Wednesday, 16 October 2013

Reaksi Bodoh Kepada Keputusan Kalimah ALLAH #ISUKALIMAHALLAH





Keputusan Presiden Gereja Malaysia Dr. Eu Hong Seng untuk gereja terus menggunakan kalimah Allah dengan alasan hanya di larang di gunakan di majalah Herald Tribune menunjukkan keangkuhan dan "kedegilan" beliau.

Beliau bukan sahaja mengeruhkan keadaan tetapi jika tidak di kawal bakal menyemarakkan permusuhan antara agama. Kedegilan beliau bukan setakat merendahkan keputusan mahkamah tetapi juga mencabar perlembagaan negara yg meletakkan Islam sbg agama negara.

Dan saya mewakili Wira Perkasa Malaysia mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan beliau secara terbuka di media seperti mana beliau menyatakan pendirian beliau di media massa kerana  kami menganggap pendirian beliau itu sebagai pendirian pihak gereja memandangkan beliau adalah presiden gereja Malaysia.

Dan kami menyeru kepada beliau untuk tidak cuba mencabar kedudukan Islam sebagai agama negara seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Nurul Izham Anuar
Naib Ketua Wira Perkasa Malaysia

Ini serupa tidak menghormati mahkamah. Sudahlah sebelum ini tidak menghormati kuasa kerajaan. Hakim mahkamah dankerajaan adalah di bawah perlantikan dan urusan DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Aoong.

Bukankah kurang ajar dan ajak gaduh namanya. Tapi kata:

As Malaysian Christians we are committed to our beloved nation and our love for Malaysia remains steadfast and we continue to respond with love and not in hatred as we face this on-going trial and tribulation.

Nasib ada yang bersuara. Ketua Pemuda UMNO tak akan bersuara nampaknya ....


Malay Mail melaporkan Zaid Ibrahim berkata:

"Don’t pressure our judges. Of late provocative and threatening statements are issued by those in authority with regard to the Allah issue."

Dia juga dilaporkana:

Zaid, a lawyer-turned-politician, reminded the government that it too was subject to the rule of law.

"If government don’t respect the judges then we will have 1988 all over again," he said in a series of tweets earlier today

Satu SMS juga diterima berbunyi:

Zaid Ibraham kata Hakim Hakim yg buat keputusan Kalimah Allah adalah Hakim Hakim yg mahir ajaran kristian dan pernah belajar di Vatican City.Saya rasa betul,sebab itu Hakim Hakim buat keputusan Kalimah Allah milek Islam.

Tahniah pada Zaid Ibraham. Ikhlas atau mabuk siang malam?



Nak guna ayat Quran untuk ajar orang Islam macam dia percaya pada kandungan ayat tersebut. Masuklah Islam dahulu.

Ayat itu suruh orang ahli kitab untuk berpegang pada satu kalimah dan bukan dok sembah patung nabi Isa.

Ahli Kitab yang dimaksudkan adalah ahli kitab yang asli. Kitab Allah yang asli arahkan umat kemudian hari supaya engikut Muhammad.

Nak guna ayat Quran tapi kena balik si kafir ini.

ihsan The Unspinners
Admin : Apabila Ummah Islam berpecah, maka musuh Islam bermaharajalela... Bersatulah Ummah Islam!

Monday, 14 October 2013

Keputusan Penuh Pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Pusat #PemilihanUMNO


BERIKUT keputusan pemilihan bagi Pergerakan Pemuda Umno peringkat pusat yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada Ahad malam.
Pengerusi Tetap
1. Datuk Zubir Zabidi : 86 undi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang): 58 undi
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad : 35 undi
Timbalan Pengerusi Tetap
1. Bahrul Razha Chuprat : 74 undi
2. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang) : 67 undi
3. Hisham Ahmad Sabri : 35 undi
4. Mohd Shoubli Jamal : 4 undi
5. Ahmad Mushawir Abdullah : 0 undi
Ketua Pemuda
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar : 189 undi
2. Syed Rosli Syed Harman : 0 undi
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi : 0 undi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar : 0 undi
5. Abd Karim Ali : 0 undi
Naib Ketua Pemuda
1. Jamawi Jaafar : 73 undi
2. Khairul Azwan Harun : 73 undi
Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco)
1. Fathulbari Mat Jahya : 169 undi
2. Armizan Mohd Ali : 162 undi
3. Mohd Najib Mohd Isa : 156 undi
4. Onn Hafiz Ghazi : 156 undi
5. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin : 146 undi
6. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih) : 145 undi
7. Khairul Firdaus Akbar Khan : 130 undi
8. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad : 124 undi
9. Jeffri Salim : 120 undi
10. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz : 117 undi
11. Dazma Shah Daut 106 undi
12. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi : 105 undi
13. Muhammad Yusmizan Md Yunus : 95 undi
14. Mohamed Hazali Abu Hassan : 93 undi
15. Mohd Iskandar Jaafar : 87 undi
16. Arman Azha Abu Hanifah : 85 undi
17. Anuar Abd Manap : 85 undi
18. Mohd Rafiq Naizamohideen : 82 undi
19. Ibdilillah Ishak : 76 undi
20. Azlan Abdullah : 76 undi

