Thursday, 31 October 2013

(GAMBAR) PASTI Di Sungai Limau Yang Serba Daif


Sempena PRK Sungai Limau ini cuba baca elok-elok dan perhati gambar dalam artikel ini betul-betul. Apakah ini suasana yang sesuai untuk anak-anak kita di peringkat seawal usia tadika untuk menimba ilmu?
Semua pengundi di DUN Sungai Limau tahu bahwa calon PAS, Ustaz Azam merupakan Ketua Jabatan Tadika PAS negeri Kedah. Apakah ini tahap tadika di bawah seliaan beliau? Sibuk sangat ke berjumpa dengan rakyat sehingga premis yang menjadi tempat anak-anak menuntut ilmu ini terabai begini sekali?
Takkan nak upah bangla potong rumput pun tak mampu? Paling mahal pun cuma RM30 je.
Mana pergi Gaji Ketua Jabatan Tadika Negeri?
Mana pergi Gaji sebagai ahli panel soalan STP?
Mana pergi Gaji sebagai Penolong Kanan Sekolah Agama?
Mana pergi upah duit ceramah politik? (kalau ada hehe)
Mana pergi elaun Ketua Pemuda Pas Bahagian? (..pun kalau ada..)
Paling gila dan tak masuk akal apakah seawal ini anak-anak didoktrin dengan perjuangan politik songsang mereka? Siap ada bendera tiga parti pakatan rakyat!!
Adakah Ustaz Azam ini yang cadangkan agar diwujudkan sukatan pelajaran khas – Apa itu DAP?, Apa itu PKR? dan Apa itu PAS?
Apakah yang Ustaz Azam cuba terapkan dalam kepala otak anak-anak yang belajar di situ tentang siapa ketua PKR yang nafsu seksnya penuh warna warni?
Kalau perkara asas ini Ustaz Azam gagal sediakan seperti yang tertulis pada banner iklan tersebut, apa yang dia mampu buat untuk rakyat Dun Sg Limau?
Kepada pengundi Dun Sg Limau, jangan rosakkan masa depan anak anda dengan meletakkan anugerah yang Allah berikan pada anda di tangan manusia yang tidak ada sedikit pun rasa bersalah bila diberi tanggungjawab tapi GAGAL tunaikan !!






ihsan Terengganu Today
Admin : Mohon pencerahan daripada Pentadbiran PASTI Negeri Kedah, adakah ini gambar terkini? Sila beri penjelasan, bagaimana keadaan tadika dibawah seliaan PASTI Negeri Kedah ini boleh dibiarkan dalam keadaan sebegini daif? Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah, haiwan berbisa suka kepada keadaan yang bersemak. Perlu tindakan oleh pihak Berwajib. 

No comments :

Post a Comment