Tuesday, 18 March 2014

#PRKBalingian : Pastikan Penduduk Balingian Turun Mengundi

MUHYIDDIN Yassin bersama calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian, Yussibnosh Balo (lapan dari kanan) pada hari penamaan calon PRK itu di Mukah, Sarawak semalam. Turut serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (enam dari kiri), Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri), Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang (kiri), Ketua Pemuda BN negeri, Datuk Fadillah Yusof (tiga dari kiri) dan para pemimpin komponen BN.


MUKAH 17 Mac - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Pemuda dan Wanita parti komponen itu mengambil tanggungjawab memastikan 13,366 pemilih berdaftar turun mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian 29 Mac ini.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua pergerakan yang diketuai Ketua Pemuda BN negeri, Datuk Fadillah Yusof dan Timbalan Ketua Wanita BN negeri, Datuk Fatimah Abdullah harus memastikan BN terus menang dalam pilihan raya kali ini.
Katanya, lebih utama bagi seluruh jentera BN memastikan parti sedia ada itu memperoleh kemenangan yang hebat dan cemerlang berbanding sebelum ini.
"Tanggungjawab kesemua jentera daripada 29 cabang DUN Balingian adalah memastikan calon kita iaitu Yussibnosh Balo memperoleh undi yang besar.
"Masyarakat Balingian harus ingat apabila BN menang dalam pilihan raya kali ini, kita akan menyediakan lebih banyak pembangunan untuk kemudahan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Jentera Pemuda BN sempena PRK DUN Balingian di Padang Majlis Daerah Mukah di sini hari ini.
Terdahulu, kira-kira 2,000 jentera Pemuda dan Wanita BN Sarawak hadir mengiringi calon BN, Yussibnosh Balo serta beberapa barisan pemimpin Pusat dan negeri ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.
Dalam majlis santai yang bermula pukul 11 pagi itu, Muhyiddin turut mengingatkan kesemua jentera supaya tidak terlalu yakin hingga tidak bersungguh-sungguh ketika membantu calon berkempen.
Katanya, setiap undi daripada pemilih berdaftar itu sangat penting kerana hanya melalui tindakan tersebut membolehkan BN terus berkuasa di Balingian.
"Dalam memastikan kempen kali ini berjaya, Pemuda dan Wanita BN Sarawak perlu bergerak sebagai satu pasukan dan bertemu dengan semua penduduk bagi menunjukkan BN sebuah parti yang bersatu.
"Saya akan datang sekali lagi ke sini bagi menyokong dan membantu pemimpin dan jentera BN negeri dalam tempoh kempen ini," katanya.



Ihsan Utusan.com.my

#drugFMFA2014 : Ambil Dadah Berlebihan: Jumlah Penonton Konsert Dirawat 14 Orang

KUALA LUMPUR 16 Mac - Jumlah mangsa yang dirawat di hospital akibat pengambilan dadah sintetik secara berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, meningkat kepada 14 orang.
Ini kerana polis mendedahkan seramai 11 lagi penonton turut mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di sini, berbanding tiga semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seramai 10 orang, Hospital Kuala Lumpur (3) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (1).
Beliau berkata, kesemua 14 mangsa yang dirawat itu berada dalam keadaan stabil dengan sembilan daripada mereka adalah rakyat Singapura.
Menurutnya, empat lagi mangsa masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar. Warganegara seorang lagi mangsa belum diketahui.
"Seorang daripada sembilan mangsa warga Singapura yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah dibenarkan keluar pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas tentang jumlah kematian akibat pengambilan dadah itu, Mohan Singh memberitahu, tiada kematian terbaru dilaporkan dan jumlah mangsa yang meninggal dunia masih kekal enam orang.
Semalam Mingguan Malaysia melaporkan enam penonton konsert maut akibat pengambilan dadah berlebihan. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.
Susulan kejadian itu, polis membatalkan hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama semalam.
Tambah Mohan Singh, sebanyak 29 penonton telah ditangkap berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di konsert berkenaan.
"Seramai 13 orang adalah warga tempatan dan 16 lagi warga asing yang hadir menyaksikan konsert berkenaan," katanya.


ihsan utusan.com.my




Admin : Pihak berkuasa perlu menyiasat dan menangkap anasir-anasir yang telah mengedarkan dadah kepada pemuda-pemudi yang berlibur di konsert tersebut. Pihak penganjur konsert ini juga perlu di senarai hitamkan oleh pihak berkuasa, kerana kecuaian dan kelemahan aspek-aspek keselamatan. Malaysia adalah hub pelancongan yang terbaik di Asia, tetapi kita tidak perlu membiarkan anasir-anasir budaya kuning daripada Barat menyelinap ke dalam budaya ketimuran kita. KITA TIDAK PERLU KEPADA HIBURAN TERLAMPAU.

Friday, 14 March 2014

#pinkdotpenang : Singaypore - Hunk Alert!


Adakah kita mahu rakyat Malaysia membenarkan kaum songsang ini mempengaruhi anak-anak kita, dengan fahaman LGBT (lesbian, gay, biseksual, and transgender), suatu hari nanti? Video ini dirakam di satu program Pink Dot Singapore, 2013. 

Ingatlah peringatan Allah S.W.T. dalam "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,(Asy-Syu'araa' 26:165), "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"(Asy-Syu'araa' 26:166). 

"Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka." Surah Al-Anbiyaa' ayat 74

TENTANG ANASIR LGBT, TENTANG PINK DOT PENANG!

#PINKDOTPENANG : Abim Kecam Penganjuran 'Pink Dot Penang 2014'

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah penganjuran acara "Pink Dot Penang 2014" di George Town, Pulau Pinang yang didakwanya bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT).

Poster acara tersebut telah dimuat naik di Internet, dan ia akan berlangsung di 1926 Heritage Hotel pada Mac 29.

ABIM berpandangan bahawa acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia, kata Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Katanya, berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013, acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran "dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif".

"ABIM memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama.

"Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Namun ABIM juga menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT," tambanya.

Bagaimanapun, katanya, ABIM melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.

Sehubungan itu, katanya, ABIM akan menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Pejabat Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.

Selain itu, katanya, ABIM juga akan membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.

Malaysia tidak mempunyai undang-undang terhadap homoseksual, tetapi liwat adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada tahun 2011, acara yang sama 'Seksualiti Merdeka ' di Kuala Lumpur telah diharamkan, di mana kira-kira 30 anggota polis menyerbu majlis itu semasa ia sedang berjalan.

ihsan Malaysiakini

Admin : KITA PERLU TENTANG ANASIR LGBT!



#PRKKajang : #ChewMeiFun4Kajang #comeyfun4Kajang #BN4Kajang #sayangiselangoryakiniBN #BN #BarisanNasional #Pray4MH370


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL (BN), DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN