Monday 15 July 2013

PKR PULAU PAS DI PRK KUALA BESUT????? TIMBALAN PENGERUSI PKR TERENGGANU LARI KE LONDON



“ Saya berada di London. Saya bercuti……” kata Haji Abdul Rahman Yusof ,Setiausaha Politik Kanan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Pengerusi PKR Negeri Terengganu.
Ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi beliau berkata, biarlah orang lain uruskan….

Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Dato’ Seri Anwar akan hadir atau tidak untuk kempen PRK Kuala Besut.
Sebelum ini, Haji Abdul Rahman bersama Pengerusi PKR Terengganu, YB Azan Ismail (Adun Bandar) menempelak Pas kerana tidak memberikan kepada PKR meletakkan calon di Dun Kuala Besut dalam PRK ini.
Mereka berpendapat, Pas sudah kalah teruk 2 434 undi, jadi elokkan Pas berikan kerusi itu kepada PKR untuk betanding.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali menyanggah PKR kerana menyifatkan Dun Kuala Besut adalah kerusi hak milik Pas untuk ditandingi bukan PKR.
Haji Abdul Rahman memberitahu, calon PKR sudah bersedia, seorang yang professional iaitu JURUTERA.
Malangnya yang letak calon Profesional ialah BN…Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman seorang jurutera kanan (bekas Jurutera JPS Daerah Besut).

Jadi hasrat Abdul Rahman yang mahukan calon professional dijayakan oleh BN..
Abdul Rahman lebih jauh berfikir ke depan bahawa rakyat pada hari ini mahukan calon professional.
Malangnya Pas meletakkan calon lepasan SPM gred 3 sahaja, bertentangan sama sekali dengan pandangan dan hasrat PKR.

Pada hari penamaan calon, tidak ada satupun bendera PKR dilihat, jelas menampakkan PKR tidak bersetuju dengan tindakan Pas meletakkan calonnya.

ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Inilah yang depa kata 'pakatan rakyat', kita lihat apa komen Pemimpin Pusat PR esok... Rakyat Kuala Besut berhak mendapat kerajaan yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan, Kuala Besut Bertambah Biru. BN Barisan Nasional, Barisan Kita.

No comments :

Post a Comment