN berharap menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam pembangunan di DUN Sungai Limau.
"Kita tidak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.
"Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN, lebih mudah untuk membuat perubahan. Ini yang kita tawarkan," katanya.
Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Muhyiddin berkata, walaupun beberapa pihak meminta BN dan UMNO memberi laluan mudah kepada Pas dengan tidak bertanding sebagai menghormati bekas ADUN Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, BN membuat keputusan bertanding atas faktor demokrasi.
"Proses demokrasi benarkan kita tawarkan diri sekali lagi. Tidak banyak beza antara Pas dan UMNO. Kita berjuang untuk Islam begitu juga dengan Pas," katanya.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional.
Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131022/po_01/Ahmad-Sohaimi--calon-Barisan-Nasional#ixzz2iPWersvM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 21 October 2013

Senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Menang Untuk Penggal 2013-2016

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia bagi 2013-2016


Gambar Kepimpinan Tertinggi UMNO Malaysia 2013 - 2016

PRK DUN Sungai Limau agenda Jamil Khir


JERAI 20 Okt. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kini menjadi agenda utama Ketua UMNO Bahagian Jerai yang baharu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas dipilih dalam pemilihan semalam.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menggerakkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin UMNO Bahagian Jerai dalam pemilihan kali ini dan saya akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.

"Agenda kita yang paling dekat ialah PRK DUN Sungai Limau dan harap semua perwakilan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya, turut sama berdiri dengan saya bagi menggerakkan jentera PRK," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Agama Yan, di sini semalam.

Dalam saingan bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerai semalam, Jamil Khir mendapat 490 undi manakala penyandang jawatan tersebut Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah mendapat 270 undi.
Jamil Khir berkata, kemenangan beliau hari ini penting untuk kesinambungan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Perwakilan mempunyai asas dan sebab kenapa mereka memilih kita serta perwakilan hari ini yang sudah cukup matang dan dalam setiap pertandingan menang dan kalah adalah satu keputusan yang harus kita terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Suhaimi berkata, walaupun kalah kepada Jamil Khir, beliau masih mempunyai tanggungjawab untuk memantapkan UMNO Bahagian Jerai.

"Sebenarnya tanggungjawab yang kalah ini lebih berat daripada yang menang sebab kita kena satukan semula ahli-ahli di peringkat akar umbi.

"Yang penting bagi saya ialah PRK DUN Sungai Limau, kita perlu menang di situ," jelasnya.

ihsan Utusan online