Monday, 4 November 2013

#PRK SUNGAI LIMAU : DERITANYA PENGUNDI DISINI - #BeraniHijrah


Ini ada lagi satu pendedahan yang dibuat oleh rakan Blogger Terengganu yang menyusul masuk ke kampung-kampung  di Sungai Limau. Menurut Gambaran yang diberikan kepada Admin ia cukup jelas mengambarkan seorang mak cik yang uzur dan daif di Sungai Limau ini. [Baca Disini]
Sepanjang LIMA PENGGAL Pas mentadbir Dun Sungai Limau ini apa KEBAJIKAN yang PAS buat untuk pengundi-pengundi mereka.Didalam ISLAM dengan jelas menyatakan “Kebajikan marhaen dibawah adalah tanggungjawab para PEMIMPIN yang telah dianggkat oleh mereka”.
Disini jelas PAS tidak pernah menjaga apa-apa pon kebajikan untuk rakyat dibawahnya malahan lagi menyusahkan mereka-mereka dengan kutipan derma dari mereka-mereka yang susah yang mana kononnya untuk berjuang ke jalan Allah SWT. Akhirnya kemana wang derma itu disalurankan?
PAS sama sekali tidak pernah membela nasib pengikut-pengikutnya atau pengundi-pengundi mereka, jika PAS begitu perihatin terhadap pengundi-pengundi atau ahli-ahlinya maka tiada yang hidup melarat contohnya di Sungai Limau ini.
Admin akan memberi beberapa gambaran disini untuk anda semua membuat penilaian terhadap Negara Kebajikan yang dibawa oleh PAS di seluruh Negara. Ini Gambaran selama 25 tahun yakni 5 penggal PAS mentadbir Dun Sungai Limau. Anda semua boleh membuat perubahan di Sungai Limau ini jika ANDA SEMUA MAHUKAN PERUBAHAN dan ambilah semangat Awal Muharram untu BERHIJRAH pada kali ini.

1

Dibawah adalah Sumbangan Oleh Jentera BN

ihsan Terengganu Today






Friday, 1 November 2013

#PRKSgLimau : Kenyataan ini Jelas Paparkan Sifat Tidak Matang Mahfuz Omar



Mahfuz Omar dakwa banting BN kelirukan pengundi. Nampak sangatlah ketidak matangan Mahfuz.

“Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim? “Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” kata Mahfuz Omar 

Paling tidak, banting BN itu bukannya satu gambar superimpose . Apakah Mahfuz baru hari ini sedar bahawa selama ini PAS tidak menggunakan gambar Nik Aziz dan Hadi Awang untuk setiap pilihan raya kecil? 


Lebih memalukan, dalam mendakwa BN mengadakan banting yang mengelirukan kononnya, PAS lebih teruk bila mengambil gambar calon PAS bersama dengan MB Kedah itu. 

Nampak sangat selaku Ketua Jentera PRK Sungai Limau, Mahfuz Omar memang lemah dalam merancang propaganda hingga terlepas pandang dalam isu gambar superimpose atau pun tidak. 

Jika kalah dalam PRK Sungai Limau ini, Mahfuz sudah pasti mengalami kesukaran untuk mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden PAS dalam muktamar nanti.


Ihsan Angin Perubahan

Admin : PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH!

Maklumat sulit ketenteraan negara selamat - PAT

ZULKIFELI Mohd Zin berucap merasmikan penutup Eksesais Setia Padu 1/2013 di Gebeng, Kuantan hari ini. Eksesais Setia Padu merupakan satu latihan yang pertama kali diadakan serta menggabungkan Angkatan Tentera Malaysia, ageni kerajaan dan NGO bagi mengukur tahap kesiapsiagaan dan menilai mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh. - UTUSAN

KUANTAN 1 Nov. - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini tiada kebocoran membabitkan maklumat dan rahsia ketenteraan negara kepada pihak asing.
Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pendekatan tertentu untuk mengekang perkara itu selain sentiasa mempertingkat kewaspadaan.
Setakat ini rahsia ketenteraan negara selamat, katanya kepada pemberita selepas menutup program Eksesais Setia Padu ATM bersama agensi keselamatan lain seperti polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bagi menangani bencana alam di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Gebeng, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Beliau ditanya mengenai dakwaan bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Edward Snowden yang mengatakan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.
Mengulas lanjut, Zulkifeli turut memberi jaminan bahawa latihan eksesais ATM bersama angkatan tentera asing tidak akan menyebabkan kebocoran maklumat.
Mengenai program itu, Zulkifeli berkata ATM menerusi Majlis Keselamatan Negara akan meneruskan latihan eksesais tersebut setiap dua tahun bagi memantapkan prosedur menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana alam.
"Program yang pertama kali kita adakan hari ini akan diperbesarkan lagi ke tempat-tempat yang kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di negara ini," katanya. - BERNAMA

ihsan utusan.com.my 

Siti Saleha mengaku bercinta dengan lelaki Eropah

Siti Saleha jujur akui sedang bercinta dengan lelaki Eropah.


Pelakon yang kini sedang hangat di pawagam seluruh Malaysia melalui filem Balada Pencinta, Siti Saleha nampaknya tidak sesekali menyorok apabila diajukan soalan berbaur peribadi lebih lebih lagi tentang status dirinya ketika ini.
Lama tidak mendengar kisah peribadi beliau, Siti Saleha jujur mengakui yang dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka berasal dari Eropah dan hubungan ini sudah terjalin sejak empat bulan yang lalu.
“Biasalah kita perlukan warna dalam kehidupan ini & benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini”

Saleha fokus pada kerjaya seni sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Saleha fokus pada kerjaya seni sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin”
Siti Saleha turut berkata yang beliau mehu tumpukan perhatian kepada kerjaya seninya ketika ini sebelum memikirkan alam perkahwinan yang jauh lebih besar tanggungjawabnya nanti.-rk

ihsan Terengganu Today

Admin : Timba dan cari ilmu agama dahulu sebelum berumahtangga, semoga kita lebih tenang dan bersedia melayari bahtera perkahwinan.

Hasan Ali menang saman fitnah terhadap Khalid Samad


Datuk Dr. Hasan Ali menang saman kepada Khalid Samad.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali hari ini berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Hakim Datuk Yaacob Md. Sam memutuskan demikian selepas mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu “pemimpin parasit” yang ditimbulkan oleh Hasan.
Mahkamah turut berpendapat menyatakan, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak memberikan komen yang adil dan oleh itu tidak lagi terlindung di bawah elemen perlindungan bersyarat.

Ahli Parlimen Shah Alam didapati memfitnah Datuk Hasan Ali.
Ahli Parlimen Shah Alam didapati memfitnah Datuk Hasan Ali.
“Plaintif juga berjaya membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh defendan dibuat dengan niat jahat,” tambah Hakim Yaacob.
Hasan memfailkan saman fitnah tersebut pada 12 April 2012 terhadap Khalid selepas defendan mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.
Khalid dalam pembelaannya menyatakan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media itu adalah bagi menjawab ‘serangan’ Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk kedua-dua pihak berhujah berhubung jumlah ganti rugi serta kos yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif. -utusan






ihsan Terengganu Today

Admin : Ummah perlu bersatu bukannya berpecah dan membiarkan orang lain menghina agama Islam.