Thursday 4 July 2013

Anwar mahu dipupuskan.

Kenyataan Presiden PERKASA yang rumahnya, walaupun bukanlah bersaiz agam tetapi masih juga banglo sebuah di tepi jalan utama Taman Melawati, Ulu Kelang apabila memberitahu, dia akan menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

Walaupun ada kawan-kawan yang menyatakan bahawa Ibrahim Ali sebenarnya hanya bermain-maina dengan bahasa, tetapi hakikatnya kekecewaan yang melanda Ibrahim Ali telah mendorongnya untuk mengeluarkan kenyataan berbaur rajukan!

Tentunya dendam Ibrahim Ali bukanlah kepada Nik Abduh anak lelaki Nik Aziz kerana kekalahan Ibrahim Ali di tangan Nik Abduh di Pasir Mas pada PRU yang lalu. Dan rasa-rasanya, ramai yang tahu, kepada siapa dendam tersebut sedang dihalakan.



Namun yang menarik perhatian ialah Nik Abduh Nik Abdul Aziz sendiri. Bertentangan dengan apa yang diimani dan dianuti oleh PAS, Nik Abduh mula menjentik telur-telur para pemimpin PKR dan DAP apabila mendesak Kerajaan yang diketuai oleh Najib Abdul Razak agar tidak tunduk kepada tuntutan dan desakan puak-puak LGBT, sebaliknya meminta kerajaan bertegas supaya kesucian Islam sebagai Agama Persekutuan terpelihara.

Takkanlah Nik Abduh tidak tahu bahawa pergerakan LGBT secara hakikatnya merupakan salah satu daripada cabang penting Pakatan Rakyat walaupun tidak diisytiharkan. Malah pergerakan LGBT mendapat sokongan kuat daripada para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri terutama menerusi beberapa siri demonstrasi jalanan yang dibuat di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Apabila Nik Abduh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa dan kemudian kelihatan pula seperti menyokong usaha Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Najib Abdul Razak yang sehingga kini masih bertahan daripada mengikut kehendak Ambiga Sreevanasan, Marina Mahathir dan sebagainya, termasuklah tekanan agar Kerajaan Malaysia membenarkan pemurtadan umat Islam dilakukan secara bebas sepertimana saranan Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim, anak lelaki Nik Aziz itu sebenarnya hanya mencipta musuh lebih ramai dalam PAS sendiri.

Barangkali Nik Abduh tidak tahu yang PAS sekarang penuh dengan makhluk-makhluk yang memuja lubang punggung, kemaluan, kebebasan berjimak dan bebas bertukar-tukar pasangan walaupun di atas kepala tertenggek kepiah putih?

Menentang arus sepertimana yang dilakukan oleh Nik Abduh hanya akan menggerhanakan masa hadapannya dalam bidang politik

Sudahkah Nik Abduh menyiapkan dirinya untuk berhadapan dengan serangan daripada ahli-ahli serta para pemimpin PAS sendiri?

Menentang LGBT?

Menentang LGBT ibarat menentang Allah Taala dan Rasul-Nya! 'Berdosa besar' bagi mana-mana orang Islam yang berani melafazkan tentangan terhadap LGBT sepertimana yang dilakukan oleh Nik Abduh....

Kita tunggulah kifarah atas 'dosa besarnya' itu nanti. Kita tunggu dan tengok macam mana Nik Abduh akan kelam-kabut mencari-cari alasan untuk menepis serangan daripada kemnya sendiri!!!

No comments :

Post a Comment