Thursday, 23 May 2013

Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain




SHAH ALAM 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan, 47, dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

Tiga pekerja ladang yang turut dikenakan hukuman gantung itu adalah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32.

Selain Sosilawati, tiga individu lain yang mati dibunuh di Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 adalah pemandu, Kamaruddin Shamsuddin; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim.

..Alhamdullilah, semoga roh Allahyarham berempat tenang sekarang ini.... Alfatihah 

No comments :

Post a Comment