Friday, 24 May 2013
Zahid Buat Pembangkang Terkemama, Hisyamuddin Terkesima.
Tahniah sekali lagi kepada DS Ahmad Zahid Hamidi. Bila KDN bertindak tanpa memberi amaran, barulah nampak sedikit, pemimpin pembangkang dan penyokong mereka mahu berfikir pakai akal......Kalau tidak, mereka merasa seolah-olah dunia ini, bak kata Anwar Ibrahim, "macam kepala bapak dia yang punya".
Kalau tidak, mereka fikir negara ini sudah tiada undang-undang dan kalau ada pun mereka letakkan undang-undang bawah tapak kaki mereka saja.
Kalaulah Tok Zahid pegang KDN sejak kabinet pertama DS Najib tahun 2009 dulu, mungkin PRU13 baru2 ni, BN sudah menang 2/3.
Sebabnya:
Rakyat yang tidak cenderung kepada mana-mana parti politik yang secara lazimnya adalah pengundi atas pagar dan memang menyokong kerajaan sediada, akan terus yakin kepada kerajaan. Bila mereka lihat kerajaan lembik dan terlalu defensif, golongan ini pun akan jadi menyampah dengan kerajaan.
Atau pun, secara psikologinya mereka merasakan BN sudah tidak kuat lagi dan mungkin benar seperti yang digambarkan oleh media dan pemimpin pembangkang bahawa mereka akan berjaya merampas Putrajaya.
Akhirnya, mereka sendiri terpengaruh dengan senario kekuatan pihak pembangkang dan keyakinan terhadap kerajaan sediada pun hilang.
Bila KDN lembik, pengundi atas pagar juga akhirnya akan turut termakan dengan segala tuduhan dan fitnah pembangkang terhadap kerajaan. Mereka menjadikan "ketidaktegasan KDN" itu sebagai asas kukuh untuk mereka beranggapan bahawa benarlah sepertimana yang dituduh dan digambarkan oleh pembangkang bahawa kerajaan BN banyak melakukan penyelewengan dan hanya memikirkan bagaimana untuk mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga.
Apabila KDN tegas, pembangkang akan bertukar dari bertindak ofensif kepada defensif.
Bila keadaan ini berlaku, barulah rakyat ada "2nd opinion" untuk berfikir secara "pro dan kontra", setiap tuduhan pembangkang dan setiap tindakan balas yang diambil oleh kerajaan.
Jika tidak, rakyat atas pagar juga akan turut skeptikal dan berasa was-was untuk mempertahankan kerajaan kerana mereka melihat seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan, maka sebab itu mereka merasakan kerajaan takut untuk bertindak.
Akhirnya, mereka akur sendiri dengn apa saja yang dikatakan oleh pembangkang dan apabila pembangkang terus-terusan melemparkan tuduhan, mereka akhirnya akan menerima apa yang dikatakan oleh pembangkang itu sebagai benar.
Akhir sekali, rakyat atas pagar akan mula mempertikaikan soal "kredibiliti" kerajaan. Apabila mereka sudah mula mempertikikan soal kredibiliti, itu menandakan bahawa mereka sudah mula hilang kepercayan dan keyakinan dengan kerajaan.
Bila mereka sudah hilang keyakinan, bapak BRIM ke, atok transformasi ke, GTP ke, nenek bagi bunus sampai 2 bulan gaji ke, harga minyak turun ke, itu bukan persoalan bagi mereka lagi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment