Sunday 21 July 2013

“UMNO Bina Masjid, Tetapi Mereka Tidak Sembahyang” – Nik Aziz

KETENANGAN suasana berkempen pada bulan Ramadan untuk PRK di DUN Kuala Besut terganggu, apabila kritikan bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap ahli-ahli UMNO pada satu ceramah Rabu malam, baru-baru ini.
Kemunculan Mursyidul Am PAS  di Kampung Beris Pak Abu itu langsung tidak menyentuh calon atau wawasan PAS jika memenangi kerusi DUN Kuala Besut, sebaliknya masih mengutuk UMNO, parti tunjang Barisan Nasional (BN) yang kononnya menolak Islam.
“Selama 23 tahun ambo jadi Menteri Besar Kelantan, mereka (UMNO) kata ambo tak bina masjid. Ya, UMNO bina masjid tetapi mereka tidak sembahyang,” katanya disambut dengan deraian ketawa hadirin pada majlis itu, lapor Bernama.
nik 1
Ceramah Nik Aziz yang penuh angkuh itu turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut hadir ialah calon PAS PRK DUN Kuala Besut, Che Long.
nik 2
Walaupun terpaksa dipapah dalam usianya yang hampir ‘nazak’, TerengganuToday meramalkan Nik Aziz akan terus mengina, mencerca dan mengutuk UMNO sehingga ke akhir hayat beliau.
nik 4
ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Alangkah lebih baik YB Dato Nik Aziz menyatakan perancangan dan halatuju PAS jika mendapat peluang mentadbir negeri Terengganu, ataupun memberi ceramah agama sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak. 

No comments :

Post a Comment