Thursday 21 November 2013

#TunDrMCepatSembuh : Alhamdulillah.. Saya Ok, Jangan Risau – Tun Dr Mahathir

tun m
Di laman Facebook Kelab Penyokong Mukhriz Mahathir atau Mukhriz Mahathir FC hari ini, dikongsikan satu gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang duduk dan tersenyum.
Turut disertakan nota ringkas di gambar berkenaan bertulis “Alhamdulillah… I’m okay.. Don’t worry.. (Alhamdulillah, saya ok, jangan bimbang,” disertakan dengan tandatangan Tun M di bawahnya.
Gambar itu dimuatnaik ke laman Facebook itu empat jam yang lalu bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa bekas Perdana Menteri paling lama mentadbir Malaysia itu masih sihat dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Kelmarin Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengadu sakit dada pada hari yang sama. Seorang lagi anaknya Mirzan, telah mengeluarkan kenyataaan bahawa Dr Mahathir hanya menjalani pemeriksaan kesihatan yang biasa.
Bekas perdana menteri itu sentiasa memilih IJN dan kepakaran perubatan tempatan dalam menguruskan hal kesihatannya kerana beliau percaya akan kepakaran anak tempatan.
Kita doakan agar Dr Mahathir kembali sihat dan boleh menjalankan tugas dan menjalankan aktiviti kegemarannya.
mynewshub
Ihsan Terengganu Today

No comments :

Post a Comment