Saturday, 26 October 2013

#PRKSgLimau #PASDOATIPU #DRSOHAIMI4SGLIMAU : PEMBOHONG!!!! Doa untuk orang sakit dikata doa untuk calun PAS



Penulis PAS, Muhammad Faizal melaporkan di laman web PRK Sg Limau PAS di SINI lawatan calun dan Dato Mahfuz menziarahi "ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun."

Mereka membayangkan seolah-olah beliau "gembira dengan kedatangan rombongan PAS" dan "mendoakan agar calon kita, Ustaz Azam dapat memenangi kerusi Dun Sungai Limau."

Dari siasatan yang dibuat, calun hanya membaca doa untuk kesihatan ayah Dato Jamil Khir. Tidak disebut pun mendoakan kemenangan PAS.

Ada ditulis bahawa "kunjungan itu bukan untuk mengambil kesempatan atas suasana pilihan raya, tetapi atas dasar sahabat lama."

Sebenarnya sesiapa nak datang menziarahi orang sakit atau uzur tak menjadi hal, tapi tak perlulah sampai disalahguna ziarah untuk politik.

Nampak sangat mereka mahu mendapat "kemenangan moral" dengan menziarahi ayah Ketua Bahagian UMNO Bahagian Jerai yang baru.

Sudah rasmi PAS, kalau tak berbohong atau menokok tambah, tak sah. Pada mereka, berbohong tu sunat kerana mereka kononnya berjihad untuk Islam dan ianya satu justifikasi.
Ihsan theunspinners
Admin : Minta pencerahan daripada yang ada di rumah ayah YB Datuk Seri Jamil Khir, Allah S.W.T. Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa. Berkempen dengan niat yang ikhlas dan beramanah.

No comments :

Post a Comment