Wednesday, 22 May 2013

TSUNAMI CINA BAKAL TERIMA TEMPELAKAN ORANG MELAYU



Antara strategi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menutup kegagalan memimpin pakatan pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ialah dengan menyanggah kenyataan tsunami Cina yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar cuba mengelak daripada dipertanggungjawabkan oleh penyokong pembangkang terutamanya pengundi Cina atas pembohongan bahawa Pakatan Rakyat sudah pasti akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru pada PRU13.



Atas keyakinan pengundi Cina terhadap janji manis Anwar maka berduyun-duyun keluar mengundi calon-calon pembangkang dengan harapan tumbanglah Barisan Nasional pada kali ini.

Hasil termakan dengan janji kosong Anwar, hanya lima daripada 37 calon MCA memenangi kerusi parlimen yang ditandingi.

Kesemua kerusi MCA yang kalah dibolot oleh Dap dengan bukan sahaja memperlihatkan peningkatan jumlah kerusi parlimen bagi parti tersebut tetapi juga jumlah undi Cina yang diperolehi.

Daripada 28 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh Dap pada PRU 2008 kini ia berjaya merampas 10 lagi kerusi menjadikan jumlah sebanyak 38.

Malah Dap mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak berbanding pas sebanyak 21 dan PKR 30.

Kejayaan Dap adalah akibat tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri di mana hanya 3 peratus undi Cina berjaya diperolehi oleh calon-calon BN.

Akibat kekalahan paling teruk MCA sejak penubuhan parti itu, tiada seorang pun wakil parti itu dilantik ke dalam Kabinet baru.

Jika hampir 100 peratus pengundi Cina memberi undi mereka kepada Dap, Pas serta PKR tidakkah ini dikatakan tsunami Cina atau Anwar terlalu buta atau bebal untuk memahami analisis politik yang semudah ini.

Hakikatnya pengundi Cina telah tertipu kerana mereka telah terlupa episod hitam pada 2008 apabila Anwar pertama kali membuat janji bahawa kerajaan pimpinan mantan Perdana MenteriTun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang kerana 30 ahli parlimen BN sudah bersedia melompat menyokongnya.

Anwar membohongi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Permainan wayang Anwar akhirnya terbongkar apabila terbukti beliau telah memperjudikan kesstabilan politik negara dengan mewujudkan satu keadaaan yang tidak tenteram serta gelisah di kalangan rakyat jelata.

Natijah daripada episod 16 September 2008, Anwar kini dilihat sebagai badut politik yang tidak boleh dipercayai kata-katanya apatah lagi apa-apa janji-janji yang dibuatnya.

Malangnya pengundi Cina mudah terlupa akan apa yang berlaku lima tahun dahulu dan sekali lagi mereka telah diperdaya oleh Anwar.

Ini berlainan dengan pengundi Melayu yang majoritinya masih menyokong UMNO dan BN serta menolak politik rasis Dap.

Pengundi Cina terperangkap dengan wayang kulit yang dimainkan Anwar tanpa menoleh ke belakang melihat kepada sejarah pembohongan politik yang dilakukan oleh beliau sejurus selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Julai 2008.

Pengundi Cina juga gagal menilai ikatan setiakawan yang sudah terjalin antara UMNO, MCA dan MIC sejak sebelkum merdeka lagi dan kerjasama politik yang berlandaskan kepada konsep menang-menang inilah yang melahirkan sebuah negara yang berdaulat, maju, progresif dan membangun ke hari ini.

Generasi muda pengundi Cina seolah-olah terpisah daripada kesinambungan sejarah perjuangan kemerdekaan negara sehingga mempercayai segala segala dakwaan dan fitnah yang direkacipta oleh pemimpin Dap dan pembangkang terhadap BN dalam usaha mereka mengejar kuasa politik.

Akibat fitnah melampau yang dicanai oleh gerombolan pembangkang yang hanya mementingkan kuasa politik mengatasi kepentingan negara daripada segalanya, pengundi Cina hilang pertimbangan yang rasional dan logik untuk menyokong pembangkang secara muktamad.

Mereka hilang pedoman dan pertimbangan politik sehingga mengenepikan asas-asas kenegaraan dan politik negara ini yang tunjangnya adalah ketuanan Melayu.

Jiwa rasis Dap telah berjaya diresapkan ke dalam pemikiran dan sanubari pengundi-pengundi Cina tidak kira tua atau muda, matang atau kememeh.

Dap mungkin menang besar pada PRU kali ini tapi mangsanya adalah masyarakat Cina yang kini dipandanbg seorang oleh orang Melayu.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh pengundi Cina terhadap UMNO dan BN tidak mungkin dapat dilupakan oleh orang Melayu.

Mungkin tsunami Cina telah berlaku dengan mengukuhkan kedudukan kerusi parlimen bagi Dap tetapi tsunami politik yang lebih besar dan dahsyat kini menanti mereka yang melakukan pengkhianatan.

No comments :

Post a Comment