Tindakan Duta Vatican di Malaysia, Joseph Marino yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang kurang sopan dan kurang bijak, sekaligus mencabar Perlembagaan yang termaktub di negara ini.
Ini kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 82 telah memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus dan eksklusif bagi agama dan umat Islam.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ederis, berkata kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
“Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau berkata, Wira Perkasa sebagai sayap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Joseph Marino menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia mengunakan kalimah Allah.
Pertubuhan itu juga katanya, mahu tindakan tegas diambil oleh kerajaan dengan mengusirnya keluar dari Malaysia.
“Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar Perlembagaan Malaysia?
“Umat Islam Malaysia perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka hingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain.
“Tindakan ini amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama” tegasnya lagi.
Menurut Irwan Fahmi lagi, dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu tanpa mengira ideologi politik masing masing.
Tambahnya, umat Islam perlu menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah Islam itu sendiri.
Sekiranya senario ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa agama dan umat Islam sendiri, maka ia boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam di negara ini, jelasnya.
“Sewajarnya duta ini diusir keluar dari negara ini kerana kerana negara ini adalah negara Islam,” katanya lagi.
Ihsan peraktoday.com
Mr. Bell : Saya menyarankan penasihat-penasihat (punahsiat) YAB Perdana Menteri dikaji semula kedudukan mereka-mereka ini, adakah mereka ada mengkaji secara terperinci dalam isu-isu melibatkan Agama Islam, terutamanya apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan? Seakan-akan YAB Perdana Menteri dibiarkan terkena dengan mainan politik - agama... Semoga Bulan Ramadhan Al Mubarak Al Kareem ini, YAB Perdana Menteri diberi petunjuk dan jalan yang lurus...
No comments :
Post a Comment