Tuesday 7 January 2014

#Peugeot : Nasim sasar 100 buah 'Peugeot 2008' sebulan.


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Nasim Sdn. Bhd. (Nasim), menyasarkan untuk menjual 100 buah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu 'Peugeot 2008', sebulan selepas dilancarkan secara rasmi hari ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, sejak model itu dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS), model berkenaan telah menerima 100 tempahan awal.
Beliau berkata, Peugeot 2008 telah mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah dengan tempahan sebanyak 73,600 buah sebelum ini dan spesifikasi yang sama telah dibawa ke pasaran tempatan.
"Model baharu ini akan memberi sumbangan yang baik dalam usaha Nasim mencapai sasaran jualan keseluruhan Peugeot sebanyak 7,000 buah tahun ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Peugeot 2008 ini ditawarkan pada harga RM119,888 sebuah bagi pasaran Semenanjung, menakala RM121,888 sebuah untuk Sabah dan RM121,588 sebuah untuk Sarawak termasuk insurans.
Model ini dilengkapi dengan pakej keselamatan dan aksesori terkini serta bonet bersaiz 360 liter dan boleh dilaras kepada 1,194 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Nasim akan mengadakan pameran untuk model baharu ini di pasar raya One Utama pada 8 hingga 12 Januari ini bagi menyampaikan maklumat dengan lebih dekat kepada orang ramai.
Seperti model Peugeot yang lain, Peugeot 2008 juga ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan termasuk perkhidmatan 24 jam Peugeot Assistance.

ihsan www.utusan.com.my


Sila klik pada gambar, untuk gambaran yang jelas

No comments :

Post a Comment