Monday 25 November 2013

#KontrakRAJAtidakdisambung : Khidmat Raja Tak Disambung!

Gambar ihsan The Star
Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ambil alih sementara sehingga jurulatih baru dilantik

Kelana Jaya: Kejayaan meraih emas Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama pada 2010 belum cukup untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mengekalkan jawatannya apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya yang tamat 31 Disember ini.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rajagobal, FAM sepakat memilih jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali sementara sehingga jurulatih baru dilantik. 

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata selepas diteliti, pihaknya sepakat menyambung kontrak Kim Swee selaku jurulatih Harimau Muda untuk tempoh yang akan ditentukan kemudian, namun nasib sebaliknya bagi Rajagobal. 

Pilih tempoh terdekat 

“Apa yang kita tahu, pemilihan (jurulatih baru) akan dibuat dalam masa terdekat. Mesyuarat (hari ini) mendengar laporan daripada jawatankuasa tertentu khususnya Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

“Kita dalam proses memilih jurulatih baru, sama ada jurulatih import atau tempatan ia masih terlalu awal untuk diperkatakan. Maka selepas mendengar laporan itu, jawatankuasa sebulat suara setuju supaya tempoh kontrak Rajagobal tamat 31 Disember ini. 

“Jadi kalau proses pemilihan ini mengambil masa lama, Kim Swee diberi amanat untuk mengetuai pasukan untuk perlawanan dengan Yaman, Mac depan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) FAM di sini semalam, yang dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Tengku Abdullah.

Ihsan Berita Harian, bharian.com.my

Admin : Terima kasih Datuk Rajagopal, beliau berjasa.

No comments :

Post a Comment