Saturday 13 July 2013

Menteri Merayu Anggota Parlimen Tidak Mengaibkan Negara Sendiri

Menteri merayu kepada anggota Parlimen supaya tidak sekali-kali mengaibkan negara sendiri walaupun mempunyai perbezaan pendapat terhadap sesetengah perkara. Beliau menyatakan pendirian ini di sesi penggulungan usul menjunjung kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong yang berakhir tengah malam tadi.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjawab perkara yang dibangkitkan dalam perbahasan titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri. 


"Sebagai orang baharu (di Dewan Rakyat), saya ingin membuat dua rayuan. Pertama, walaupun mempunyai perbezaan pendapat, beri pendapat yang konstruktif.

"Kedua, saya merayu walaupun terdapat perbezaan pendapat, jangan sekali-kali mengaibkan negara kita sendiri sebab saya sebagai bekas ketua pegawai eksekutif di syarikat multinasional, Kumpulan Telekom dan Maybank yang beroperasi di negara luar, apabila kita berjumpa rakyat negara lain, mereka tidak sesekali memburuk-burukkan negara mereka.

No comments :

Post a Comment