Monday 26 August 2013

Seberang Perai Diancam Kongsi Gelap?


GEORGE TOWN 26 Ogos – Sejak dua hari lalu berlaku beberapa insiden yang agak mencemaskan di Daerah Seberang Perai Selatan termasuk kes tembakan rambang dan penemuan bom serta 20 butir peluru semalam.
Enam lelaki cedera apabila dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang di Taman Kasawari, Simpang Ampat 24 Ogos lepas dan penemuan bom serta 20 butir peluru hidup berikutan penahanan enam orang di Machang Bubuk, awal pagi semalam.
Sebelum itu, Polis menembak mati 5 orang ahli kongsi gelap di Nibong Tebal hingga mencetuskan khabar angin bahawa kumpulan tersebut berazam untuk membalas dendam.
Bagaimanapun Polis memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan masih berada dalam keadaan selamat. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat walaupun
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebar melalui khidmat SMS mendakwa kononnya akan berlaku kekecohan.

“Pihak polis telah memperhebatkan rondaan dan operasi mencegah jenayah di sekitar daerah itu bagi menjamin keselamatan awam…orang ramai juga tidak perlu bimbang dan panik.
“Ketika ini, polis giat menjalankan siasatan kes tembak serta penyebaran khabar angin itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas, seramai 2,490 orang telah diperiksa dan 36 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di negeri ini.
Terdahulu, Abdul Rahim menerima pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya harap rakyat negeri ini terus memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah,” katanya. – BERNAMA

No comments :

Post a Comment