Tuesday, 7 January 2014

#Maybank : Boleh Keluar Wang Tanpa Kad

(dari kiri) Ketua Bahagian Perbankan Maya dan Pembayaran Maybank, Mohd. Suhail Amar Suresh Abdullah, Lim Hong Tat dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Hamirullah Boorhan di depan ATM Maybank semasa merasmikan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa kad di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Malayan Banking Bhd. (Maybank), menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran wang tanpa menggunakan kad di mesin-mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Menurut kenyataan oleh bank tersebut, perkhidmatan itu yang bermula hari ini membolehkan pelanggan-pelanggan Maybank yang mempunyai akaun perbankan dalam talian untuk menghantar wang kepada sesiapa sahaja dalam negara yang memiliki telefon mudah alih.
Penerima boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad ATM.
Ketua Kumpulan Perkidmatan Kewangan Komuniti dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Datuk Lim Hong Tat berkata, perkhidmatan itu turut memberi ruang bagi pengunaan saluran perbankan Maybank kepada masyarakat tanpa perlu memiliki akaun dengan Maybank.
Bagi menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan Maybank (pemberi) yang mahu menghantar tunai boleh memulakan transaksi menerusi laman web Maybank2u.
Pemberi perlu menaip nombor telefon mudah alih penerima yang akan menerima nombor pengenalan transaksi (ID-1) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Maybank.
Pada masa sama, pemberi akan menerima ID transaksi yang berbeza (ID-2) daripada Maybank menerusi SMS.
Pemberi kemudiannya akan menghantar nombor pengenalan ID-2 kepada penerima. Penerima akan menggunakan kedua-dua nombor yang diperoleh untuk mengeluarkan wang tunai di ATM dengan hanya menekan butang di paparan sentuh dan mengikut arahan yang disediakan.
Hong Tat berkata lagi, perkhidmatan itu disediakan dengan langkah keselamatan untuk melindungi penghantar dan penerima.
"Dua nombor pengesahan diperlukan untuk memastikan wang dapat dikeluarkan dan nombor pengenalan ini sah untuk tempoh 24 jam," katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Maybank menganggarkan sejumlah 20,000 transaksi tanpa kad akan dimanfaatkan setiap bulan dalam tahun pertama pengenalannya.
Bayaran minimum RM1 akan diperkenalkan kepada penghantar setiap kali mereka memulakan proses perkhidmatan itu. Bagaimanapun bayaran tidak akan dikenakan dalam tempoh promosi sehingga 28 Februari 2014.
Bermula 7 Januari, Maybank menawarkan ganjaran tunai RM500 setiap seorang kepada tiga orang pemenang bertuah setiap hari yang berjaya melaksanakan transaksi pengeluaran tanpa kad ini. Tawaran ini akan berlangsung selama 30 hari, tertakluk kepada terma dan syarat.



ihsan  www.utusan.com.my


#JambuBungNuar : Jambu baru Bung Nuar???





Ihsan The Unspinners

Admin : Kenapa isu ini dimainkan, kenapa tidak kita naikkan personaliti yang lebih membangunkan Ummah dan Rakyat Malaysia, ketandusan pemimpin?









#IsuKalimahAllah : Marina panggil ayah 'rubbish', hina mahkamah dan derhaka pada Sultan


Marina dipeitik Malaysian Insider memanggil Perkasa sebagai 'rubbish' tanpa menyedari ayahnya adalah pendokong kuat Perkasa dan sering kali muncul di program-program perkasa.


Secara tak langsung Marina Mahathir menghina ayahnya sebagai 'rubbish' kerana bergiat rapat dengan Perkasa.

Betul seperti anak derhaka.


Sementara itu, Marina mengikut rentak irama penggiat Kristian yang mahu memurtadkan orang Islam. Akidah orang Islam tak dipeduli tapi hak orang Kristian mahu murtadkan orang Islam yang disanjung.



Dalam usaha ini, Marina telah menyokong seorang paderi yang telah engkar akan perintah Mahkamah dengan ini bersalah menghina mahkamah. Marina menyokong mahkamah dihina.

Paderi tersebut turut melanggar perintah Sultan dan dianggap derhaka kepada perintah Sultan.


Menurut bigdog di SINI, Marina yang mempunyai gelaran Datok dari anugerah Sultan Selangor telah engkar perintah Selangor dan patut rasa malu mengekalkan gelaran Dato tapi engkar akan perintah Sultan.

Pulangkanlah balik pingat tersebut.

Dah balik angkuh Marina ni.

Harap dia sedar bahawa dia duduk dalam rumah kaca maka jangan lah nak tunjuk lagak dan berani nak baling batu. Satu batu kelikir kecil saja boleh dibaling dan kamu yang berderai.

Kamu dahulu pun bukan sopan perangai dan begitu angkuh hingga kesana kemari berkata "Do you know who I am?" Ramai masih ingat gelagat kamu di NST dan Selangor Club.

Lebih baik kamu kembali kepada tanggungjawab kamu untuk menjaga anak-nak dan suami kamu  agar nama kamu tidak tercemar. 
Ihsan The Unspinners

Admin : Mendoakan Datin Paduka Marina Binti Tun Dr. Mahathir kembali ke jalan yang lurus dan diredhai Allah SWT.

Monday, 23 December 2013

Gambar Dato Seri @NajibRazak Di Masjid Nabawi, Madinah



Dato Seri Najib Tun Razak menunaikan solat isyak dan solat sunat diimamkan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin ketika menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah

ihsan angin perubahan

Admin : Alhamdulillah... 

Ibrahim Ali sembrono salahkan blogger #perkasa #ibrahimali #mesyuaratagungperkasa #tengkurazaleighhamzah

Sidang akhbar selepas Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) yang kali ke-4, 22 Disember 2013, bertempat Pusat Islam Kuala Lumpur. Dari kiri duduk, Ybhg. Dato Ibrahim Ali (Presiden PERKASA), YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Abdul Rahman Bakar (Timbalan Presiden)