Tuesday, 30 July 2013

Iklan PETRONAS, Hari Raya Aidilfitiri 1434 Hijrah / 2013 Masehi, JAHIT

KUALA LUMPUR: Saban tahun menjelangnya sambutan perayaan Aidilfitri tidak lengkap sekiranya kita tidak menonton iklan yang diterbitkan oleh Petronas.

Kita masih mengingati iklan-iklan terdahulu yang pernah diterbitkan oleh jenama gergasi itu, lebih-lebih lagi iklan yang pernah dihasilkan oleh pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad sewaktu Allahyarham berkhidmat di agensi pengiklanan terkenal, Leo Burnett.

Ada ketikanya kita akan membuat perbandingan, mencari rasa dan mendalami mesej yang cuba disampaikan.

Allahyarham Yasmin Ahmad pernah berkata, iklan Petronas bukan untuk menjual minyak, iklan Petronas sebagai sebuah syarikat multinasional perlu membawa mesej nasional untuk disampaikan kepada masyarakat berlandaskan agama, bangsa dan negara.

Iklan Raya ciptaan Petronas bukan sekadar iklan raya biasa. Cerita utama yang disampaikan perlu bersifat global sejajar dengan gahnya jenama tersebut di peringkat antarabangsa, malah ia juga perlu menjadi alat untuk memperkukuhkan jatidiri dan bertanggungjawab besar terhadap agama, bangsa dan negara.

Tahun ini, Petronas mempertaruhkan iklan yang bertajuk "Jahit" dengan tema Kudrat Membawa Berkat. Saksikan iklan tersebut dan lontarkan pandangan anda bersama kami.





No comments :

Post a Comment