Tuesday 25 February 2014

#catuairselangor : Selangor Catu Air Mulai Esok - MB


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok. 

"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. 

"Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri) ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini. 


Abdul Khalid berkata, menerusi program pencatuan itu, kawasan di Selangor akan dibahagikan kepada dua zon dan notis terperinci berkenaan pencatuan bekalan air mengikut kawasan itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya petang ini untuk hebahan lanjut.


Katanya, program pencatuan air dilakukan bagi mengekalkan jumlah air sedia ada di empangan di Selangor supaya ia dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas berlarutan.

"Jika musim hujan tiba lebih awal, catuan itu akan dihentikan dan kita akan memaklumkan keadaan sebenar krisis air pada pertengahan Mac depan untuk tindakan selanjutnya," katanya.



gambar hiasan, ihsan Utusan.com.my

Ihsan bharian.com.my

Admin : PERHATIAN, Semua penduduk sekitar Lembah Kelang perlu bersiap sedia dengan simpanan air yang mencukupi. Hubungi pejabat SYABAS berdekatan dan dapatkan masa penghantaran bantuan bekalan air di kawasan berdekatan.  
1-800-88-5252 (PUSPEL)

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

No comments :

Post a Comment