Monday 4 November 2013

#PRKSgLimau : PAS pertahan kerusi DUN Sungai Limau

YAN: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila calonnya, Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman ketika mengumumkan keputusan rasmi itu berkata daripada 23,249 atau 85.5 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 12,069 undi diberikan kepada PAS dan 10,985 undi kepada BN. 
Peratusan keluar mengundi itu menunjukkan penurunan berbanding 89.3 peratus pada PRU-13.


Beliau mengumumkan perkara itu di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, sebentar tadi.

Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 59 saluran (termasuk satu peti undi pos) dan 17 tempat mengundi.

Ihsan Berita Harian,  bharian.com.my 

Admin : Tahniah YB Ustaz Azam Abd Samat, bermulalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh ADUN Sungai Limau N. 20 yang baru. 

No comments :

Post a Comment