Friday, 19 July 2013

(TAHNIAH) Abby Abadi Sudah Bernikah


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.
“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.
“Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

ihsan Terengganu Today

Mr Bell : Alhamdulillah, tahniah daripada Admin, semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan bagi Ustazah Abby dan suami.

No comments :

Post a Comment