Thursday, 7 November 2013

#SPRM #NFC : Projek NFC Jadi Tumpuan SPRM Pada 2012


KUALA LUMPUR: Projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) menjadi tumpuan utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang 2012, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Abu Kassim berkata SPRM mengesan 12 kelemahan NFC dan mengemukakan 12 cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, antara cadangan yang dibuat Kementerian Kewangan ialah supaya menyediakan satu garis panduan standard, jelas serta telus berhubung pinjaman mudah bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif atau keraguan.

"Kementerian Kewangan perlu menyediakan kriteria yang jelas menentukan jumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikan permohonan dibentangjan di peringkat Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan.

"MOA perlu membuat kajian secara mendalam untuk memilih syarikat yang benar-benar kompeten bagi menjalankan projek PFN sama ada daripada aspek kewangan mahupun pengalaman.

"Untuk itu, proses ‘due diligence’ perlu dilaksanakan terlebih dahulu terhadap syarikat yang bakal dipilih," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Abu Kassim berkata SPRM turut mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranya ahli keluarga terdekat mereka mendapat kemudahan pinjaman daripada kerajaan.

"Mewujudkan agensi yang dipertanggungjawab sebagai agensi penyelaras secara khusus dan rasmi di kalangan agensi yang terlibat dalam projek berimpak tinggi. Agensi yang dipertanggungjawabkan ini perlu memantau dan mengawal selia perkembangan dan perjalanan keseluruhan projek," katanya.

Beliau juga menjelaskan sepanjang 2012, SPRM telah menerima 5,496 aduan berunsur rasuah dan 1,078 Kertas Siasatan (KS) telah dibuka.

Selain itu beliau juga berkata sepanjang 2012 seramai 701 orang telah ditangkap, dan 75 peratus KS berjaya disiapkan dalam tahun semasa.

Abu Kassim berkata kejayaan itu disumbangkan oleh kesan program tranformasi di mana SPRM memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk Siasatan Secara Berpasukan (Team Base Investigation).

Selain NFC, SPRM juga memberi tumpuan kepada agihan petak khas bazar Ramadan tahun 2012 di Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India oleh DBKL.

Pengurusan kewangan dan perolehan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), prosedur tatatertib untuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan dan Pegawai Kewangan Kelantan dan penyelarasan pentadbirn pegawai veterinar lantikan persekutuan yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga menjadi tumpuan SPRM pada 2012.

Katanya, pada tahun 2012, seramai 313 orang telah didakwa iaitu melibatkan 33.5% penjawat awam, 53% orang awam, 13% sektor swasta dan 0.5% ahli politik.

Antara ahli politik yang dijatuhkan hukuman adalah Datuk Abdul Rahman Bakri (kini bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam), serta Datuk Md Saberi Md Salleh (bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM).

ihsan Astroawani

Buku Laporan Tahunan SPRM 2012 - Gambar ihsan, The Malaysian Insider
Tan Sri Abu Kassim Mohamed (kiri) menyampaikan senaskah laporan tahunan SPRM 2012 kepada
Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen, hari ini.
Gambar ihsan, The Malaysian Insider.







#KBS #FAM #Pistoldalamstadium : YB Khairy Kecewa Tahap Keselamatan Longgar

YB Khairy Jamaluddin sedang mencuba peralatan sukan menembak
Foto ihsan kosmo.com.my 

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin menyuarakan rasa kecewa terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ekoran penemuan sepucuk pistol di Stadium Shah Alam ketika final Watson Piala Malaysia Ahad lalu.

"Kawalan keselamatan perlu dibuat dengan rapi kerana ini soal yang sangat serius. Sebelum penonton memasuki stadium, mereka harus diperiksa dengan rapi.

"Dalam hal ini, jika pistol itu bukan milik pihak Polis dan dibawa masuk orang lain, ia adalah kegagalan pihak penganjur, FAM dan Jawatankuasa Keselamatan," tegas Khairy.

