Friday, 1 November 2013

#PRKSgLimau : Kenyataan ini Jelas Paparkan Sifat Tidak Matang Mahfuz Omar



Mahfuz Omar dakwa banting BN kelirukan pengundi. Nampak sangatlah ketidak matangan Mahfuz.

“Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim? “Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” kata Mahfuz Omar 

Paling tidak, banting BN itu bukannya satu gambar superimpose . Apakah Mahfuz baru hari ini sedar bahawa selama ini PAS tidak menggunakan gambar Nik Aziz dan Hadi Awang untuk setiap pilihan raya kecil? 


Lebih memalukan, dalam mendakwa BN mengadakan banting yang mengelirukan kononnya, PAS lebih teruk bila mengambil gambar calon PAS bersama dengan MB Kedah itu. 

Nampak sangat selaku Ketua Jentera PRK Sungai Limau, Mahfuz Omar memang lemah dalam merancang propaganda hingga terlepas pandang dalam isu gambar superimpose atau pun tidak. 

Jika kalah dalam PRK Sungai Limau ini, Mahfuz sudah pasti mengalami kesukaran untuk mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden PAS dalam muktamar nanti.


Ihsan Angin Perubahan

Admin : PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH!

No comments :

Post a Comment