Saturday, 15 June 2013

Sampai Bila Nak Biarkan Begini.


Selagi Pakatan Pembangkang (PR) tidak berjaya menguasai kerajaan dan menumbangkan Barisan Nasional (BN) selagi itulah negara tidak akan aman. Demo sana demo sini, sampai bila kita akan bertahan dengan gelagat tak bertamadun Pembangkang ini.

Cubaan Pembangkang mengheret rakyat menyertai mereka dalam siri perhimpunan haram yang dianjurkan sejak berakhirnya PRU13 telah membuatkan rakyat mula rasa meluat dan menyampah dengan tindakan gila ini. Perjalanan menuju PRU14 masih jauh lagi, rakyat tidak mahu terus terjabak dalam kancah politik Pembangkang yang tiada kesudahanya ini kerana banyak kerja lain yang lebih penting perlu dilakukan.



Perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku. Pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga ketenteraman awam perlu bertindak dengan lebih tegas dan pantas supaya dapat menghalang anasir-anasir subversif ini dari terus merosakkan pemikiran rakyat dengan agenda syaitan serta fahaman politik sempit yang dibawa mereka.

Sejak kalah PRU13, Pembangkang kini bagai sudah kehabisan modal untuk menggulingkan kerajaan yang diiktiraf rakyat. Banyak cara dan helah sudah dicuba mereka namun semuanya gagal. Cuma pilihan terakhir yang Pembangkang ada ialah dengan menimbulkan keadaan huru-hara melalui siri bantahan demonstrasi jalanan ala ‘arab spring’ untuk menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku sekarang di negara timur tengah. Adahkah ini yang kita mahukan?

Pastinya bagi rakyat seperti penulis, mahukan pihak berkuasa bertindak sewajarnya. Buatlah, tangkaplah dan hukumlah pada mereka yang ingkar dan melanggari undang-undang. Penulis yakin, jika 50 ribu mereka yang ditangkap nanti, Malaysia tetap jalani kehidupan seperti biasa kerana dalam politik, tidak dapat kenyangkan perut anak isteri dan keluarga di rumah.?

No comments :

Post a Comment