Mahkamah Rayuan Putrajaya telah menetapkan kalimah Allah adalah hak milik umat Islam sekaligus telah menolak rayuan pihak gereja untuk menggunakannya dan juga keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membenarkan kaum gereja menggunakan kalimah tersebut dalam penerbitan mereka.
Kita bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala bantuan dan rahmatNya ini. Umat Islam telah memperoleh kemenangan buat kali ke 3 berturut-turut. Ini bermakna kalimah Allah menjadi hak mutlak umat Islam dan kaum kafirin dan gereja khatolik tidak berhak untuk menggunakan kalimah tersebut di dalam apa jua penerbitan seperti Herald Tribute dan The Chatholik Weekly.
Pemimpin-pemimpin Islam bersemangat mempertahankan kalimah Allah berkumpul depan Istana Kehakiman, Putrajaya. Syukur perjuangan jihad akhirnya menemui kemenangan jua... |
Warga Putrajaya yang berkelapangan turut menyatakan sokongan dan berdoa kesyukuran di atas kemenangan umat Islam di hadapan Istana Kehakiman |
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat mempertahankan kalimah Allah ini hingga mencapai kemenangan kali ke 3 ini. Terima kasih para peguam-peguam Islam, pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dan orang perseorangan yang berdoa siang malam. Begitu juga kepada barisan bloggers dan facebookers yang telah berjihad melalui media sosial. Sesungguhnya jasa dan pengurbanan kalian terhadap agama Allah ini begitu besar ertinya.
Pahlawan-pahlawan dari NGO Seni Silat turut hadir dan berdoa kesyukuran sebaik sahaja pengumuman kemenangan dibacakan oleh para peguam muslim. |
Orang ramai berdoa kesyukuran setelah pengumuman kemenangan umat Islam diumumkan |
Puak-puak kafir ini akan membawa kes ini ke Persidangan Comango di Geneva pada 24hb Oktober ini untuk mencabar kemenangan umat Islam ini. NGO-NGO kafirin ini telah memulakan langkah dan strategi mereka untuk terus mencabar keputusan ini seterusnya mencabar Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu, syariat Islam seterusnya Ummah itu sendiri.
NGO yang berpakaian seperti pahlawan dan pendekar Melayu ini juga bersemangat mempertahankan kalimah Allah. Keris akan terhunus dan menusuk jika ada yang kurang ajar pada bangsa Melayu! |
Justeru wahai umat Islam bersedialah dengan segala kekuatan yang kamu memiliki untuk menghadapi musuh-musuh kamu, musuh-musuh Allah dan musuh-musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Ingatlah kaum kafir tidak akan dan pernah redha dengan umat Islam sehinggalah kita menuruti agama dan segala kemahuan mereka. Namun ingatlah mereka merencanakan muslihat, namun Allah lebih hebat muslihatnya. Kebatilan pasti akan hancur!
Takbir... Allah Akhbar !
Takbir... Allah Akhbar !
ihsan mymassa.blogspot.com
Admin : ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
No comments :
Post a Comment