Sunday, 14 July 2013

#PRK Kuala Besut : Sebuah Sajak Buat Ore Kualo Besut – Abe Ku


Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkempen dengan cara menemui pengundi secara mesra dan sentuhan hati.
Sama ada pengundi muda, pertengahan dan pengundi lama (berusia) semua didekatinya agar memberi sokongan kepada beliau sebagai calon BN.
Nelayan, petani, buruh dan sebagainya ditemui oleh Tengku Zaihan tanpa kekok kerana beliau adalah anak kelahiran Kuala Besut dan ramai yang mengenali beliau dan keluarganya.
Tengku Zaihan mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut.
Beliau ingin sekali melihat Kuala Besut dapat diberi kekuatan untuk dimajukan serta menekankan soal pembangunan dan peluang pekerjaan untuk dijadikan keutamaannya bila dipilih sebagai wakil rakyat nanti. Hati dan jiwanya berdarah seni, mudah tersentuh hati dan berjiwa rakyat…..
Dilampirkan sebuah puisi karya ayahandanya, KUALA BESUT SEBUAH NAMA:
Kuala Besut sebuah nama keramat
Ku ingat sejarahmu setiap menjelang
Fajar pagi yang kudus gemilang
Ku zikir namamu setiap siang memanjang
Ku mimpikan zaman manis bersama gadis-gadismu
Beberapa musim berlalu
Mengingati lagenda zaman bahari
Panglima Abu dan Panglima Ebeh
Yang gagah kening bertaut mata bulat berapi
Dan rambutnya sampai ke buku lali
Menguasai pantai laut dan pulau-pulau
Dagang senteri dan Munsyi Abdullah
Gentar melewati pulau-pulau dan muara terdedah
Batin Besut yang berpengkalan
Di bibir kelu yang tenang dan
Kaya dengan khazanahnya- menyerahkan
Lubuk Emas ini dengan segantang kail cuma
Lalu berpindah ke hulu sungai – Batu Pahat
Dan hilang entah ke mana
Kuala Besut,
Engkau pernah menyaksikan api siang api malam
Kampong jadi renting di pusatnya masjid usang
Tetap teguh tetap selamat
Engkau menyimpan para wali para keramat
Engkau miliki dua ulamak namanya Haji Muhamad
Di bawah kulung langit sedang aku berdiri
Di atas bumi nelayan yang sedang aku pijak ini
Putera puterimu bersuara lantang
Menghalau penjajah dalam segala bidang
Di sini lahirnya KMM
Di sini tegaknya PKMM,
API Dara muda membuak persis suara
Gelombang musim tengkujuh di pantai Besut.
Karya: Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah Kuala Besut 1990
-Terengganu Today

No comments :

Post a Comment