Monday 22 July 2013

Nelayan Gembira TPM luluskan Projek Mendalamkan Sungai Besut


Kuala Besut : Beberapa nelayan di Sungai Besut hari ini menyuarakan kegembiraan mereka susulan kelulusan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi projek mendalamkan Sungai Besut.
Mohd Aimi bin Mohd Noor, 40, memberitahu sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh, kebanyakan nelayan di Sungai Besut akan menghadapi masalah seperti bot tersangkut kerana pasir yang dibawa oleh ombak besar. Malah kerugian yang ditanggung mereka kerana masalah ini amat membimbangkan.
Beliau yang berpengalaman sebagai seorang jurumudi, telah banyak melalui kesukaran-kesukaran seperti ini dan amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dan Barisan Nasional atas kemajuan dan kemudahan yang diberikan untuk rakyat setempat.
Begitu juga penghargaan yang disuarakan oleh Azmi bin Daud, 46, dari Kampung Nail apabila diwawancara oleh Terengganu Today.
Ditanya mengenai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 24 Julai ini, beliau mengulas, saya mengenalinya dan keluarganya kerana mereka dari keluarga guru-guru agama yang disegani dari Kampung Nail. Harapan beliau agar calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan dapat memperolehi kemenangan yang cemerlang untuk PRK Kuala Besut.
“Tengku Zaihan ni seorang jurutera…. kena pula berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran, dah tentulah dia lebih faham dan mampu bantu golongan nelayan seperti saya. Saya yakin beliau sebagai orang muda, banyak buah fikiran untuk membangunkan Kuala Besut. Dah tentu dia akan menang besar pada PRK ini,” ujar beliau lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah meluluskan projek untuk mendalamkan kuala Sungai Besut yang melibatkan kos sebanyak RM250 juta bagi memudahkan nelayan dan pelancong. (Arkib)
ihsan Terengganu Today

No comments :

Post a Comment