Thursday 18 July 2013

Wahid Endut Larikan Diri Dari Medan Perang ?



Hangat dan terhangat di pasaran apabila Wahid Endut yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu dilaporkan telah telah meninggalkan tanah air pagi tadi. Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam itu telah pergi ke Mekah. Menurut sumber dalaman Perhubungan Pas Terengganu Wahid bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Husam Musa sebagai pengarah pilihanraya kecil N01 Kuala Besut.
Berita Wahid Endut pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah di saat Pas sedang “berperang” di Kuala Besut amat mengejutkan kerana sebagai seorang yang pemimpin utama negeri, beliau sepatutnya menjadi antara orang utama yang mengendalikan kempen di sesuatu PRK.
Apakah masalah  sebenarnya yang dialami oleh Pas Terengganu dan Pas Kelantan sehingga begitu sekali kesannya kepada kempen Pas di PRK Kuala Besut. Dikala pemimpin dan jentera luar masuk untuk membantu proses kempen, Wahid Endut yang sepatutnya menjadi antara tunjang utama keluar dari negara untuk menunaikan umrah. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku dikala Pas berada di medan perang.
Ibadat umrah hanyalah sunat yang boleh dilakukan selepas PRK.

Ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Kepimpinan PKR dan PAS Negeri Terengganu seakan-akan bersama-sama bersetuju untuk tidak melibatkan diri di dalam PRK Kuala Besut kali ini. Agak menghairankan, dimanakah iltizam dan kekuatan perhubungan PKR dan PAS negeri Terengganu, mereka seharusnya menjadi tulang belakang di dalam PRK kali ini... Sungguh membingungkan keadaan kepimpinan yang tidak mengendahkan perjuangan parti masing-masing dikala diperlukan...

No comments :

Post a Comment