Monday, 25 November 2013

#SultanJohortitahjohorcutijumaat : Sultan Johor Bertitah Negeri Johor Cuti Hujung Minggu Hari Jumaat dan Sabtu

Video ihsan Berita Harian, bharian.com.my

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

Titahnya pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai  agama rasmi.

Titah baginda keputusan muktamad itu dibuat selepas membuat penilaian terhadap beberapa pandangan.

Titahnya, ia bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.”

Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor.

Jelas baginda hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan umat Islam wajar memperbanyakkan amalan yang dituntut kerana ganjarannya yang besar dan berlipat kali ganda.

Negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu sebelum tahun 1994.

Malah negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terenganu turut mengamalkan cuti Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu di negeri tersebut.

Sementara itu, baginda menyarankan agar Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) mewujudkan talian secara online bagi menyalurkan maklumat berkaitan agama kepada seluruh umat islam.

Ianya bagi memberikan maklumat yang betul kepada umat Islam melalui satu sumber yang boleh dipercayai.


Ihsan Astroawani.com

Admin : Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

#KontrakRAJAtidakdisambung : Khidmat Raja Tak Disambung!

Gambar ihsan The Star
Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ambil alih sementara sehingga jurulatih baru dilantik

Kelana Jaya: Kejayaan meraih emas Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama pada 2010 belum cukup untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mengekalkan jawatannya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya yang tamat 31 Disember ini.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rajagobal, FAM sepakat memilih jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali sementara sehingga jurulatih baru dilantik. 

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selepas diteliti, pihaknya sepakat menyambung kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda untuk tempoh yang akan ditentukan kemudian, namun nasib sebaliknya bagi Rajagobal. 

Pilih tempoh terdekat 

“Apa yang kita tahu, pemilihan (jurulatih baru) akan dibuat dalam masa terdekat. Mesyuarat (hari ini) mendengar laporan daripada jawatankuasa tertentu khususnya Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

“Kita dalam proses memilih jurulatih baru, sama ada jurulatih import atau tempatan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Maka selepas mendengar laporan itu, jawatankuasa sebulat suara setuju supaya tempoh kontrak Rajagobal tamat 31 Disember ini. 

“Jadi kalau proses pemilihan ini mengambil masa lama, Kim Swee diberi amanat untuk mengetuai pasukan untuk perlawanan dengan Yaman, Mac depan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) FAM di sini semalam, yang dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Tengku Abdullah.

Ihsan Berita Harian, bharian.com.my

Admin : Terima kasih Datuk Rajagopal, beliau berjasa.

#TIBAIPeguamNegara : 20131124 AG (Peguam Negara) Tak Sama Adil Dalam Isu Hina Mahkamah



Published on Nov 24, 2013
Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip beri pandangan peribadi beliau mengenai cara pejabat Peguam Negara mengendalikan kes yang melibatkan penghinaan mahkamah.

Video ihsan minaq jinggo

Admin : Pihak Jabatan Peguam Negara perlu lebih peka dan prihatin bagi setiap kes berunsur politik, Pakatan Pembangkang sering dilihat selamat dibalik undang-undang, Anwar Ibrahim terang-terang menghina mahkamah, tetapi sering 'terlepas'... 

Friday, 22 November 2013

#SenaraiPengerusiPerhubunganUMNONegeri : Najib Umum Senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri


KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam.
Beliau juga mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.
Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
“Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan,” katanya.
“MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini,” katanya.
Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Man
2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah
3. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
4. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni
5. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Datuk Abdul Shukor Idrus
6. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik
7. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Hasan Malek
8. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan
9. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad
10. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin
11. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Jailani Johari
12. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Noor Zahidi Omar
13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

Ihsan UMNO Online

Thursday, 21 November 2013

#PASPPLetakJawatanKerajaanPP : PAS (Pulau Pinang) Ancam Lepas Jawatan

Muhammad Fauzi Yusoff (tengah) dan barisan kepemimpinan Pas Pulau Pinang menunjukkan surat tuntutan parti berkenaan terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang semasa sidang akhbar di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.


PERMATANG PAUH 19 Nov. - Kontroversi baharu melanda pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila parti sekutu, Pas secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Ancaman daripada Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang itu dikemukakan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya negeri, Muhammad Fauzi Yusoff di sini hari ini selepas beberapa surat yang dihantar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan.
"Jika tuntutan kami tidak diambil serius, maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan dalam apa jua tawaran atau posisi jawatan.
"Pas juga malah akan mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang demi menjaga prinsip dan maruah parti," tegas Muhammad Fauzi.
Tuntutan itu, katanya, ialah memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man dalam melaksanakan tugas beliau.
"Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak wajar daripada Exco untuk menetapkan pelantikan ahli-ahli majlis, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah MAIPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ini satu tindakan yang bertentangan dengan etika dan sangat dikesali," katanya.
Ditanya adakah pemimpin yang dimaksudkan campur tangan itu merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim, Muhammad Fauzi enggan mengesahkan namun menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Pada masa sama Muhammad Fauzi memberi amaran tidak akan mengiktiraf mana-mana individu bukan daripada Pas yang dilantik secara politik ke dalam MAIPP tanpa melalui perbincangan dan persetujuan Pas negeri.
Pas yang selama ini seakan-akan dipinggirkan dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang, kata beliau, turut menuntut supaya diberikan lebih 'kuasa' dan mahu sumbangan mereka dihargai.
Muhammad Fauzi berkata, Pas menuntut supaya bilangan ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk kuota Pas ditambah daripada dua orang untuk setiap kawasan menjadi empat orang.
"Permintaan tersebut mewakili suara akar umbi Pas di negeri ini dan wajar ditunaikan berdasarkan sumbangan Pas kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini," katanya.
Tambah beliau, Pas juga menuntut diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di dua Parlimen dan enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.
Tuntutan keempat Pas, katanya, ialah agar Pas diperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri kerana sehingga kini tiada wakil parti itu yang dilantik.
Muhammad Fauzi menjelaskan, dalam mesyuarat pada 14 November lalu, kesemua sayap parti itu mahukan Pas lebih bertegas dengan sekutu mereka dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memastikan peranan dan posisi seimbang dalam pentadbiran.
"Tuntutan ini selaras dengan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diperkenalkan kerajaan negeri. Ketika ini Pas mendapati bahawa slogan berkenaan tidak dipraktikkan," jelasnya.
Muhammad Fauzi turut mendedahkan tindakan kerajaan negeri yang memutuskan sesuatu dasar tanpa membabitkan perbincangan dengan Pas menyebabkan mereka dilihat seperti boneka

ihsan Utusan Online


Admin : Berkhidmatlah kerana Allah S.W.T. bukan kerana partai ataupun agenda peribadi.