Thursday, 4 July 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Bacul Berdepan Perempuan

Memang tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak mempunyai sesi soal jawab secara lisan memandangkan ia adalah sesi yang sangat penting bagi setiap kali bersidang.

Namun kali ini, sidang DUN Pulau Pinang dilihat bagaikan membunuh suara demokrasi apabila Speaker Dewan memutuskan untuk tidak mengadakan sesi soal jawab lisan itu dengan alasan “kekangan masa”.Sidang DUN sepatutnya menjadi medan bagi para ADUN di setiap negeri membahaskan dasar dan pencapaian setiap kerajaan negeri. Peliknya, sesi soal jawab itu sengaja “dighaibkan” oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?Sungguh memalukan!

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sempat menempelak tindakan Speaker Dewan, Law Choo Kiang yang tidak membenarkan sesi soal jawab diadakan. Dalam ucapannya, dia turut membangkitkan beberapa perkara kontroversi yang diamalkan oleh kerajaan Guan Eng.

Anwar mahu dipupuskan.

Kenyataan Presiden PERKASA yang rumahnya, walaupun bukanlah bersaiz agam tetapi masih juga banglo sebuah di tepi jalan utama Taman Melawati, Ulu Kelang apabila memberitahu, dia akan menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

Walaupun ada kawan-kawan yang menyatakan bahawa Ibrahim Ali sebenarnya hanya bermain-maina dengan bahasa, tetapi hakikatnya kekecewaan yang melanda Ibrahim Ali telah mendorongnya untuk mengeluarkan kenyataan berbaur rajukan!

Tentunya dendam Ibrahim Ali bukanlah kepada Nik Abduh anak lelaki Nik Aziz kerana kekalahan Ibrahim Ali di tangan Nik Abduh di Pasir Mas pada PRU yang lalu. Dan rasa-rasanya, ramai yang tahu, kepada siapa dendam tersebut sedang dihalakan.

Wednesday, 3 July 2013

Rafizi sertai UMNO?

Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat,Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan)bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agung.

Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita UMNO," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Monday, 1 July 2013

Memalukan Pembangkang Tipu Rakyat Lagi

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tiada petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Pakatan Pembangkang tentang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas.

Beliau berkata: "Tidak ada yang menyebut kehadiran 40,000 pengundi hantu Bangladesh sebagai alasan mereka untuk memfailkan petisyen". Ini, Wan Ahmad berkata, adalah jauh berbeza sama sekali dengan dakwaan Pakatan dalam perkara ini sebelum, semasa dan selepas PRU13.

Jika tiada petisyen, ianya boleh bermaksud bahawa 'pengundi Bagladesh' itu hanyalah rekaan Pakatan pembangkang sahaja.

PKR dan PAS Terus Berebut Kuala Besut, DAP Pula Suruh Boikot

Melihat tingkah laku Pas, PKR dan DAP selepas pilihan raya ini tidak ubah seperti menonton cerita lawak hitam putih The Three Stooges.Apabila berlakunya kekosongan kerusi di DUN Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar dari BN, Azmin bingkas bangun perjuangkan yang kononnya itu hak PR untuk bertanding dalam PRK.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agunf DAP, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pakatan Rakyat sepatutnya memboikot pilihan raya ini, Azmin yakin PRK nanti akan memberikan kejayaan besar buat PR di Kuala Besut dan dapat membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Macam mana beliau hendak membentuk sebuah kerajaan yang baru melalui kemenangan kerusi Kuala Besut masih merupakan tanda tanya besar kepada orang ramai. Hakikatnya kerajaan negeri telah dibentuk, walaupun Pas menang ia tidak boleh membentuk kerajaan kecuali ada ADUN BN yang lain menyokong undi tidak percaya Pakatan.