Sunday 14 July 2013

Ahmad Said & barisan kepimpinan BN berganding bahu bersama Rakyat Kuala Besut



YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu, yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional Terengganu yakin dan percaya Barisan Nasional (BN) akan melakar kemenangan majoriti  yang lebih besar pada Pilihanraya Kecil Dun (PRK) Kuala Besut.

Beliau yang mendapat sokongan penuh pemimpin-pemimpin tertinggi pusat dan tempatan, turut sama turun padang bagi memberi sokongan penuh pada calon BN, ahli dan juga rakyat Kuala Besut bagi menghadapi PRK.

Rakyat di Kuala Besut sendiri merasa amat bertuah dan gembira kerana dapat menyambut beliau bersama barisan Kepimpinan pusat dan negeri secara bersemuka, pada mereka yang selama ini hanya dapat melihat di media massa, seperti televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kuala Besut Bertambah Biru semakin terasa bahangnya, hanya tinggal 11 hari sahaja lagi hari yang dinantikan oleh setiap rakyat Kuala Besut. Semoga sokongan dan dokongan pada mereka kepada Barisan Nasional dapat menzahirkan calon BN, YM Tengku Zaihan sebagai Wakil Rakyat mereka.
-ihsan Terengganu Today

No comments :

Post a Comment