Wednesday 22 May 2013

Kalimullah Perlu Mohon Maaf



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malasia (Perkasa) hari ini mendesak agar Datuk Seri Kalimullah Hassan untuk tampil kehadapan dan memohon maaf kepada semua orang Melayu atas kenyataan biadap Azran Osman Rani CEO Air Asia X. Apakah Kalimullah yang mendorongi Azran untuk membuat kenyataan sedemikian?

Ramai orang berpendapat bahawa Kalimullah tidak layak untuk bercakap pasal 'true Malaysians'. Kalimullah sendiri pernah nafi bahawa beliau menjadi kaya bukan kerana beliau telah  mendapat kontrak dari kerajaan Malaysia walaupun kemudiannya terbongkar hakikat sebenar tentang Efficient E-Solution Sdn Bhd yg telah mendapat projek yang begitu besar nilainya daripada Kerajaan Malaysia.

Perkasa ingin ingatkan Kalimullah janganlah mudah menjadi saperti Kacang lupakan kulit,madu yang diberi dibalas dengan tuba dan akhirnya saperti melepaskan anjing tersepit, atau adakah kerana beliau termasuk golongan yang disebut sebagai. Melayu mudah lupa!

Perkasa juga mahu bertanya mengapa sehingga hari ini Kalimullah masih tidak membuat sebarang penafian tentang hubungan rapat beliau dengan peguam M.Puravalen yang mengatur pertemuan antara PI Bala dan Anwar Ibrahim.


Ruslan Kasim,
Ketua Penerangan Perkasa.

No comments :

Post a Comment