ihsan : din.huluselangor.net

Admin : Amanah itu adalah Tanggungjawab. Tanggungjawab itu Berat. Semoga para EXCO PEMUDA UMNO Malaysia berusaha bersungguh-sungguh.  

ISU KALIMAH ALLAH : MESTI BACA ! KENYATAAN PENUH HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MENOLAK KES THE HERALD MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH

Di bawah adalah hujah alasan penghakiman mengenai kes penggunaan kalimah Allah oleh The Herald :


SUMMARY OF DECISION

(1) Basically this is an appeal against the decision of the High Court arising from an application for judicial review of the imposition of a condition in the publication permit of the Herald – The Catholic Weekly. The impunged condition was the prohibition of the name “Allah” in the said publication. In the course of allowing the judicial review the learned High Court judge also allowed certain declaratory relief orders pertaining to the respondent’s constitutional right to use the name “Allah”.

(2) The law on judicial review in this country is trite law; namely judicial review is not concerned with the merits of a decision but with the manner the decision was made; and that there are 3 categories upon which an administrative decision may be reviewed, i.e. 1. Illegality; 2. Irrationality and 3. Procedural impropriety. When the decision involved an exercise of a discretion, the determinable issues depend on the facts of the case.

(3) Applying the law to the facts and circumstances of the case and bearing in mind the principles to be taken in dealing with judicial review as laid down in the often-quoted case of Council of Civil Service Union & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] 1 AC 374; [1984] 4 All E.R 935, it is our considered finding that the Minister has not acted in any manner or way that merit judicial interference on his impugned decision.

(4) On the constitutionality of the action of the 1st appellant to impose the impunged condition prohibiting the usage of the word “Allah” in the Herald, it is our judgment that there is no infringement of the any of the constitutional rights, as claimed by the respondent.

(5) It is our common finding that the usage of the name “Allah” is not an integral part of the faith and practice of Christianity. From such finding, we find no reason why the respondent is so adamant to use the name “Allah” in their weekly publication.Such usage, if allowed, will inevitably cause confusion within the community.



(6) In the circumstances and the facts of the case we are also mindful of the Latin maxims of “salus populi suprema lax” (the safety of the people is the supreme law) and “salus republicae suprema lax” (the safety of the state is the supreme law) do co-exist and relevant to the doctrine that the welfare of an individual or group must yield to that of the community. It is also our reading that this is how the element of “in peace and harmony” in Article 3(1) is to be read with the freedom of religion in Article 11(1) of the Federal Constitution.

(7) On the evidence before us too we are satisfied that sufficient material have been considered by the Minister in discharging his function and statutory power under the Printing Presses And Publications Act 1984. Although the test under the written law is subjective, there are sufficient evidence to show that such subjective decision was derived by considering all facts and circumstances in an objective manner. Thus, there is no plausible reason for the High Court to interfere with the Minister’s decision.

(8) The detailed explanations and reasons for our findings can be seen in the full text of three separate written judgments, which shall 3 be made available to all parties immediately, at the conclusion of today’s proceedings. My learned brothers, Abdul Aziz bin Abdul Rahim, JCA and Mohd. Zawawi bin Salleh, JCA have read and approved my judgment. In additional to my judgment, both of my learned brothers have respectively written separate supporting judgments, of which I agree with their methodological analysis and findings.

(9) In the light of our findings, we are unanimous in our decision to allow the appeal by the appellants. Appeal is therefore allowed. All orders given on 31/12/2009 by the High Court pursuant to the Judicial Review application are hereby set aside. As agreed between all parties there will be no order as to cost.

Sdg.

DATO' SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI
Judge
Court of Appeal, Malaysia Putrajaya
Dated this 14th day of October 2013.
IHSAN novandri.blogspot.com
Admin : ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

KALIMAH ALLAH... SYUKUR KITA MENANG BUAT KALI KE 3!

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah menetapkan kalimah Allah adalah hak milik umat Islam sekaligus telah menolak rayuan pihak gereja untuk menggunakannya dan juga keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membenarkan kaum gereja menggunakan kalimah tersebut dalam penerbitan mereka.
Kita bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala bantuan dan rahmatNya ini. Umat Islam telah memperoleh kemenangan buat kali ke 3 berturut-turut. Ini bermakna kalimah Allah menjadi hak mutlak umat Islam dan kaum kafirin dan gereja khatolik tidak berhak untuk menggunakan kalimah tersebut di dalam apa jua penerbitan  seperti Herald Tribute dan The Chatholik Weekly.

Pemimpin-pemimpin Islam bersemangat mempertahankan kalimah Allah berkumpul depan Istana Kehakiman, Putrajaya. Syukur perjuangan jihad akhirnya menemui kemenangan jua...
Kemenangan ini merupakan anugerah tak terhingga dari Allah s.w.t kepada umat Islam memandangkan pada esok hari kita akan sambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Ketika ini umat Islam sedang berwukuf di Arafah dan kita percaya mereka juga tak henti-henti berdoa untuk kemenangan ini. Begitu juga kepada umat Islam yang berpuasa sunat hari ini telah berjaya mendapat kemenangan ini.

Makcik ini dan anaknya turut hadir dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dalam mempertahankan kalimah Allah. Tak bayar sesen pun makcik ini tetap akan hadir mempertahankan agamanya.


Warga Putrajaya yang berkelapangan turut menyatakan sokongan dan berdoa kesyukuran di atas kemenangan umat Islam di hadapan Istana Kehakiman
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat mempertahankan kalimah Allah ini hingga mencapai kemenangan kali ke 3 ini. Terima kasih para peguam-peguam Islam, pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dan orang perseorangan yang berdoa siang malam. Begitu juga kepada barisan bloggers dan facebookers yang telah berjihad melalui media sosial. Sesungguhnya jasa dan pengurbanan kalian terhadap agama Allah ini begitu besar ertinya.
Pahlawan-pahlawan dari NGO Seni Silat turut hadir dan berdoa kesyukuran sebaik sahaja pengumuman kemenangan dibacakan oleh para peguam muslim.

Namun di sebalik kegembiraan ini kita wajar beringat bahawa pihak kafirin tidak akan diam dan redha dengan keputusan mahkamah ini. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelewengkan kalimah Allah ini seperti mana tersiratnya agenda dan muslihat mereka untuk memecahbelahkan dan memurtadkan kaum muslimin di negara ini. 



Orang ramai berdoa kesyukuran setelah pengumuman kemenangan umat Islam diumumkan
Puak-puak kafir ini akan membawa kes ini ke Persidangan Comango di Geneva pada 24hb Oktober ini untuk mencabar kemenangan umat Islam ini. NGO-NGO kafirin ini telah memulakan langkah dan strategi mereka untuk terus mencabar keputusan ini seterusnya mencabar Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu, syariat Islam seterusnya Ummah itu sendiri.

NGO yang berpakaian seperti pahlawan dan pendekar Melayu ini juga bersemangat mempertahankan kalimah Allah. Keris akan terhunus dan menusuk jika ada yang kurang ajar pada bangsa Melayu!

Justeru wahai umat Islam bersedialah dengan segala kekuatan yang kamu memiliki untuk menghadapi musuh-musuh kamu, musuh-musuh Allah dan musuh-musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Ingatlah kaum kafir tidak akan dan pernah redha dengan umat Islam sehinggalah kita menuruti agama dan segala kemahuan mereka. Namun ingatlah mereka merencanakan muslihat, namun Allah lebih hebat muslihatnya. Kebatilan pasti akan hancur!

Takbir... Allah Akhbar !

ihsan mymassa.blogspot.com

Admin : ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

Friday, 11 October 2013

SPRM: Kena faham bidang kuasa kami


SHAH ALAM – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed meminta agar rakyat lebih memahami bidang kuasa SPRM.

Menurutnya, bukan semua kes boleh disiasat melainkan ia melibatkan tiga perkara utama.

“Kena faham, tiga sahaja kesalahan besar yang kita siasat. Beri rasuah dan terima rasuah kemudian membuat tuntutan palsu serta jika seseorang itu memberi projek kepada adik-beradik dia.

“Tetapi jika penyalahgunaan dana, tipu...itu terletak di bawah kanun keseksaan. Tertakluk di bawah kuasa polis. Janganlah lupa benda itu,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Tekannya, ia akan menjadi satu kesalahan jika SPRM turut masuk campur dengan perkara yang di luar bidang kuasanya.

“Kalau kita masuk juga, kita dah lakukan satu kesalahan. Kita ‘abuse’ kuasa mereka.  Tapi orang nak kami siasat juga. Itu yang saya minta orang awam faham.

“Saya yakin bahawa orang ramai beri pada kita kerana mereka percaya pada kita, tetapi kami juga minta supaya tak minta dan paksa kami buat sesuatu yang di luar bidang kuasa kami,” katanya.

ihsan Sinar Harian