Ini adalah kes pertama seumpamanya yang berlaku, pada aksi final sebuah pertandingan anjuran FAM.
Justeru, FAM dan semua pihak terbabit wajar mengambil iktibar daripada insiden ini.

Dalam pada itu, Khairy turut menyuarakan rasa bosan terhadap isu penjualan tiket palsu pada aksi final ahad lalu.

"Takkan sampai hari ini, tiap-tiap tahun ada masalah jualan tiket. Ini dibawah FAM, bukan KBS, tetapi sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya kena tegur FAM sikit.

"Sebab ini keluhan daripada penonton, peminat bola sepak, nak beli tiket pun susah, kena beratur di stadium, sedangkan boleh beli secara talian.

" Kita sudah masuk zaman teknologi tetapi FAM masih zaman jurasik. Apa ni?

"Kita kena pastikan ada kemajuan sikit dalam kita menjual tiket dan kena ada tindakan yang lebih tegas untuk beneras ulat-ulat tiket di luar stadium," kata Khairy lagi.

ihsan Astroawani

Admin : Demi kebaikan dan peningkatan dalam nilai kesukanan, setiap pandangan dan cadangan perlulah dilihat sebagai langkah positif. Tahniah YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin kerana mengambil perhatian dan keprihatinan beliau terhadap rintihan dan kekecewaan peminat sukan bolasepak negara.



Monday, 4 November 2013

#PRKSgLimau : PAS pertahan kerusi DUN Sungai Limau

YAN: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman ketika mengumumkan keputusan rasmi itu berkata daripada 23,249 atau 85.5 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 12,069 undi diberikan kepada PAS dan 10,985 undi kepada BN. 
Peratusan keluar mengundi itu menunjukkan penurunan berbanding 89.3 peratus pada PRU-13.


Beliau mengumumkan perkara itu di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, sebentar tadi.

Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 59 saluran (termasuk satu peti undi pos) dan 17 tempat mengundi.

Ihsan Berita Harian,  bharian.com.my 

Admin : Tahniah YB Ustaz Azam Abd Samat, bermulalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh ADUN Sungai Limau N. 20 yang baru. 

Pesanan Arwah Ustaz Azizan Kepada Mukhriz #PRKSgLimau #MBSEMPOI


"Apabila saya berjalan di merata tempat di DUN Sungai Limau dan berjumpa ramai rakyat yang ada banyak isu berbangkit seperti rumah perlu dibaiki, surau, jalan yang berlopak, maka saya teringat pesanan Allahyarham Tan Sri Azizan, bekas Menteri Besar dan bekas ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau).

"Beliau pesan kepada saya supaya jaga Kedah baik-baik. Dengan saranan itu maka saya sudah anggap tanggungjawab paling penting sebagai Menteri Besar dan dibantu rakan-rakan Exco untuk selesaikan masalah rakyat satu persatu dalam masa singkat,"

Menteri Besar Negeri Kedah Darul, Y.A.B. Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir 

ihsan angin perubahan

MEMALUKAN! PAS MELAMPAU DI #PRKSGLIMAU !!!

Memalukan ! Provokasi penyokong PAS di PRK Sungai Limau.



Dalam masa yang sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah turun ke padang melawat peti-peti undi dan bersama jentera-jentera Pemuda UMNO yang berkempen di sini.


Khairul Azwan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia melawat jentera-jentera Pemuda di pusat-pusat mengundi.


Khairul Azwan dan Jeffri, Exco Pemuda UMNO membantu makcik di pusat mengundi.



Ahmad Mukhriz, Exco Pemuda UMNO Malaysia membantu pengundi di pusat mengundi.



Rafiq Naizamohideen, Exco Pemuda UMNO Malaysia bersama jentera Pemuda di pusat mengundi.


Exco-exco Pemuda yang lain turut serta mengerah tenaga bersama-sama jentera Pemuda di peti-peti undi di Sungai Limau.

ihsan Dr MiM