Tuesday 9 July 2013

YM Tengku Zaihan, jurutera, anak tempatan, dinamakan calon BN PRK Kuala Besut

PRK DUN Kuala Besut kali ini, Barisan Nasional telah menyenaraikan calon mereka seorang profesional. YM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman, 37 tahun, beliau adalah anak tempatan.

Berpengalaman sebagai Jurutera Awam, merupakan lulusan USM Pulau Pinang.

Sudah berumahtangga, isteri beliau seorang guru di Kuala Besut. Dianugerahkan 4 orang cahayamata.

Mempunyai latarbelakang agama yg baik. Pernah dijemput untuk memberi ceramah agama.

Namanya diumum oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, sebentar tadi.

Mr. Bell, semoga PRK DUN Kuala Besut berjalan dengan sangat baik kerana semua pihak akan menjalani ibadah puasa. Politik benci membenci dan menjatuhkan maruah calon, perlulah dijauhkan...

No comments :

Post a Comment